Tuesday, October 20, 2009

Kenangan Program SPIES..


Assalamualaikum wbt.. sekadar mengimbau kembali kenangan pada 13-14 Oktober yang lalu di Hotel Grand Bluewave, Shah Alam.. Program SPIES Belia Modul 1 anjuran Kerajaan Negeri Selangor..Sebelum ini, ana pernah menghadiri program ini bersama Ustaz Fadhil tetapi sebagai fasilitator, tetapi kali ini, ana dan 2 orang lagi sahabat menjadi salah seorang peserta program ini..pada mulanya, agak keberatan dan malu-malu untuk join..yela, most of the participants were secondary school students.dengan pelbagai macam ragam dan gaya..risau jugak, takut dibuli dek saiz diri yang kecil ni..huhu..tapi, alhamdulillah, ia bukanlah 'mimpi buruk' yang ana takut-takutkan..bukan sahaja pelajar sekolah, malah ada juga pelajar U dan makcik-makcik turut join program ni..bersama dengan 'Dream Team'; Training Consultant kami pada 2 hari tersebut, adalah sangat menggembirakan..Kak Mas, Kak Yder, Kak Wani, Imma, Kak Fitri (Pemantau SUK), Akhi Ehsan, Akhi Munzir, dan Akhi Romzi..gandingan yang mantap, korang memang best =)..program yang santai tetapi, berjaya mendekati hati pelbagai lapisan masyarakat..Program dalam melahirkan daie yang bermagnet..

Setelah hampir 5 bulan melangkah kaki keluar dari menara gading, ana dapat merasakan kelainan berada di alam realiti..berada di alam pekerjaan..berada jauh dari sahabat-sahabat..sangat-sangat menguji sejauh mane keterikatan diri dengan perjuangan Islam..Namun, ana tetap bersyukur kerana berpeluang berada di Tabung Haji, salah satu organisasi Islam di Malaysia..terasa kelainannya..suasana dakwah ada di mana-mana..tinggal diri ini sahaja sama ada hendak atau tidak..begitu juga dengan program di luar..kena pandai wujudkan networking dengan sahabat-sahabat baru, barulah mudah dapat info tentang program dan aktiviti di kawasan berhampiran..dan dengan makluman dari sahabat jugalah, ana sekali lagi turut serta dalam program SPIES tetapi sebagai peserta..Nyata, terdapat kelainannya dan sungguh menyeronokkan..kita menjadi mad'u dan 'Drean Team' sebagai daie nya..

Pelbagai modul santai dipersembahkan kepada kami semua dan nyatanya ia sesuai untuk kami walau berbeza peringkat umur..segalanya berkonsepkan pengaplikasian konsep SPIES yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah YB Dr Halimah Ali..syukran YB..SPIES; spiritual, physical, intellectual, emotional dan social..program ala-ala ESQ, nyata membuahkan hasil bagi diri ini yang benar-benar inginkan pengisian ilmu..Di antara modul yang diperkenalkan adalah:
  • Nyanyian lagu Gemuruh dan Demi Matahari dengan gerak gaya yang tersendiri
  • Ucapan 'Pagi..pagi..pagi' pada setiap waktu tidak kira pagi, petang atau malam (supaya dapat mengaktifkan kami pada setiap masa)
  • Seloka videoklip 'choki-choki' yang sangat menghiburkan
  • Tema kumpulan yang mengajar peserta supaya sentiasa alert dalam setiap urusan
  • Potret Monalisa dan Kita..
  • Conscious Mind and Sub conscious Mind
  • Amalan 'Ya Sami' (Allah yang Maha Mendengar)
  • Kisah 'This is good' (very wonderful story), Kungfu Panda (There is no accident in this world), Kisah Pembuat Tapai (sentiasa berlapang dada dengan Allah)
  • Kisah Ahmad yang Pemarah
  • Big Picture
  • Riadah yang sangat best - rola roli and watch my numbers =)
Alhamdulillah ya Allah kerana mengizinkan diri ini untuk menghadiri salah satu taman syurgaMu di dunia ini..Moga ada input yang baik pada diri ini selepas habis program ni..Diri ini cuba menjadi hambaMu yang terbaik ya Allah..yang sentiasa berusaha memperbaiki diri sendiri di samping orang lain..Tautkan hati-hati kami di jalan dakwah ya Allah..Ameen

P/S: bersyukur juga kerana dapat mengajak kenalan di Tabung Haji; Kak Lin, Kak Dayah n Kak Mira untuk turut sama menghadiri program dakwah sebegini..Moga ada sinar iman yang masih bersisa pada diri kami ya Allah..

No comments:

Post a Comment