Assalamualaikum.. Pertama-tamanya, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia serta inayahNya, dapat juga diri ini memulakan tinta dakwah di sini..Tatkala diri terasa semakin jauh dengan sahabat-sahabat, terasa terpanggil untuk mencari alternatif dan inisiatif sendiri bagi menghidupkan roh dakwah bukan sahaja di dalam diri ini, malah juga untuk perkongsian bersama..Aku yakin ya Rabb, pasti ada hikmah di sebalik setiap yang berlaku..jangan Kau biarkan aku terus lalai dek mainan dunia..Aku berharap ya Allah, Kau permudahkan aku menghadapi liku-liku kehidupan ini..bantulah hambaMu ini menjadi hambaMu yang cemerlang duniawi dan ukhrawi..Akhir kalam, buat teman-teman dan sahabat seperjuanganku sekalian..sekadar di persinggahan, mungkin inilah maudhu' terbaik buat blogku ini agar ia sentiasa menjadi persinggahan diriku pada setiap masa dan ketika, saat lalai dan terjaga..moga ia terus menjadi nadi dakwah di jalanMu ya Allah..
Nigerian workers strike over cost of living crisis
-
[ad_1] The nationwide walkout was called by the two mai […]
1 year ago
No comments:
Post a Comment