Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Alhamdulillah, aku memanjatkan kesyukuran padamu ya Allah atas keizinanMu untukku bernafas di Bumi pinjamanMu ini..dengan izinMu aku diberi peluang untuk merasai alam pekerjaan di Tabung Haji, organisasi Islam yang sangat aku kagumi..dan dengan kehendakMu jua aku meninggalkannya untuk meneruskan perjuangan hidupku yang seterusnya..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Alhamdulillah, aku memanjatkan kesyukuran padamu ya Allah atas keizinanMu untukku bernafas di Bumi pinjamanMu ini..dengan izinMu aku diberi peluang untuk merasai alam pekerjaan di Tabung Haji, organisasi Islam yang sangat aku kagumi..dan dengan kehendakMu jua aku meninggalkannya untuk meneruskan perjuangan hidupku yang seterusnya..
Walaupun diri ini mengakui bahawa perpisahan ini seolah tak dialukan oleh warga kerja departmentku, BPAD (Bahagian Pengurusan Audit Dalam), dek kerana ketiadaan ramai staf pada hari Jumaat, 30 Okt 2009 (Hari terakhir aku berkhidmat di BPAD)..kak Gayah, Haji Ipin, Kak Yati n Haji Bob menjadi petugas di Tanah Suci (Doaku ya Allah, moga aku diberi peluang berkunjung ke sana suatu masa nanti, Ameen), dan Haji Am n Haji Fauzi menjalankan auditan di luar kawasan..Namun, aku yakin, inilah keputusan yang terbaik buat diriku dan semua orang..Jalan hidupku telah ditetapkan olehNya sejak azali lagi dan aku berharap agar Engkau meredhai pemergianku ini..
Aku bersyukur kerana dengan izinNya, aku berjaya menyelesaikan tugas dan tanggungjawab terakhirku dengan baik..terima kasih pada team auditan ePs; Haji Ramli, Haji Abdullah, Haji Fuad, Kak Rahmah dan my very best friend, Nur Ashani..we started the audit with so much pain, but alhamdulillah, He helped us to end up our work smoothly..Thank you so much ya Allah..begitu juga dengan hasil2 kerja auditan yang lain termasuk dari teamku, auditan HAK (juga sangat memuaskan), auditan TH Wilayah (we had so much laugh n joy as well as a very good commitment from the staffs there), lawatan ke Hotel Seri Malaysia (seronoknya menjadi anak emas BPAD sepanjang di sana, hehe), auditan Khas bakal haji (pengalaman yang sangat xdapat dilupakan-Thank you to Kak Ina for giving me the opportunity to feel all the experiences), pemilihan petugas haji, auditan Jalan Tun Razak and also the final opening meeting with my team (under Kak Yati), Operasi Khazanah..really sad cz xdapat nak merasa perjalanan auditan ni..a very interesting and complicated but full of knowledge to learn..also with auditan under Haji Ramli's team..there are lot more to learn but I had to go now..ape2pun, thanx juga pada my greatest boss, Kak Yati sebab banyak mendidik saya tentang dunia pekerjaan, bagaimana untuk memperoleh keberkatan dalam setiap pekerjaan itu..marah dan teguranmu terhadap diriku amat kuhargai dan ia akan terus menjadi kenangan terindah dalam hidupku..bersabarlah wahai diri..kerana Dia telah menjanjikan yang lebih baik bagimu di luar sana..yakinlah denganNya..bahawa kau telah melakukan yang terbaik sepanjang berada di sana..
MERASA ERTI KEHIDUPAN
BPAD, khususnya dan Tabung Haji khususnya banyak mengajar diriku erti kehidupan..erti hidup berkeluarga..erti kasih sayang di antara satu sama lain..aku merasai ukhwah yang terjalin itu ya Allah, baik di antara diriku dengan warga Tabung Haji, dan juga sesama mereka sendiri..hampir semua orang di Tabung Haji saling mengenali dan sering bertegur sapa tatkala bertemu..BPAD, department di mana aku telah ditempatkan sedari awal aku berada di TH..bermacam ragam, keletah dan gaya manusia di sana..dari Atok hingga ke adik..aku merasai kasih sayang yang mereka pamerkan sepanjang aku berada di sana..terima kasih semua..walaupun aku mengakui isu political office tetap berlaku..namun itulah asam garam sesebuah organisasi..pasti ada yang gembira dan tidak kurang juga memendam rasa dengan yang lain..lumrah manusia..Kita tidak akan pernah mampu untuk membahagiakan dan memuaskan hati semua orang di sekeliling kita..aku mengakui semua ini dan aku bersyukur ya Allah..kerana dipertemukan dengan kalian semua..kalian mengajar diriku erti kehidupan..untuk aku menjadi lebih matang dalam menghadapi cabaran yang jauh lebih hebat di luar sana..
SELAMAT TINGGAL DUHAI SAHABATKU..
Tidak lupa buat sahabat-sahabat dan geng2ku tersayang..starting with Haji Nazib n Kak Das as our brother n sister, my very best fren, Kak As, my 'one head' sis, Kak Lin, and my greatest neighbour, Kak Dayah as well as Adik Azrul..kita kawan selamanya..maafkan salah silap diri ini selama kalian mengenali diriku..aku tahu diriku terlalu banyak kekurangan dan khilaf terhadap kalian..seringkali melakukan sesuatu secara terburu-buru, terlalu ikutkan perasaan dan adakala sehingga mengguris hati dan perasaan kalian..maafkan diriku sahabat..aku masih belum mampu melaksanakan dengan baik ciri kesepuluh peribadi Muslim (Muwassafat Tarbiyyah), iaitu bermanfaat kepada orang lain..maafkan diri ini sahabat-sahabatku..luv u all so much..thanx sbb sudi menerima diri ini sebagai sahabat dan menyayangi diri ini seadanya..gonna miss our happy moments together =(..doakan saya bertemu sahabat sebaik malah lebih baik dari kalian selepas ini..agar terus merasai erti ukhwah dalam bersahabat..kuniatkan ukhwah ini lillahi taala..kerana martabat 'berkasih sayang kerana Allah' adalah setinggi-tinggi martabat kasih sayang sesama manusia..
Sabda Nabi saw:
"Perbandingan orang-orang yang beriman dalam kasih sayang mereka, belas kasihan sesama mereka dan perasaan simpati mereka, adalah seperti badan yang satu; apabila mana-mana anggota badan mengadukan hal (merasa sakit), maka seluruh badan akan menanggungnya dengan berjaga malam dan merasai demam"
Teringat juga tentang kata-kata Syaikh Mustafa Masyhur dalam bukunya Jalan Dakwah,
"Setinggi-tinggi tahap persaudaraan itu adalah apabila ia mengutamakan saudaranya yang muslim melebihi dirinya sendiri dan serendah-rendah tahap persaudaraan itu adalah terpelihara hatinya dari bersangka buruk (dalam erti kata lain, sentiasa bersangka baik) dan berlapang dada dengan saudaranya"
Sesungguhnya diri ini mengakui, bahawa aku masih belum pantas menjadi sahabat terbaik buat kalian semua kerana tidak mampu melaksanakan sepenuhnya nasihat tersebut dalam bersahabat..Doakan diri ini agar terus sentiasa muhasabah kelemahan dan kekurangan diri agar ia tidak menjadi duri dalam daging ini..
TERUS DALAM KENANGAN
Tidak lupa buat Kakak tersayang, Kak Rahmah (tersenyum manis di tengah bertudung coklat)..diri ini kan sentiasa merindui kasih dan sayangmu..ukhwah ini kan terus kekal di ingatan andai tunjangnya adalah lillahi taala..terima kasih atas segala kemudahan yang sentiasa kau berikan pada diri ini..really appreciate it..walaupun ada kala diri ini mungkin dan pernah membuat dirimu terluka dan bersedih hati..maafkan diriku kak..kerana tak mampu menjadi adik dan anak yang baik buat dirimu..doakan saya untuk terus mencontohi peribadi terbaik dalam dirimu..yakinlah bahawa setiap ujian yang melanda dirimu adalah tanda kasih dan sayang Allah padamu..tabahlah menghadapinya kerana pasti akan ada hikmah dan ganjaran dariNya suatu masa nanti..doakan saya juga, agar mampu membina dan mewujudkan biah islamiyah pada keluarga dan bakal keluarga (insyaAllah, suatu masa nanti)..itulah peranan kita sebagai daie ilallah..moga kita sama-sama terus menunjukkan qudwah hasanah kepada ahli keluarga kita kerana ia juga salah satu cabang dakwah..
Akhir kalam, saya sayang kalian semua..kenangan selama 5 bulan di Tabung Haji tak akan pernah dilupakan..moga akan ada sentiasa hijrah yang baik dalam diri kita masing-masing walau di mana kita berada..moga apa yang telah kulalui selama ini meninggalkan kesan yang positif pada diri kalian..andai ada memori kelam dan suram yang tersisa, seribu kemaafan dipohon kepada semua..Jaga diri, iman n amal..wallahualam