Sunday, December 13, 2009

Tahu dan Faham..

Assalamualaikum wbt..

Ntah kenapa terase ingin berkongsi dengan sahabat semua tentang perkara ni..
  • TAHU- Mengetahui sesuatu tetapi tidak memahami serta tidak dapat mengaplikasikan apa yang diketahuinya.
  • FAHAM- Mengetahui serta faqih (faham) akan sesuatu perkara serta membuat keputusan berdasarkan kefahaman yang jelas.
Diri ini merasakan bahawa tahap faham masih belum dapat dicapai setakat ini..dalam apa jua perkara mungkin..dan sebab itu jugalah aku merasa malu pada diri sendiri, malu pada sahabat-sahabat, pada family dan paling malu pada Dia yang Di atas, Allah..malu kerana tidak memahami setiap sesuatu dengan sebenar-benarnya..takut sekadar tahu sahaja..mengamalkan tapi bukan kerana faham yang sebenarnya..kerana ikut-ikutan (taklid buta)..astaghfirullahal 'azim..

Teringat pada satu post di yahoogroup bila sahabat berkongsi sebuah cerita tentang pengalaman dirinya melapah lembu untuk korban raya haji hr tu..tetibe ade pakcik tu tanye, nape kite tak makan babi? kate sorang lagi..sebab babi tu haram lah..then, sorang lagi berkata; haram ke xlalu nak makan?..di sinilah kite boleh nampak sama ada orang faham atau tahu sahaja semata-mata..begitu juga satu lagi kisah..kalau tanye pada remaja2 Melayu yang minum arak, nape xmakan babi?..then, dia akan kate, sebab babi haram..habis tu, arak tu?..arak ni lain sikit..ya Allah, sampai begitu sekali 'kefahaman' remaja Melayu kita kan..

TENTANG AURAT

Begitu juga dengan aurat..orang sekarang (Melayu Muslim) memahami bahawa tutup aurat hanya dengan pakai tudung..xkisahlah mcm mane pakai pun..as long as you cover your head, then, it's enough..ade jugak yang bagi alasan, 'biarlah aku xpakai tudung n xtutup aurat, asalkan aku xtinggal solat, xbuat maksiat'..ni org tudung labuh pn buat maksiat, sampai membulat perut..so, aku lagi baik..astaghfirullah..ade jugak yang fesyennye gini..keluar jalan pakai ketat-ketat, nampak sana sini body nye..tapi pakai tudung..ntah lah sahabat-sahabat..bile direnung beberapa kalimah Allah ni..

"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung" (An-nuur:31)

Itu tentang perintah menutup aurat..jika dikaji kitab-kitab fiqh, lebih mendalam perinciannya..bagaimana cara menutup aurat yang sebenar..tapi, berbeza pula dengan solat yang merupakan salah satu rukun Islam yang lima..menjadi kewajipan kepada semua Muslim..jadi, bila ade orang komen, xpela dia xtutup aurat, asalkan dia solat..terserah pada Allah untuk menilainya..kerana ape?? kerana diriku yang belum tahap 'faham' akan hal ini..teringatku pada kem solat yang pernah kuhadiri dahulu..ustaz pernah kate, antara solat yang tidak diterima oleh Allah ialah apabila seseorang itu masih lagi melakukan kesalahan dan kemaksiatan (maksiat ade macam2 jenis..aka zina) kepada Allah, maka, sia-sialah solatnya..tapi, terserah pada sahabat-sahabat untuk membuat penilaian..

Semalam, seorang kawan baikku menelefonku..aku tahu, kalau dia call, mesti nak sharing sumthing ngan aku..dan semacam kebetulan pula dengan post ku kali ni masalah yang dibincangkan olehnya..kawan kepada kawannya menasihatinya seperti ini;'wei, ko nak jadi jahat mane sekalipun, jangan tinggal solat'..kawanku itu xtahu cmne nak terangkan kat kawan dia bhw ape yg kawan dia gtau tu xbetul..konon2 bile hati rungsing kejap, bile dh solat, so tenang n bole wat keje mungkar n maksiat terus menerus lagi..astaghfirullah..begitu kefahaman saudara semuslim kita..kadang2 aku terfikir, sungguh hebat ujian Allah pada kawanku itu..dipertemukan dengan kawan2 yg sosial n hidup penuh dengan maksiat..walhal dia sendiri tidaklah sealim mana (dari sudut penampilannya)..namun, ku yakin, teguhnya imannya lah menjadi asbab dia diuji sebegitu..dia secara tidak langsung telah menjadi daie kepada mad'u (ya'ni kawannya) itu walaupun sebelum ini tidak pernah mengikuti sebarang program usrah..tahniah sahabat..syukran juga sahabat mengingatkan diriku bahawa imanku ini masih cetek n segala ujian yang Dia berikan padaku tidaklah seberat mana jika dibanding dengan dirimu dan orang lain yang jauh lebih hebat diuji..

Berbalik pada topik perbincangan kali ini, sekali lagi aku merasa jahilnya diriku kerana masih belum mencapai tahap faham dalam setiap aspek kehidupanku ini..dalam soal masa depan, masih keliru bidang mana yang sebenarnya ingin ku dalami..semua ingin lakukan, kononnya boleh menjadi serba tahu..tapi, setakat mana kefahaman diriku pada sesuatu bidang itu..ya Allah, bantulah hambaMu ini..untuk tetap teguh dengan ape yang telah kutempuhi ini..sekurang-kurangnya biarlah aku mencapai tahap 'faham' dalam bidang yang aku lalui sekarang ni..corporate taxation as well as personal taxation..izinkan aku ya Allah..tetapkan hatiku, timbulkan minat yang mendalam serta kepuasan dalam diriku sepanjang aku berada di bidang ini..agar bila aku membuat keputusan untuk beralih ke tempat lain, aku sudah mempunyai 'sesuatu' untuk kubawa di tempat baru..bukan sekadar ilmu yang suam-suam kuku semata-mata..aku ingin menjadi hambaMu yang faqih di dunia dan akhirat..faqih dalam ilmu dunia dan ilmu akhirat..

FAHAM ERTI UKHWAH DALAM BERSAHABAT

Itulah yang ingin kucapai..walaupun ku sedar aku semakin jauh dari sahabat2 seperjuangan ku kini (dari sudut jarak n pertemuan), namun, tetap ada di sudut hati ini untuk terus kuat dalam mujahadah ini..walau di mana kau berada sekalipun, kau sebenarnya bersama sahabat-sahabat..kau membawa mesej dakwah untuk disampaikan pada mad'u yang jauh lebih ramai di luar ini..posisikan diri di mata masyarakat..andai kau rasa lemah dalam perjuangan, hubungilah sahabat2 dan akhawat2 yang sentiasa memahami keadaan dirimu ini..pasti setiap taujihat mereka akan membuatkan dirimu bangkit kembali dari terus tersungkur..itulah kefahaman diriku tentang erti ukhwah dalam bersahabat..

Kepada kawan-kawanku di Tabung Haji dan juga kawan-kawan gelak n sedih yang lain, syukran cz sudi terima diriku sebagai teman kalian..maafkan diriku andai aku tak mampu menjadi sahabat yang baik n menunjukkan qudwah yang baik sepanjang perkenalan kita..aku belajar dengan kalian untuk menyampaikan dakwah bil hikmah kerana kalian mencerminkan saudara2 semuslimku di luar itu..andai target group yang minoriti ini sahaja tidak mampu ku hadapi, bagaimana dengan mad'u yang lebih ramai di luar nanti? setiap kesalahan kalian, bukan silap kalian tetapi silap diriku..kerana aku sentiasa mengingati kata-kata naqibahku suatu ketika dahulu..

'Ya Allah, insan ini tidak bersalah..aku yang bersalah kerana dakwahku tidak sampai padanya'

Maafkan diri ini sahabat..namun, aku akan sentiasa mendoakan kalian, kerana setiap hijrah dalam diri kalian mencerminkan diriku juga..aku sayang kalian..jaga diri, jaga iman, jaga tingkah laku, jaga amal, jaga segalanya kerana kita tak tahu selama mana kita boleh hidup..ku tahu, banyak lagi perkara yang tidak kulakukan sepanjang perkenalan kita..banyak jugak kebiasaan yang tidak cuba kuhalang kalian dari terus melakukannya, itu semua kerana aku tak kuat..aku hanya mampu berdoa, moga akan ada hijrah yang lebih baik dalam diri kita semua sedikit demi sedikit..akhir kalam, sama-sama kita hayati pesanan ini, pengakhiran mana yang kita inginkan dalam hidup kita nanti..
  • Hidup Islam, mati Islam
  • Hidup Islam, mati kafir
  • Hidup Kafir, mati Islam
  • Hidup kafir, mati kafir
Jika memilih pilihan yang pertama, mari kita sama-sama berusaha untuk mentaati perintahNya dan meninggalkan laranganNya walau sekecil mana sekalipun..jangan juga melakukan hijrah yang songsang, yakni menjadi yang lebih buruk dari sebelumnya..we decide ourselves, our way of life..wallahua'lam.


No comments:

Post a Comment