Wednesday, June 23, 2010

Demonstrasi Anti-Yahudi yang nyata Sia-Sia

P/S: Buat renungan sahabat2 dan diri sendiri terutamanya..terpanggil untuk berkongsi..moga ada manfaat bersama..

**********

Setelah pulang daripada demonstrasi anti-Yahudi, seorang Pak Cik berbual dengan saya sewaktu sama-sama menunggu giliran mendapat rawatan di sebuah klinik.

“Puas hati. Kami dah bakar bendera Israel. Hancur luluh dibuatnya. Gambar PM Israel pun banyak yang kami robek-robekkan. Kalaulah tidak mengenangkan undang-undang, kami dah bakar kedutaan Amerika. Tapi kami masih rasional.”Saya mengangguk-angguk kepala sahaja.

“Tel Aviv akan bergegar minggu ini dengan demonstrasi oleh seluruh dunia Islam. Dijangka banyak lagi siri demonstrasi akan diatur minggu hadapan. Awak jangan lepas peluang.”

Saya mengangguk kepala. Mungkin kerana demam, saya banyak diam. Lagipun saya telah berjanji pada diri, dalam berinteraksi perlu menjadi pendengar.

“Eh, awak tidak ada respons langsung. Baru demam sikit… janganlah begitu. Rakyat Palestin dibom, ditembak dan disekat bekalan makanan dan keperluan. Itu lagi teruk.”

Kali ini saya senyum. Saya bersuara perlahan, “saya sokong tindakan Pak Cik dan demonstrasi menyatakan pendirian kita menentang kekejaman Yahudi.”
“Bagus. Suara saya serak melaungkan takbir semalam. Dada ni sakit-sakit sejak akhir ni.”
“Kenapa Pak Cik?”
“Rokok dik. Semuanya fasal rokok ni.”
“Pak Cik hisap rokok apa?” saya mula teruja untuk berbual.
“Masih Winston. Dah sebati sejak dulu.”
Winston from America? bisik saya perlahan.
Kali ini Pak Cik tu pula mengangguk-angguk.

“Sakit-sakit Pak cik pun masih kuat berdemonstrasi. Apa pandangan adik tentang demonstrasi ini?” kilasnya mengalih arah perbualan.
“Ada langkah yang lebih utama dan pertama daripada itu,” tegas saya.
“Apa dia?”
“Solat Subuh berjemaah.”

“Kita cakap bab jihad, awak bercakap bab ibadat.” Muka pak Cik itu mula memerah. Tangannya mula digenggam.
“Jihad dan ibadat tidak terpisah. Bahkan ibadat itulah yang akan membangunkan roh jihad yang sejati.”
“Kita mesti sanggup memikul senjata.”
“Betul. Tetapi kuakkan dulu selimut menutup umat yang masih tidur menjelang Subuh.”
“Saya tak faham.”

“Pak Cik, Israel mesti ditentang menurut kaedah yang menyakitkan mereka.”
“Apa yang menyakitkan mereka?”
“Mereka bimbang sekiranya bilangan orang Islam yang solat subuh berjemaah sama dengan bilangan orang Islam yang solat Jumaat! Ini diakui oleh cerdik pandai mereka sendiri.”
“Jadi?”
“Sebaik-baik ‘demonstrasi’ ialah didik umat ini bersolat Subuh secara berjemaah di surau-surau dan masjid. Solat itu hubungan kita dengan Allah. Jangan harap musuh akan kalah, kalau Allah tidak bantu kita. Lihat di Badar, lihat di Khandak, bagaimana Rasulullah saw dan sahabat akrab dengan Allah. Lihat pula Salehuddin, lihat pula Muhammad al Fateh, bagaimana teguhnya mereka menjaga solat dan ibadat-ibadat khusus yang lain.”
Hampir terlupa saya pada janji diri untuk lebih mendengar. Saya menarik nafas panjang. Kembali merenung Pak Cuik tersebut dengan senyuman.

“Awak rasa bakar bendera Israel tak perlu? Mana kemarahan awak?”
“Bakar bendera Israel boleh saja. Ayuh, bakarlah. Tetapi jangan membakar rokok Amerika dan sekutu Yahudi yang lain lebih perlu. Cukup kalau sebulan sahaja umat Islam berhenti merokok, mungkin jumlahnya sudah berjuta-juta ringgit. Dan wang yang terkumpul itu hantarkan ke misi bantuan kemanusiaan ke Gaza!”
“Awak sindir saya?”

“Pak Cik saya tidak menyindir. Kebanyakan umat Islam, termasuk saya, hanya bencikan Yahudi pada mulut sahaja tetapi pada tindakan tidak.”
“Saya dah bertindak. Saya dah demonstrasi!”
Lagi-lagi ke situ fikirnya.
“Pak Cik dalam Al Quran, Allah tegaskan orang Yahudi itu tidak akan redha selagi kita umat Islam tidak mengikut cara hidup mereka.”
“Siapa kata kita ikut cara hidup mereka?”

“Pak Cik, lihat betul-betul. Apakah masyarakat kita telah bangunkan cara hidup Islam?”
“Kita orang Islam. Cara hidup kita mesti Islam.”
“Tidak Pak Cik. Ramai umat Islam yang tidak amalkan cara hidup cara Islam.”
“Contoh?”
“Dedah aurat, pergaulan bebas, riba, judi, arak, tinggal solat, budaya hedonisme dan dualisme masih berakar umbi dalam masyarakat kita. Lihat sahaja unsur tahyul, mistik, seks bebas dan gosip yang mendominasi media-media umat Islam. Tidak ikut cara hidup Islam bererti terperangkap dengan cara hidup isme kapitalis, sosialis mahupun liberalis.”

Pak Cik itu terkejut sedikit, lantas menyampuk, “mana Yahudinya. Awak kata Yahudi, tapi yang awak sebut golongan hedonis, liberalis, kapitalis dan sosialis?”
“Ketiga-tiga isme itu sama.”
“Sama?”
“Kesemuanya dicipta oleh golongan yang sama…
ZionisYahudi!”
“Jadi demonstrasi ini tidak berfaedah?”

Saya menggeleng-gelengka n kepala perlahan.
“Ada faedahnya. Tetapi ia bermusim dan agak bersifat agak artifisial. Kita perlu agenda yang konsisten dan ‘genuine’.”
“Misalnya?”
“Ajak orang Islam serius solat lima waktu dengan penghayatannya sehingga dengan solat itu mampu meninggalkan kejahatan dan kemungkaran.”
“Lagi?”
“Tinggalkan riba, judi, arak dalam kehidupan umat Islam. Wanita Islam didakwah dan ditarbiah secara berhikmah untuk menutup aurat dalam ertikkata sebenar dan tinggalkan pergaulan bebas!”
“lagi?”

“Pak Cik, cara hidup Islam itu terlalu banyak. Dengan mengamalkannya satu persatu kita boleh ‘berdemonstrasi hari-hari’ terhadap atas Yahudi. Bila kita boikot cara hidup berseronok-seronok yakni hedonisme, ertinya kita boikot cara hidup Yahudi yang disalurkan melalui dalang-dalang mereka di Holywood.”
“Idola Amerika?”
“Ya. Juga idola kita yang meniru persis mereka. Bangsa yang leka berhibur akan mudah dijajah.”

Pak Cik itu batuk-batuk.
Saya urut belakangnya.
“Dah lama Pak Cik batuk? Berhentilah atau kurangkan perlahan-lahan ya Pak Cik?” kata saya seakan-akan merayu.
“Semangat Pak Cik kuat, saya doakan Pak Cik berjaya. Amin.”
“Tak terfikir pula saya begitu jauh kita dibius oleh cara hidup musuh yang kita benci.”
“Kadang-kadang musuh ketawa melihat kemarahan kita. Bangunkan remaja kita untuk solat subuh berjemaah, Yahudi akan sakit hati. Tutup aurat remaja perempuan kita, Yahudi akan sakit hati. Tinggalkan riba, judi, arak, pergaulan bebas, insya-Allah, Yahudi akan gigit jari.”

“Tetapi kalau cara hidup kita mengikut telunjuk jari mereka, Zionis akan ketawa sekalipun berlambak-lambak bendera mereka kita dibakar. Jeritan Allah hu Akbar dalam demonstrasi itu baik, bersemangat tetapi ucapan takbir dalam solat lima waktu lebih besar maknanya. Apakah Allah akan nilai laungan Allah hu Akbar daripada umat yang tidak solat? “

“Eh, kami yang demonstrasi semua solat…”
“Bukan itu maksud saya. Tetapi seluruh umat Islam ini. Saya risau kerana ada kajian menunjukkan 80% umat Islam sudah tidak solat. Itu yang tidak solat langsung. Bayangkan pula yang solat tanpa ilmu, tanpa penghayatan dan tanpa khusyuk? Jadi berapa kerat umat ini yang benar-benar kompeten menghadapi Zionis dalam erti kata sebenar?”

Giliran Pak Cik itu tiba. Dia melangkah perlahan menuju bilik rawatan. Ditinggalkan sendirian begitu, saya lontarkan pandangan ke luar klinik. Terus merenung dan berfikir. Masih terbayang wajah pemimpin-pemimpin dan para pengikut yang ramai dalam demonstrasi seperti yang dipaparkan di dada akhbar dan di kaca televisyen. Alangkah indahnya jika demonstrasi dibuat seusai solat Subuh berjemaah dan sebelum itu didahului oleh qiamulail dan qunut nazilah?

Dan kemudian setelah selesai berdemonstrasi, para pemimpin dan ribuan pengikutnya itu terus sahaja mengamalkan cara hidup Islam dalam diri, keluarga, jabatan, unit, organisasi, masyarakat dan bahagian masing-masing. Bukan hari itu sahaja… tetapi hari-hari. Setiap hari!

Ah, bagaimana umat ini hendak disedarkan bahawa mengamalkan cara hidup Islam itulah cara penentangan yang paling dibenci oleh Yahudi? Firman Allah:
“Sekali-kali tidak redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut millah (cara hidup) mereka.”

Dan alangkah baiknya jika jeritan Allah hu Akbar, dibuktikan dengan penegakan hukum Allah dalam seluruh sistem kehidupan sekali gus ‘mengecilkan’ pandangan akal sendiri dalam menyusun dan mengatur kehidupan ini?

Monday, June 21, 2010

Cont'd 2:Usrah Personaliti Sirah 2

Huhu..too many things to share with all of you..nak tau x nape? cz i really2 miss pengisian rohani begini..bile diberi peluang oleh Allah untuk hadir usrah ni dan bertemu dengan orang hebat seperti YB Mumtaz..diri ini sangat teruja and i enjoyed very much to attend the usrah..kandungan usrah yang penuh penghayatan..so, continue with Ummu Salamah..

ii) Ummu Salamah

Nama sebenar beliau ialah Hindun binti Abi Umayyah..seperti kebiasaan bangsa Arab, melaqabkan diri dengan nama anak tu perkara biasa..so, beliau digelar Ummu Salamah kerana anaknya yang bernama Salamah..Beliau berkahwin dengan suaminya, Abdullah bin Abdul Asad, seorang lelaki yang dikatakan paling tampan dalam bangsa Arab, pandai berperang dan juga seorang yang berani..sesuailah dirinya sebagai anak kepada pemimpin bani Makhzum untuk dinikahkan dengan panglima perang sehebat Abdullah..Beliau juga memeluk Islam bersama suaminya..Beliau juga merupakan antara 10orang wanita yang dipanggil perempuan dua hijrah yakni, hijrah ke Habsyah dan Madinah..Suaminya syahid dalam perang Uhud dan meninggalkan dia menjanda bersama anak-anaknya dalam keadaan serba miskin dan di saat umurnya telah lanjut..

Sebelum Abu Salamah meninggal dunia, beliau sempat mendoakan isterinya dan berkata,“Kalau aku kelak tiada, menikahlah! Ya Allah, berikan pada Ummu Salamah sepeninggalku nanti seseorang yang lebih baik dariku, yang tak akan membuatnya berduka dan tak akan menyakitinya.”

Sesudah habis tempoh iddah, maka ramailah yang datang meminang Ummu Salamah..tapi, kerna cintanya yang terlalu mendalam pada arwah suaminya, dia menolak walaupun yang datang itu bukan calang-calang orangnya; Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar..kalau kite la dipinang oleh orang sehebat begitu, xyah sebut Timb Presiden, ckup Pemuda kawasan..xdenye nak tolak..terima je dengan hati terbuka..benda baik kan..huhu..tapi, siapelah kite kan nak dibandingkan dengan Ummu Salamah..

Ternyata Allah Subhanahu wa Ta’ala hendak menganugerahkan sesuatu yang lebih besar daripada itu semua. Datanglah Rasulullah saw kepada Ummu Salamah, membuka pintu baginya untuk memasuki rumah tangga nubuwwah...Menurut sesetengah riwayat pada waktu Rasulullah SAW melamar Ummu Salamah, beliau menjawab, "Aku ini seorang perempuan yang sudah tua, menjadi ibu kepada anak-anak yatim dan saya sangat cemburu". Kata-kata itu disambut oleh Rasulullah SAW dengan menjawab, "Tentang perkataanmu : aku ini seorang perempuan yang sudah tua, aku jawab : aku lebih tua daripada kamu dan tidak akan tercela seorang yang kahwin dengan seorang laki-laki yang lebih tua daripadanya. Tentang perkataanmu : aku ini menjadi ibu anak-anak yatim, aku jawab : anak-anak yatim itu tanggungan Allah dan RasulNya. Tentang perkataanmu : aku ini seorang perempuan yang sangat cemburu, aku jawab : aku doakan kepada Allah mudah-mudahan Dia melenyapkan sifat yang demikian daripadamu"...betapa bijaknya nabi menjawab setiap kegusaran di hati Ummu Salamah dan termakbullah doa arwah suaminya supaya mengurniakan seseorang yang lebih baik darinya selepas ini..

Ummu Salamah bukan sahaja cantik sehingga menimbulkan kecemburuan pada isteri-isteri nabi yang lain, malah beliau merupakan seorang wanita yang bijak, berani bersuara, pandangannya sentiasa didengar oleh baginda nabi saw dan juga seorang wanita yang sangat pandai berpolitik dan ini terbukti dengan kebijaksanaannya menyelesaikan ketegangan dalam perjanjian Hudaibiyah sewaktu nabi memerintahkan para sahabat untuk menyembelih binatang dan bercukur namun tiada siapa yang mengikut perintah nabi..dengan bijaknya, Ummu Salamah berkata, “Wahai Rasulullah, apakah engkau ingin agar mereka melakukannya? Bangkitlah, jangan berbicara pada siapa pun hingga engkau menyembelih hewan dan memanggil seseorang untuk mencukur rambutmu.”...lantas nabi memulakannya dan akhirnya para sahabat turut mengikut perbuatan nabi tersebut..lihat bagaimana Ummu Salamah menasihati Nabi dengan cara yang sangat berhikmah seperti itu..andainya kita mampu mencontohi beliau..menjadi penasihat terbaik buat suami dan bakal suami kita..Ameen..

Alhamdulillah, banyak sangat ilmu dapat sepanjang sesi usrah tersebut..although we ended the usrah quite late, around 6pm, tapi almost all of us xberganjak dari tempat masing2 untuk menunaikan solat asar dek kerna terlalu asyik dengan pengisian usrah..

Sekadar berkongsi dengan sahabat2 tentang apa yang ana dapat dalam usrah hari tu..teringat pada firmanNya dalam surah az-zariyat ayat 55, "Dan tetaplah memberi peringatan..sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang Mukmin"..jadi, moga bermanfaat buat semua..Salam =)


Cont'd: Usrah Personaliti Sirah 2..

Salam..back to our sharing session..semalam dah agak lewat nak o9..so, continue today..

2 tokoh berjasa dalam Islam..merangkap pendamping kekasih Ilahi, Rasulullah saw..itulah mereka..Hafsah binti Umar dan Ummu Salamah..yang menariknya dengan YB Mumtaz, beliau bukan sahaja bisa menerangkan dengan lebih baik tentang kedua-dua isteri nabi ini, malah beliau mampu mengaitkan dengan diri kami sebagai orang yang berada dalam perjuangan Islam..

i) Hafsah binti Umar

Beliau merupakan puteri kepada Saidina Umar al-Khattab, khalifah kedua di zaman khulafa al-rasyidin dan juga merangkap sahabat Nabi alaihissalam..Hafsah menjanda seawal umurnya 18tahun lagi..sebelum itu, beliau telah berkahwin dengan suaminya, Khunis bin Huidhafa bin Qays as Sahami . Dia telah berhijrah ke Habsyah sebelum Madinah. Khunis telah turut serta dalam perang Badar. Semasa perang Uhud. Hafsah turut serta bersama suaminya Khunis . Hafsah merawat tentera yang terluka. Khunis syahid dalam perang Uhud...selepas kehilangan suami, bapanya, Umar cuba merisik-risik Saidina Abu Bakar dan Saidina Uthman sebagai pengganti Khunis buat anaknya, Hafsah..Uthman menolak dek kerana beliau baru sahaja kehilangan isterinya dan dia belum berniat untuk berkahwin lagi..begitu juga dengan Abu Bakar..Akhirnya, Umar berjumpa dengan Rasulullah mengadukan hal tersebut..Baginda menjawab, "Hafsah akan berkahwin dengan orang yang lebih baik dari Uthman dan Uthman juga akan berkahwin dengan orang yang lebih baik dari Hafsah"..Akhirnya, Uthman berkahwin dengan puteri nabi, iaitu Umi Kalthum dan Hafsah menikah dengan Rasulullah dan benarlah seperti yang dikatakan oleh baginda nabi saw.. dan yang paling penting, setiap kali Nabi menikah, baginda bukannya menikah kerana NAFSU, tetapi kerana mendapat perintah dari ALLAH SWT..itulah contoh poligami terbaik yang ditonjolkan oleh nabi saw..

Bercakap tentang peribadi Hafsah, beliau terkenal dengan sifatnya yang kuat cemburu..sebenarnya sifat cemburunya itu lahir dari rasa cintanya yang mendalam kepada Rasulullah..Beliau bimbang kalau2 tidak mendapat perhatian dan cinta yang mencukup dari baginda nabi saw..perangainya ini sama seperti Aisyah..gara-gara sikap cemburunya ini pernah menimbulkan rasa di hati Nabi untuk menceraikan beliau..Namun, beliau mendapat pembelaan dari Jibril tatkala hendak diceraikan oleh Nabi saw kerna sikap cemburunya..walaupun memiliki kelemahan dan kekurangan dengan sifat cemburunya, tapi Hafsah sebenarnya merupakan wanita yang sangat kuat beribadah..dan itulah kelebihan yang ada pada dirinya..beliau rajin berpuasa sunat dan bangun malam bersolat tahajud dan kerna itulah Jibril membelanya..malah, beliau mendapat Jaminan dari Allah bahawa Hafsah termasuk dalam salah seorang isteri nabi yang dijamin masuk syurga..

Selain itu, Hafsah juga merupakan antara isteri nabi yang pandai membaca selain Umar dan Fatimah, adiknya Umar..antara sumbangan beliau adalah mengajar menulis dan membaca kepada orang ramai..dan kerna itu YB Mumtaz menekankan pada kami semua tentang bagaimana untuk mencontohi Hafsah.."Kita kena didik masyarakat untuk celik ilmu..contohi Hafsah yang mengutamakan ilmu dalam kehidupannya"..macam2 boleh wat katanya..kita sebagai Muslimat, sayap kiri perjuangan perlu sentiasa membantu part untuk lebih dekat dengan masyarakat..kekurangan yang ada ditutup dengan kelebihan yang ada pada diri kita..sebagai contoh, tentang ilmu Al-quran..berapa ramai yang tahu dan benar2 arif tentang tarannum al-quran dan bacaan2 berbeza dalam ilmu Al-quran..kerna itu, perlu kita ketengahkan ilmu ni pada orang ramai..andai kita tak punya kepakaran, carilah kepakaran tu dari orang lain..kita punya sumber kewangan mencukupi dan punya tempat untuk mengadakan kelas..gunakan kelebihan itu untuk menggaji para ustaz dan ustazah yang mahir dalam ilmu Al-quran..

Hafsah juga merupakan seorang yang berpemikiran tinggi..Beliaulah yang berusaha mengumpul Al-quran dan inilah JASA beliau yang terbesar dalam sejarah Islam..Jika dilihat dari segi luaran pula, Hafsah merupakan seorang perempuan yang cantik; tubuhnya tinggi lampai dan berkulit putih..sama padanlah dengan Nabi kerna Nabi juga seorang yang tampan..dan pernah dikatakan, ketampanan Nabi Yusuf itu hanyalah 1/10 dari ketampanan Nabi Muhammad saw..Hafsah juga seorang yang jujur dan mudah mintak maaf bila melakukan kesilapan..

Satu lagi yang menarik pada Hafsah ialah beliau adalah satu2nya isteri nabi yang pandai membuat sup labu air dan Nabi saw sangat sukakan sup labu air buatan Hafsah..jadi, YB Mumtaz menyarankan kepada kami.."Andai tak mampu nak mencontohi semua peribadi nabi dan isteri-isteri nabi, dapat belajar buat sup labu air seperti Hafsah pun dah cukup..sekurang-kurangnya mampu mengikat perut si suami dengan resipi isteri Nabi =)"

Sunday, June 20, 2010

Indahnya ukhwah itu..

Buat ukhti Saadah yang kurindui,

Teringatku pada hadis Nabi tentang ukhwah islamiyyah dalam tajuk pertama usrahku, Usrah Tuntutan Tarbiyyah..yang menekankan betapa pentingnya untuk seorang sahabat itu mengambil berat akan ehwal sahabatnya yang lain..sekali lagi kutekankan..ukhwah itu indah..sekali bersahabat, selamanya tetap bersahabat..

Sabda Nabi saw:
"Perbandingan orang-orang yang beriman dalam kasih sayang mereka, belas kasihan sesama mereka dan perasaan simpati mereka, adalah seperti badan yang satu; apabila mana-mana anggota badan mengadukan hal, maka seluruh badan akan menanggungnya dengan berjaga malam dan merasai demam"

Begitulah indahnya ukhwah kita sahabat..jangan sesekali kau merasa terpinggir..ku amat menghargai sokongan dari pihak Alumni especially Akhi Asril sebagai ketua lajnah kebajikan yang turut menziarahi dirimu di Hospital Sg Buloh..dan berita tentangmu dengan cepatnya tersebar di facebook Alumni..kami semua mendoakanmu sahabat..

Bagi sahabat-sahabat semua, sokongan dari kalian terhadap sahabat kita ini amatlah diharapkan..andai xberkesempatan menziarah, sumbangan berbentuk kewangan amatlah berharga buat dirinya sekeluarga terutamanya untuk terus menjalani rawatan baik secara moden mahupun tradisional..andai tak mampu jua, sedekahkanlah bacaan yasin, doa dan solat hajat khusus untuknya..

Seperti pesan Nabi saw dalam hadis Riwayat Muslim;
"Sesiapa yang meringankan 1 dari kesusahan2 dunia seorang mukmin, Allah akan ringankan untuknya 1 dari kesusahan2nya di hari kiamat..Dan barangsiapa yang memberi kemudahan kepada seseorang dalam kepayahan, Allah memberi kemudaha kepadanya di dunia dan akhirat..Dan barangsiapa yang menutup keaiban seorang Muslim, Allah akan menutup keaibannya dunia dan akhirat..dan Allah sentiasa menolong hambaNya selama hamba itu menolong saudaranya.."

Kuakhiri entry kali ini dengan kata-kata Imam Al-Ghazali,

"Ukhwah itu bukan terletak pada indahnya pertemuan, tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya"

Sahabatku Dunia dan Akhirat..


Just to continue the story of my journey yesterday..

After finish all the stuff in Shah Alam, kami bergegas ke Hospital Sungai Buloh..menziarahi sahabat kami, Nurussaadah Jamaluddin yang dikejarkan ke hospital pagi khamis, if xsilap..we received this sms.."Salam, sahabat2, k.saadah dimasukkan ke hospital sg buloh, wad 4D katil 15..maybe dia akan dibawa ke hospital ampang bila ada kekosongan di sana..adik dia cakap keadaan dia makin teruk pagi tadi.."

Most of our friends who received that sms were very shocked when reading it..previously, we received one sms.."Salam..sahabat2, minta tolong sangat2 doakan sahabat kita, Nurussaadah Jamaluddin..Keadaannya semakin tenat..Semoga dengan doa kalian dapat memberi kekuatan kepadanya"..time tu, ramai sahabat sedang sibuk utk urusan walimah bulan Jun yang boleh kate berderet2 sampai xtau nak g mane dlu..so, bile g kenduri, sume tanya keadaan dia..kirenya, semua sahabiah turut merasai penderitaannya dan tidak terlalu bergembira walau pada hari paling bermakna dalam hidup mereka iaitu, melangsungkan perkahwinan..

Dah lama dia sakit..dah hampir setahun..doktor pun xtahu n xdapat detect sakit ape..so, i guess u all can expect what i want to say even without a word to explain it..Actually, she just came back from doing treatment at Darussyifa' last Tuesday..met directly with Ustaz Harun Din..and according to Ustaz, he didnt mentioned anything..he just said, InsyaAllah boleh sembuh..so, for us as her fren yang dapat tahu Ustaz Harun Din yang boleh kata arif dalam perubatan Islam ni, sedikit sebanyak melegakan hati ini dan sangat mengharapkan kesembuhan Saadah..But suddenly, the day after dat day, we received the sms..and we're very shocked..how come???Her sister told me that pagi tu dia ngadu sakit sangat, xboleh tahan..so, decide to take her to the hospital..doctor kate dia kekurangan darah yang sangat banyak..so, memang xberhenti la masuk darah..

We reached at Hospital Sg Buloh at around 12.45pm..memang waktu melawat..alhamdulillah, awalnya, hanya kami sahabat2 sekelas yang datang menziarah..tapi, lepas tu, group by group of our sahabiah datang menziarah..geng cmin dan cmat..sedikit sebanyak memberi kekuatan kepadanya..dan terpancar pada wajahnya riak kegembiraan kerana masih ada sahabat yang bersimpati..ya ukhti Saadah, itulah ukhwah..sekali bersahabat, selamanya tetap bersahabat...alhamdulillah, if tengok keadaan dia tengah hari tu, better than before time dia kne tahan kat wad di Hospital Selayang dlu..

Tapi, who knows rite..cz dia saja yang merasai penderitaan yang dihadapi saat tu..dengan macam2 tiub yang dipasang pada badannya..for me, she is a strong lady..ya, i dont deny it..dia anak sulung n dah mengharungi pelbagai macam ujian dalam hidupnya..kalaulah terjadi pada diriku, adakah aku akan sekuat dirinya?? Allah, Allah, Allah..benarlah seperti firmanMu..Allah tidak menguji seseorang itu melainkan sesuai dengan kemampuan dirinya..dan aku yakin bahawa pasti ada hikmah di sebalik semua ini..

Satu yang ku pinta ya Allah..berikanlah, berikanlah, berikanlah dia kekuatan zahir dan batin..jiwa dan roga, rohani dan jasmaninya untuk menghadapi ujianmu ini..jangan sesekali Kau jadikannya berputus asa dengan rahmat dan kasih sayangMu..jangan sesekali Kau hilangkan rasa bergantung harap padaMu dalam dirinya..kurniakanlah padanya jiwa yang kental, hati yang tulus dan yakin dengan janjiMu..ringankanlah bebannya ya Rabb..sembuhkanlah dia dari penyakitnya ini..jauhkan dia dari segala macam kemudharatan yang membebankan dirinya dan keluarga..izinkan dia untuk kembali sihat seperti sebelumnya..Kami rindukan sahabat kami ya Allah..kami rindukan gelak tawanya, prihatinnya xubah seperti ibu kepada anak-anak, suapan makannya..kami rindukan segala-galanya..dan ku yakin, dia juga merinduinya ya Allah..izinkan sahabatku ini untuk kembali menjalani kehidupannya seperti sedia kala malah lebih baik dari sebelumnya..

Pagi tadi, dapat jua ku berbicara dengannya di telefon..rindunya ku pada suaranya..terasa benar dirinya inginkan perhatian diriku dan sahabat2 lain..Allah.....permudahkan rawatannya di hospital itu ya Allah..aku amat berharap agar akan ada perkembangan positif ke atas dirinya selepas habis rawatannya di sini..ya Allah, sekali lagi ku bermohon, "timbulkanlah rasa mahabbah dan kasih sayang dalam diri kami, sahabat-sahabat dan juga semua warga hospital yang merawatnya..jadikan kami semua berusaha dengan sepenuh tawakal kami padaMu untuk mendoakan dia cepat sembuh"..Ukhti, diri ini sangat merinduimu..rindu untuk mengusikmu..Jadi, kau harus kuat ye..lawan kesakitan itu dan yakinlah bahawa kau akan sembuh..Aku tidak akan pernah berhenti mendoakan kesejahteraan dirimu..begitu juga para sahabat yang lain..dan paling penting, dirimu harus ingat bahawa Innallahama'ana..sesungguhnya Allah itu bersama-sama kita..Wallahualam

Welcome Masters and Doctoral Students - 19 June 2010

Assalamualaikum..

Entry kali ini sengaja ingin kuberkongsi dengan semua..Alhamdulillah, semalam, 19 Jun 2010, my fren, Amy n I settled our registration for post graduate studies..tersangatlah ramai umat di Dewan Sri Bestari dan Dewan Annex..xsngka lak ramai yang 'follow' us to continue study in Master and Phd level..and many of us, i could say that they came from other universities and colleges before..and to my surprise, i met Farhana and Nabilah, my ex-officemate at Deloitte..Fana, who was from UIA before, pursue her study in Master of Forensic Accounting and she will be doing part time study while still continue working in Deloitte..very proud of her..and a bit jelous, cz actually i want to choose dat course..ala-ala CSI gitu..tapi, i made my final decision to pursue Master of Accountancy, the general one so dat i can cover everything as a whole..while Nabilah will further full time study, she already took unpaid leave and decide to tender her resignation soon..

So far, everything ran smoothly yesterday..I came to Shah Alam by ktm and reached there at 9am and we could finished our registration at around 10.45am..for the first semester, as a full time student, we need to take 4 compulsory subjects within 10 weeks only..every subject will be 4 hour per session..and then, there will be exam week and continue with another 5 weeks for another 2 papers..if for degree n diploma students, these weeks are called intersession and the same with us as post grad students but what make it different is, the intersession will be held in semester period and not during semester break like under grad..owh Allah, hope i can cope with everything well once i start my study this coming July..

Tapi, Alhamdulillah, we only have morning class and we will be free every monday..so, ape lagi..bolehla meneruskan kegiatan sehari2 di hujung minggu dengan so many programs and activities cz monday xd class..hehe..n we can also do part time work in the afternoon and night..really need to do part time works because of so many reasons..n i really hope dat i can contribute sumthing to my sahabiah, to my society and to Perjuangan Islam..not only financial supports, but also, seluruh jiwa dan raga ni selagi termampu..

Really need supports from all of u - my parents;ibu n abah, my family, sahabat2, seniors, kawan2 and teman2 yang mengenali diri ini..i already made my decision to further study and to join this Young Lecturer Scheme..so, i cannot turn back..ignore what people say..like what ibu said, wherever you go, just try do your best in dat field..so, i must think positive..start from now, i need to convince myself that i am the 'future Muslimah lecturer'..and i have to prepare myself towards it..hope dapat train and practise ngaja dengan part time tuition and others.. what is the most important, i want to contribute sumthing in my accounting field..so, for those that have part time work especially tuition, do contact me and i need that to polish my teaching skills before i start lecturing later..eventhough i noe dat lecturing and teaching are 2 different things, but i do hope dat the skills will help me to cope with the more 'senior' students in universities..i want to befriend with them..but i still remember what my ex-boss, Meriel told me..u can make ur students as ur fren but make sure there is a limit..jangan sampai diorg pijak kepala kita..

Wah, terujanya nak sambung blaja..but at the same time, takut, risau, gelisah juga bercampur baur..i am no longer under grad student..i need to be matured already..prepare to be Madam and Mam..hehe..gelaran yg sll diberi kepada our women lecturers..and i also hope, dat i can be a role model to my student..yang blaja ni bukan sahaja inginkan ilmu dunia semata-mata, tapi sakhsiah dan akhlak serta ilmu akhirat juga penting..so, hope dat i will have courage to mix up my lecture with sumthing advisable and can be followed by them..let them to think and try to practise in their daily life..

Hm, ape2pun, everything starts with ur niat or intention..like what Nabi saw said..Sesungguhnya setiap amal itu bermula dengan niat dan bagi setiap orang itu adalah sesuai dengan apa yang diniatkannya..If niat tu kerana dunia dan isinya, maka itulah yang akan kita perolehi, tapi hanya setakat itu sahaja semata-mata..if kita niat setiap apa yang kita wat kerana Allah dan RasulNya, maka akan berolehlah kita keberkatan dan keredhaan dalam apa yang kita lakukan..yes Allah, i decide to further study because of you, Allah and i want to be a lecturer also because of you..permudahkan jalanku dan didik diriku menjadi seorg pendidik yang baik..Ameen

Usrah Personaliti Sirah 2

Again, the last part of my journey on 19June 2010..after visited ukhti Saadah di hospital, kami bergegas balik ke Shah Alam untuk menghadiri usrah Personaliti Sirah siri 2 di Worldwide Shah Alam..usrah dijangka bermula pukul 3 petang but because YB tiba lewat kerna turut serta dalam Jambori Nisa' Malaysia di Selayang, kami memulakan usrah sejam lewat dari yang dijangkakan..terujanya kami untuk ke sana adalah dek kerna mendengar respon dari sahabat2 dan akhawat yang pernah menghadiri usrah dan ceramah di bawah kendalian YB Senator Puan Hajah Mumtaz binti Md Nawi..beliau merupakan senator PAS yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan..at first, i didnt noe who is she..cuma namanya pabila disebut, seolah ada aura yang hebat di sebaliknya..dan ternyata dirinya sehebat namanya..walaupun kami tidak berkesempatan untuk hadir pada usrah siri 1, namun, nyata kedatangan kami pada petang itu tidak sia-sia..

Pada awalnya, i did asked my fren, amy on how will she conducted the usrah as based on what our sahabiah said previously..YB normally likes to have 2 way communication in her usrah..she prefer to share between all of us, our experience and her own experience too as a senator dan 'orang penting' dalam perjuangan..

Usrah Siri 2 ni adalah lanjutan dari Siri 1 sebelum ini dan mereka yang hadir dalam usrah pertama had been given a task to present in the next meeting..n the task was to present about Isteri-isteri Rasulullah saw..dan 2 isteri baginda yang kami perbincangkan petang tu adalah HAFSAH BINTI UMAR dan UMMU SALAMAH..kedua-duanya merupakan tokoh hebat untuk dicontohi..

Hm, its late already..i think i need to stop here and continue tomorrow morning..Salam


Thursday, June 10, 2010

Tips / Panduan Atasi Zina Hati

(P/S: Salam alaik, maaf andai hanya ini yang mampu kukongsikan buat sahabat semua..Namun, ku amat terkesan dengan artikel ini terutamanya pabila diri ini kosong dan jauh dari sahabat2..syukran ya Allah kerna masih mengizinkan aku untuk mengisi hati dan rohani ini dengan makanan yang baik..moga bermanfaat buat semua)

Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan. Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.
Justify Full
Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis.” Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.” - (Surah Yusuf, ayat 24)

Ikhlas kepada Allah. Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.


Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah. Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.

Mengurus mata dan pandangan. Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh. Ibnul Qayyim menyatakan: “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.”

Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik. Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.