Saturday, October 24, 2009

Kehilangan warga kecil dalam perjuangan..

Assalamualaikum..terdetik pada diri ini untuk berkongsi posting mengenai pemergian puteri Ustaz Ramadhan Fitri dan isterinya, iaitu Nur Fatimah..walaupun diri ini tidak mengenali dan dikenali, tetapi, sms yang sering diterima dari sahabat-sahabat seperjuangan memohon doa yang berpanjangan buat allahyarhamah membuatkan diri ini terasa kehilangan si kecil ini..akhir sekali sms yang diterima apabila allahyarhamah pergi dijemput Ilahi..diri ini seolah direnggut rasa sedih yang amat sangat.. Dia pergi dalam usia yang sangat muda..dalam keadaan masih belum merasai kehidupan dunia yang penuh mengerikan ini..Namun, aku bersyukur ya Allah, kerana setiap berita kematian ini, terutamanya melibatkan sahabat dan keluarga seperjuangan, mengingatkan dan menyedarkan aku akan kelalaian diriku pada tika ini..sudahkah aku melakukan yang terbaik untuk perjuangan ini..apakah mampu aku menjawab persoalanNya di akhirat nanti??

Terima kasih adikku, allahyarhamah Nur Fatimah..moga dirimu ditempatkan bersama para syuhada' di syurga yang penuh indah dan sentiasa mendoakan saudaramu yang masih meneruskan saki-baki hidup di dunia ini..


P/S: ana kongsikan juga posting dari Nisa' Serdang berkenaan kisah ini.....



No comments:

Post a Comment