Huhu..too many things to share with all of you..nak tau x nape? cz i really2 miss pengisian rohani begini..bile diberi peluang oleh Allah untuk hadir usrah ni dan bertemu dengan orang hebat seperti YB Mumtaz..diri ini sangat teruja and i enjoyed very much to attend the usrah..kandungan usrah yang penuh penghayatan..so, continue with Ummu Salamah..
ii) Ummu Salamah
Nama sebenar beliau ialah Hindun binti Abi Umayyah..seperti kebiasaan bangsa Arab, melaqabkan diri dengan nama anak tu perkara biasa..so, beliau digelar Ummu Salamah kerana anaknya yang bernama Salamah..Beliau berkahwin dengan suaminya, Abdullah bin Abdul Asad, seorang lelaki yang dikatakan paling tampan dalam bangsa Arab, pandai berperang dan juga seorang yang berani..sesuailah dirinya sebagai anak kepada pemimpin bani Makhzum untuk dinikahkan dengan panglima perang sehebat Abdullah..Beliau juga memeluk Islam bersama suaminya..Beliau juga merupakan antara 10orang wanita yang dipanggil perempuan dua hijrah yakni, hijrah ke Habsyah dan Madinah..Suaminya syahid dalam perang Uhud dan meninggalkan dia menjanda bersama anak-anaknya dalam keadaan serba miskin dan di saat umurnya telah lanjut..
Sebelum Abu Salamah meninggal dunia, beliau sempat mendoakan isterinya dan berkata,“Kalau aku kelak tiada, menikahlah! Ya Allah, berikan pada Ummu Salamah sepeninggalku nanti seseorang yang lebih baik dariku, yang tak akan membuatnya berduka dan tak akan menyakitinya.”
Sesudah habis tempoh iddah, maka ramailah yang datang meminang Ummu Salamah..tapi, kerna cintanya yang terlalu mendalam pada arwah suaminya, dia menolak walaupun yang datang itu bukan calang-calang orangnya; Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar..kalau kite la dipinang oleh orang sehebat begitu, xyah sebut Timb Presiden, ckup Pemuda kawasan..xdenye nak tolak..terima je dengan hati terbuka..benda baik kan..huhu..tapi, siapelah kite kan nak dibandingkan dengan Ummu Salamah..
Ternyata Allah Subhanahu wa Ta’ala hendak menganugerahkan sesuatu yang lebih besar daripada itu semua. Datanglah Rasulullah saw kepada Ummu Salamah, membuka pintu baginya untuk memasuki rumah tangga nubuwwah...Menurut sesetengah riwayat pada waktu Rasulullah SAW melamar Ummu Salamah, beliau menjawab, "Aku ini seorang perempuan yang sudah tua, menjadi ibu kepada anak-anak yatim dan saya sangat cemburu". Kata-kata itu disambut oleh Rasulullah SAW dengan menjawab, "Tentang perkataanmu : aku ini seorang perempuan yang sudah tua, aku jawab : aku lebih tua daripada kamu dan tidak akan tercela seorang yang kahwin dengan seorang laki-laki yang lebih tua daripadanya. Tentang perkataanmu : aku ini menjadi ibu anak-anak yatim, aku jawab : anak-anak yatim itu tanggungan Allah dan RasulNya. Tentang perkataanmu : aku ini seorang perempuan yang sangat cemburu, aku jawab : aku doakan kepada Allah mudah-mudahan Dia melenyapkan sifat yang demikian daripadamu"...betapa bijaknya nabi menjawab setiap kegusaran di hati Ummu Salamah dan termakbullah doa arwah suaminya supaya mengurniakan seseorang yang lebih baik darinya selepas ini..
Ummu Salamah bukan sahaja cantik sehingga menimbulkan kecemburuan pada isteri-isteri nabi yang lain, malah beliau merupakan seorang wanita yang bijak, berani bersuara, pandangannya sentiasa didengar oleh baginda nabi saw dan juga seorang wanita yang sangat pandai berpolitik dan ini terbukti dengan kebijaksanaannya menyelesaikan ketegangan dalam perjanjian Hudaibiyah sewaktu nabi memerintahkan para sahabat untuk menyembelih binatang dan bercukur namun tiada siapa yang mengikut perintah nabi..dengan bijaknya, Ummu Salamah berkata, “Wahai Rasulullah, apakah engkau ingin agar mereka melakukannya? Bangkitlah, jangan berbicara pada siapa pun hingga engkau menyembelih hewan dan memanggil seseorang untuk mencukur rambutmu.”...lantas nabi memulakannya dan akhirnya para sahabat turut mengikut perbuatan nabi tersebut..lihat bagaimana Ummu Salamah menasihati Nabi dengan cara yang sangat berhikmah seperti itu..andainya kita mampu mencontohi beliau..menjadi penasihat terbaik buat suami dan bakal suami kita..Ameen..
Alhamdulillah, banyak sangat ilmu dapat sepanjang sesi usrah tersebut..although we ended the usrah quite late, around 6pm, tapi almost all of us xberganjak dari tempat masing2 untuk menunaikan solat asar dek kerna terlalu asyik dengan pengisian usrah..
Sekadar berkongsi dengan sahabat2 tentang apa yang ana dapat dalam usrah hari tu..teringat pada firmanNya dalam surah az-zariyat ayat 55, "Dan tetaplah memberi peringatan..sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang Mukmin"..jadi, moga bermanfaat buat semua..Salam =)

No comments:
Post a Comment