Monday, May 31, 2010

Lamanya menyepi..beruzlah atau muhasabah diri??

Salam sayang, rindu dan kasih buat semua...

Terlalu lama rasanya diri ini menyepi..selepas hampir sebulan berhenti kerja..kononnya nak menulis beberapa hari after resigned dat day, tapi, tak tertulis..huhu..alhamdulillah, di pagi isnin, 31hb Mei 2010, Allah izinkan aku untuk 'berkata-kata' di sini..tempat ku bersinggah dan berkongsi rasa dengan sahabat semua..namun tidaklah ingin aku menceritakan setiap susur langkah kehidupanku semata-mata..apa yang kuingin, adalah perkongsian membina yang dapat memberi teladan dan eksplorasi minda dan jiwa buat sahabat lain yang semestinya jauh lebih hebat dalam berbicara di alam maya ini..

Satu yang ingin ditanya pada diri..lamanya menyepi diriku, dan mungkin juga segelintir sahabat yang dahulunya bisa ke sana ke sini bersama..tapi kini, setelah bergelar graduan dan alumni, segalanya berubah sama sekali..semuanya membawa haluan masing-masing dan bagi yang masih sedar dan merasakan dirinya sebagai pejuang Islam, pasti 'kesepian' ini benar-benar mengganggu fikirannya..tidak usah kutujukan pada sesiapa..tapi, cukup pada diri ini sendiri..dulu, bila bekerja..macam2 alasan diberikan..time constraint la, banyak keje la etc..sampai nak turun program pun susah..tapi, yang seronoknya, masa yang sedikit tu jugalah yang membuat kita rindu untuk bersama sahabat-sahabat..dan kita usahakan juga untuk turun program pada hujung minggu walau rata-ratanya hanya sebagai peserta dan pemeriah suasana, bukannya sebagai urusetia program, penggerak dalam sesuatu program..dan bila dah berhenti kerja ni (sementara nak masuk blaja balik julai ni), 2 perkara utama yang perlu ku berikan perhatian..masa bersama keluarga dan masa bersama-sama sahabat..dari dulu hingga sekarang, aku sering diperli oleh familyku..'mimi tu, xhabis2 dengan program, program, program'..padahal, kurasa tidaklah diri ini terlalu sibuk dengan program..tapi, mungkin kerna familyku jenis yang 'mesra' dan sering berkumpul bersama, ketiadaanku setiap hujung minggu membuatkan mereka merasa kehilanganku..huhu..ya Allah, aku bersyukur dengan dua nikmat yang Kau berikan ini..aku tak nak mengeluh, sebaliknya aku tahu Kau sengaja mengujiku begini..dan Kau tahu ku mampu menghadapinya..

Sekali lagi kuucapkan syukur padaMu kerana dengan 'kerehatan' yang sementara ini, membuat aku merasa diri ini lebih dekat denganMu dan sentiasa bergantung harap padaMu dalam setiap urusan..macam-macam hal yang 'memenuhi' fikiranku lewat cuti ini..satu darinya ialah bab KAHWIN..ya, tidak aku nafikan ia sunnah Nabi yang paling utama dalam memastikan kelangsungan umatnya di akhir zaman ini..namun, teringatku pada artikel yang ditulis oleh Ustaz Hasrizal dalam majalah Anis yang ku baca baru-baru ini..'memang perlu zina itu ditolak tapi kahwin secara tergesa-gesa (dalam erti kata lain, mungkin kahwin cepat dan awal) bukanlah penyelesaiannya..Tolaklah zina kerana mujahadah dan pasti masanya akan tiba jua'..bersabarlah dan buatlah perancangan diri sebaiknya..Andai ingin mencari yang soleh, jadilah kita hambaNya yang solehah terlebih dahulu..
seperti janjiNya pada hambaNya..
".. dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).." (An-Nuur:26)

Jadi, fikir-fikirkanlah..bagi diriku dan sahabat muslimahku, persiapkan dirimu menjadi seorang wanita solehah, yang mampu memberi khidmat terbaik untuk bakal suami..dalam segala aspek, zahir dan batin..walau calonnya belum ketemu, usah risau kerana yakinlah dengan janjiNya yang telah termaktub sejak azali lagi..jodoh pertemuan itukan di tangan Tuhan..dan buat sahabat semuslimku, jangan impikan wanita semulia khadijah andai dirimu tak sehebat Nabi Muhammad saw..persiapkan dirimu menjadi imam kepada diri dan keluargamu dan seterusnya khalifah kepada masyarakat..buat kita bersama, muslimin dan muslimat, pastikan dirimu tidak terus 'hilang' selepas berada di alam perkahwinan..teruskan berjuang kerana perjuangan itu masih panjang..teringatku pada seorang anak kepada akhawat yang kujumpa dalam satu program sebelum ini..bagaiman dirinya dilatih sejak kecil..dibawa ibunya ke program setiap masa, hingga dia seolah mengerti tentang erti perjuangan walaupun usianya masih setahun jagung..comelnya dia bila menyanyikan lagu nasyid 'bingkai kehidupan' dengan lancarnya..seolah lagu perjuangan itu telah lama sebati dengan dirinya..tahniah kuucapkan kepada ukhti tersebut kerana berjaya membuka sedikit mindaku akan baitul muslim yang ingin kubina bersama bakal suami (andai diizinkan)..

Nampaknya, cukup sekafar ini dahulu bicara mayaku bersama kalian..ada perkara yang lebih utama perlu kulakukan tika ini..ada lagi yang ingin kukongsikan dengan kalian..ceritera kehidupan..buat semua, AKU RINDU DAN SAYANG KAMU SEMUA =)