Saturday, October 17, 2009

Hari bersejarah dalam hidupku..


Alhamdulillah, itulah kalimat terbaik perlu kuucap buat pemilik nyawaku ini, Ya Rabb..Dengan izin dan limpah rahmatMu, aku diberi peluang olehMu untuk mendapat anugerah dunia yang hanya pinjaman sementara dariMu..setinggi kesyukuran buatMu kerana tanpa izinMu, segalanya tidak akan pernah kukecapi..Bantulah hambaMu ya Allah, dalam meneruskan perjuangan hidup ini dengan bekal ilmu yang telah kuperolehi sepanjang hidupku sebagai mahasiswa di UiTM sebelum ini..Masih banyak ilmu dan bekal perjalanan yang perlu kucari selepas ini ya Allah..Ingatkan aku bila terleka, bahawa ia hanyalah anugerah dunia dan bukan anugerah akhirat, selagi mana aku belum melaksanakan perintahMu dengan baik di dunia ini..ku pohon redhaMu dalam setiap urusan kehidupanku ya Allah..Ameen

No comments:

Post a Comment