Sunday, November 29, 2009

Carilah hatimu..

Kau mesti mulakan langkah mujahadah ini sekali lagi. Berbekalkan kata pujangga, kebaikan itu kerapkali perlu dimulakan berkali-kali. Tidak ada istilah putus asa dalam mengharap keampunan dan keredhaan Allah. Walaupun berkali-kali mundur dan terbentur, tetapi itu bukan alasan untuk berhenti. Berhenti ertinya mati – mati hati dalam mengharapkan cahaya Ilahi. Hakikatnya itu lebih bahaya daripada matinya jasad yang lahir ini.

Ya, kau perlu mulakan sekali lagi. Begitu bisikan ilmu menolak rasa ragu. Selalu. Walaupun terasa diri diselubungi selimut dosa dan kemelut alpa, jangan sekali-kali putus asa. Begitu kata jiwa yang menjerit tanpa suara. Allah tidak akan menutup pintu keampunannya… kunci pintu itu adalah harapan. Selagi ada harapan, selagi itulah ada perjuangan. Tewas dalam satu pertempuran tidak bererti tewas dalam satu peperangan. Begitulah jua dalam peperangan melawan syaitan dan hawa nafsu ini.

Tidak ada jalan lain wahai diri, kecuali bangun dan terus bermujahadah. Hati itu boleh berkarat, pencucinya adalah Al Quran dan ingatkan mati. Begitu panduan yang diberikan oleh Rasul junjungan. Jua teringat pesan Imam Ghazali:
“Carilah hatimu di tiga tempat… Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!”

Semak-semak dalam kehidupan harianmu. Bagaimana awal pagimu… Telahkah kau buka setiap hari barumu dengan hati yang bersyukur? Telahkah kau ucapkan, segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku daripada kematian yang sebentar dan kepada-Nyalah kami akan dikembalikan? Kemudian mintalah berlindung daripada sifat malas, takut, bakhil dan penguasaan orang lain terhadapmu. Senyum. Dan teruskan bersuci dengan mandi dan wuduk. Basuh wajahmu, fikiranmu, pendenganmu dan penglihatanmu daripada cela dosa dan prasangka. Kemudian dirikan solat Subuh. Pinta hidayah, kesihatan, kekuatan dan kesabaran dalam kalimah-kalimah doa dan munajat itu.

Tidak mengapa sekiranya hati terganggu oleh karenah-karenah manusia atau mainan rasa. Tetapi capai segera Al Quran dan bacalah. Bacalah, itu hakikatnya menjana kekuatan jiwa untuk menghadapi badai kehidupan. Jiwa yang tidak membaca al Quran umpama talipon bimbit yang kehabisan bateri. Betapa canggih fungsinya dan betapa mahal sekalipun harganya, tidak berguna… Begitulah jiwa yang mati, betapa segak, cantik, bertenaga dan anggun sekalipun jasad luaran, tanpa al Quran segalanya tidak berguna.

Jangan mendaki puncak hanya untuk meninggikan tempat jatuh. Jangan memburu fatamorgana kemewahan dunia hanya untuk ditipu olehnya. Ingat wahai diri, janji kesibokan yang tanpa henti, kelesuan yang tiada penghujung, kejemuan yang senentiasa mencengkam, kebimbangan tanpa kesudahan, buat pemburu-pemburu dunia yang bagaikan anjing rakus memburu bangkai. Sebaik-baik bekalan adalah taqwa. Sebaik-baik perlindungan adalah Al Quran. Mereka yang begini sahaja mampu ‘menukar’ bangkai dunia menjadi baja dalam kehidupan.


Burulah kehidupan dengan semangat orang yang bersedia untuk mati. Jadilah insan bijaksana yang menghayati pesanan Rasulullah agar sentiasa mengingati mati dan bersedia untuk menghadapinya. Jadilah umpama para sahabat Rasulullah s.a.w yang hidup bahagia, tenang dan aman walaupun dunia ditadbir dan diurus dengan cekap dan berkesan. Jangan jadi Namrud, Firaun dan Haman yang mengurus dunia penuh dengan ketamakan dan kezaliman. Nanti kau diburu oleh resah, gelisah, kesibokan, kejemuan, kemarahan yang tiada berkesudahan.

Ingatlah wahai orang yang bermujadahah… tidak mengapa sekiranya engkau tidak sampai di hujung jalan, cukup sekadar kau telah menempuh jalan. Justeru ketenangan dan kebahagiaan itu bukan hanya ada di hujung jalan, tetapi ada di sepanjang jalan…Genggam al Quran, ingat mati dan berangkatlah. Jalan mujahadah itu susah tapi indah!


Petikan dari blog Ustaz Pahrol-http://genta-rasa.com


Suasana suram di kampungku..

Ntah mengapa ingin juga berkongsi kesedihan ini bersama sahabat-sahabat semua.. Pagi raya jumaat yang lalu, aku menelefon ibu dan abahku di kampung di Sabah..bertanya khabar mereka dan semua di sana..dengan nada yang sedih, abah memaklumkan padaku bahawa suasana raya pagi ini tidak semeriah seperti sebelumnya..mereka di kampung diselubungi kesedihan dek kerana tragedi bot karam di Kudat yang meragut nyawa hampir 3 keluarga saudara belah abahku..

DUGAAN BESAR BUAT KELUARGA BELAH AYAHKU..

Tragedi ini benar-benar menghimpit perasaan seluruh ahli keluarga belah abahku di Sabah..sewaktu abah memberitahuku di telefon pada pagi raya yang lepas, cuma arwah nenek tangah (nenek saudara belah abah) yang baru ditemui mayatnya..dan masih ramai lagi yang belum diketahui keadaannya jelas abah..waktu tu, aku kurang jelas akan apa yang abah perkatakan..terus ku hubungi ibuku dan ibu menceritakan tentang tragedi bot karam tersebut..mereka 3 keluarga (seramai 21 orang) merancang untuk bercuti di sebuah pulau di Kudat (if xsilap) dan menyambut Hari Raya Haji di sana sekaligus bersama saudara yang tinggal di pulau itu..Namun, takdir Allah menentukan segalanya..'Kita merancang dan Allah juga merancang dan Allahlah sebaik-baik perancang'..

Malam jumaat yang lepas, sewaktu berita tv3 menyiarkan tentang tragedi tersebut, 3 orang dimaklumkan terkorban tetapi tidak dimaklumkan siapa mangsa korban tragedi tersebut..dan aku juga tidak menyangka bahawa itulah tragedi yang meragut nyawa keluarga nenek saudara belah abahku itu..cz ibu said dat the tragedi happened in an island somewhere around Sabah..tapi, just now, when i called my mum, she asked me to watch tv3 news..dan kali ini, 21 orang dikenalpasti mangsa tragedi bot karam itu, yang mana semuanya ialah keluarga nenek saudaraku itu..nyawa 3 keluarga terlibat..6 orang terbunuh, 6 orang terselamat dan 9 lagi masih belum dijumpai..sedih bercampur hiba mendengar berita ini dan ku yakin keluargaku di sana terutamanya abahku pasti lebih merasai kesedihannya..

'SETIAP YANG BERNYAWA PASTI MERASAI MATI'..

Itulah janji Allah kepada semua hambaNya..dan kejadian ini sedikit sebanyak menginsafkan diriku dan keluarga bahawa hidup ini sememangnya pinjaman Ilahi..bila-bila masa sahaja dan dengan apa cara sekalipun, kita tetap akan dijemput olehnya..bergantung kepada kita sendiri samada sudah bersedia menghadapinya atau tidak..ibu informed me dat there was some problems faced by them (the victims) sewaktu nak ke sana..tapi, for whatever reason, mereka tetap telah pergi dijemput Ilahi..teringat aku pada kak Gayah, my ex-officemate dlu kat Tabung Haji..sewaktu dia cte tentang arwah anak dia yang meninggal sbb road accident..dia kate, 'mungkin mmg dah ajal dia dan dengan cara ni Allah jemput dia'..dan dia mmg sangat tabah menghadapi semua ni..kata-katanya tu kuingat sampai bila-bila..dan teringat juga pada sahabatku, Ashani..she always makes me aware dat life is short..bile-bile je kita akan pergi..pernah aku berseloroh padanya tentang sumthing..then, she said..'mane boleh, mane tau esok kite dah xde'..walaupun mungkin nadanya bersahaja, tetapi setiap bait katanya menyedarkan diriku..thanx kak..4 every advice u gave to me..

Namun, aku akui bukan semudah itu untuk menerima kenyataan bahawa dalam sekelip mata, hampir seluruh keluarga pergi meninggalkan kita..andai ia berlaku pada diriku, pasti aku juga akan turut bersedih untuk berhari-hari lamanya (aku juga tidak tahu selama mana)..orang tersayang hilang dalam sekelip mata..pasti meninggalkan kesan mendalam pada diri..

HARGAILAH SEMUA ORANG DI SEKELILING KITA..

So, from now on, aku nak cuba untuk sentiasa menghargai semua orang yang ada disekelilingku..especially my beloved family; ibu n abah n all my sisters n brothers, sahabat-sahabat, teman-teman, kawan-kawan dan junior2 tersayang..maafkan diri ini andai pernah menyakit hati kalian semua selama kalian mengenali diriku..selagi nyawa masih tersisa, akan kucuba perbaiki hubungan sesama manusia ini..tapi, yang paling penting ialah perbaiki hubungan dengan Yang di atas..means dat 'horizontal and vertical relationship' in life need to be improved from time to time..kerana 'life is short' la we have to manage our life properly..wrongly managed and planned, bimbang kita akan tersasar jauh dari jalanNya..wallahua'lam..

Teringatku pada pesan Imam Al-Ghazali (pentingnya kita untuk sentiasa mengingati mati);
“Carilah hatimu di tiga tempat… Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!”

Friday, November 27, 2009

'Ibrah Aidiladha pada diri..

Petikan dari iluvislam.com..a very simple but meaningful article..just to share with all of you

Memaknakan Aidiladha Dengan Hati

www.iluvislam.com
Oleh: NuurZaffan





Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pengunjung www.iluvislam.com sekalian. Bersyukur ke hadrat Allat swt kerana kita masih diberikan kesempatan untuk meraikan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini. Alhamdulillah kerana diberikan kesempatan untuk terus bertebaran di muka bumi ini. Sentiasalah mengambil iktibar daripada peristiwa-pertistiwa insan yang terlebih dahulu meninggalkan kita. Semoga hati-hati kita sentiasa bersedia untuk menyusul mereka kelak. Rehat yang pasti di alam kubur sana. Soalnya `rehat` dalam bahagia ataupun terseksa?

ERTI HARI RAYA AIDILADHA

Apa agaknya erti Hari Raya Qurban buat setiap daripada kita? Jika soalan ini diajukan kepada anda yang membaca. Apakah jawapan yang bakal diberi?

"Menghayati pengorbanan Nabi Ibrahim".

"Menghayati erti berkorban".

Pasti banyak jawapan yang akan diberikan secara spontan.

Saya menyoal lagi, apakah jawapan ini datang dari hati? Apakah jawapan ini merupakan pandangan dan pemerhatian kita sendiri (berasaskan Islam pastinya). Mungkinkah jawapan ini hasil daripada copy-paste daripada seseorang?

Bukanlah ingin saya mengatakan salah untuk menjawab menggunakan pendapat ustaz ataupun ustazah yang memberikan pengertian Hari Raya Qurban. Jauh sekali saya ingin menyatakan maklumat di majalah serta buku-buku agama itu salah. Cuma, saya suka untuk membawa semangat carilah jawapan dari dalam hati.


MENCARI ERTI DALAM HATI

"Jangan banyak bertanya. Boleh sesat".

Satu ayat yang pernah singgah dalam hidup saya. Mencari itu sesat? I listened.

Namun selepas suatu ketika, semakin mengenal Islam, semakin saya memahami erti pencarian. Hidup sebagai seorang Muslim ini perlu penuh pencarian. Pencarian sepanjang kehidupan! Proses pencarian itu melibatkan berfikir dan bertanya. Tidak dapat tidak. Membawa dimensi baru dalam pemikiran bahawa mencari agar tidak sesat. Ertinya, tidak mencari lebih menyesatkan!

Berbalik kepada erti Hari Raya Aidiladha. Sememangnya digalakkan untuk kita membaca artikel berkaitan dengannya. Tidak membaca boleh membawa sesat juga. Taklid buta. Cumanya, saya ingin membawa semangat, nilailah kembali hasil bacaan. Fikirkan dan simpulkan. Kita semua pernah belajar membuat kesimpulan dalam matapelajaran Bahasa Melayu bukan? Mudah sahaja right?

Carilah erti agar kita akhirnya mempunyai satu pandangan dan jawapan yang tersendiri. Erti Hari Raya Qurban yang lahir daripada hati.

Setiap daripada kita berbeza. Punya kisah yang berbeza. Ambillah iktibar daripada peristiwa Qurban untuk disesuaikan dengan kisah kehidupan kita. Apakah pengorbanan yang ingin kita lakukan?

Mungkin ini membantu kita menjawab erti Hari Raya Aidiladha kita pada tahun ini. Ambillah masa sekejap untuk berfikir dan mencari jawapan. Jawapan itu ada di dalam hati. Jujur pada diri. Berdoalah tatkala mencari, Allah mendengarnya.

Justeru, Saya bertanya sekali lagi pada pemilik hati-hati yang membaca.

"Apakah erti Hari Raya Aidiladha buat anda?"

Ambil masa, tanya pada diri, berfikir dengan tenang, selamilah hati. InsyaAllah, jika bukan saat ini, pasti akan bertemu jawapannya. Syaratnya perlu teruskan mencari.

Seruan saya, marilah memaknakan Hari Raya Aidiladha. Mencari erti dengan mata hati. Mencari erti dengan sabar dan solat.

Wallahu`alam.

Eidul Adha..

Assalamualaikum kuucapkan kepada semua sahabat yang mengunjungi blogku ini..

sekadar ingin berkongsi dengan kalian semua..semalam 10 Zulhijjah, bersamaan hari raya Aidiladha, aku bersama dua orang adik lelakiku dan pakcikku ke Masjid Negara untuk menunaikan solat sunat hari raya..pada mulanya, i refused to go there coz dah lewat, nanti kang sesak, ramai orang..better 4 us to solat at Surau Istana je..tapi, sebab my uncle eager to go there, i just followed them..dahla semalam YDPA, Sultan Mizan datang solat di sana, so, memang sangat ramai la jemaah di masjid semata-mata untuk tidak melepaskan peluang melihat kehadiran Sultan..sewaktu kami tiba di sana, memang dah penuh masjid..so, hanya dapat solat di saf di belakang n kat luar je..dengan suasana yang bising di sana-sini, aku dapat merasakan betapa tidak khusyu'nya diriku sewaktu menunaikan solat hari raya di sana..seusai sembahyang, khutbah hari raya yang agak menarik juga tajuknya (dengar kat tv sebelum g..berkenaan generasi pelapis dan bakal pemimpin xsilap), tapi juga seolah sia-sia bagiku..aku xdapat mendengar dengan jelas isi khutbah tersebut dek kerna kebisingan di ruang legar masjid tempat kami bersolat..habis je solat, aku bergegas menuju adik-adik dan pakcikku..mereka juga mengeluh dan merungut tentang hal yang sama..tiba-tiba aku terdetik di fikiranku..sebenarnye, apa yang dicari oleh semua jemaah yang datang ke masjid ini?redha Allah atau sebaliknya?pengisian rohani atau sebaliknya daripada khutbah yang disampaikan?Astaghfirullahalazim..jadikan diriku sentiasa bersangka baik dengan semua orang ya Allah..Namun, tetap dapat kurasai berbezanya solat antara dua hari raya ini..ape2pun, thanx to Him sebab masih mengizinkan aku untuk menunaikan ibadah di rumah suciNya pada pagi yang mulia semalam, Sayyidul ayyam..moga ada keberkatan dan 'ibrah dari setiap yang berlaku semalam..

"Ya Allah, jadikan hari ini lebih baik dari semalam, dan hari esok lebih baik dari hari ini..dan andaikata aku mati pada hari ini, matikan aku dalam khusnul khatimah..Ameen"

Husnuzzhan pada semua orang..

Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Tuesday, November 24, 2009

4 Isteri, jagalah yang pertama..

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi.. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan
menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku? " Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku..aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu."Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan
kau seperti ini isteriku." Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!

Saturday, November 21, 2009

MATI..Peringatan penting yang sering dipinggirkan Muslim..

Ku kongsikan kali ini satu artikel yang sangat bagus untuk diriku dan sahabat-sahabat semua renungi..Moga kita sentiasa menjadi hamba yang diredhai olehNya sentiasa dalam setiap perbuatan dan perjalanan hidup kita..


Dalam satu wasiat Nabi Muhammad s.a.w. kepada Ibnu Umar (Abdullah) r.a. berbunyi: "Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang musafir atau pun sebagai pengembara."

HURAIANNYA..

Hadis ini menganjurkan kepada kita supaya sentiasa mengingatkan mati dan mengurangkan cinta keterlaluan terhadap dunia yang fana ini.

Ibnu Umar pernah berkata: Jika anda masih hidup pada waktu pagi, jangan tunggu hingga ke petang dan jika anda masih hidup pada waktu petang, jangan tunggu hinga ke pagi, sediakan dirimu pada masa hidup untuk bekalan waktu mati, dan pada masa sihat untuk bekalan waktu sakit.

Justeru, wasiat Nabi di atas sentiasa mengingatkan kita betapa kita bagaikan musafir yang sedang berlalu sementara di dunia ini, maka apakah persiapan bekalan yang telah kita buat bagi menghadapi Allah SWT pada hari yang penuh dengan persoalan di padang Mahsyar?

Kita tidak akan hidup kekal dan lama di dunia, oleh itu, jangan sekali-kali kita melakukan kejahatan. Jika kejahatan yang dilakukan boleh menyebabkan kita tidak mati, maka lakukanlah, tetapi kejahatan yang kita buat semasa hidup di dunia, kesemuanya akan ditayangkan semula di hadapan Allah oleh para jururakam di kalangan para Malaikat, walaupun kita telah melupakannya, tetapi Allah sekali-kali tidak demikian.

Mereka yang telah pun meninggal dunia dan mendapat seksa kubur, meraung-raung minta pertolongan daripada orang yang masih hidup, terutamanya ahli keluarga terdekat, apakan daya, kita tidak mendengarnya, maka yang dibawa oleh seseorang dalam alam kubur bersamanya ialah amalannya semasa hidup di dunia satu ketika dahulu, maka fikir-fikirlah. ..

MANUSIA HARI INI ENGGAN BERCAKAP TENTANG MATI

Ia terjadi kerana manusia pada hari ini tidak berapa mahu meletakkan urusan agama itu lebih penting daripada segala-galanya. Sebagai contoh, terkadang-kadang kita dapat lihat seorang Muslim itu dari agenda hariannya sebagai seorang yang beragama Islam, tetapi tidak berusaha untuk menampilkan diri dengan Islam itu sendiri.

Sejak mencelikkan mata bangun daripada tidur, paling tidak menunaikan solat Subuh, itupun bukan dalam keadaan berjemaah, sama ada di masjid, surau ataupun menjadi imam di rumah bersama isteri dan anak-anak.

Kalau pada hujung minggu, lepas solat tidur semula, tidak berapa terikat dengan kuliah subuh, pembacaan al-Quran, membaca zikir Ma�thurat, kaunseling diri, isteri dan anak-anak, atau apa sahaja yang boleh meningkatkan peristasi iman kepada Allah SWT.

Bangun selepas itu bersarapan pagi, kemudian ke pasar atau berjalan-jalan bersama keluarga ke tempat yang boleh menghilangkan rasa gundah seminggu di pejabat.

Tetapi persoalannya di sini, kenapa elemen-elemen agama tidak termuat dalam diari atau agenda harian hidup seseorang Muslim.

Apakah kita sudah rasa cukup dengan ilmu yang ada di dada mengenai ilmu-ilmu yang boleh mengingatkan kita kepada alam kematian?

Ilmu agama terakhir yang dipelajari mungkin semasa menduduki peperiksaan SPM beberapa tahun lalu di sekolah menengah, kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat M.A. atau PhD. Selepas daripada itu, menjawat jawatan mantap dengan gaji yang lumayan, sibuk dengan tugas harian yang akhirnya menjadikan diri teramat sibuk. Kuliah di pejabat pun tidak boleh hadir dan begitulah kuliah-kuliah yang disediakan di surau atau masjid berdekatan di rumah.

HATI MENJADI KERAS

Rasulullah s.a.w. pada penghujung hayatnya, pernah memanggil menantu merangkap sepupu baginda iaitu Sayidina Ali bin Abi Talib. Baginda mewasiatkan kepadanya: Wahai Ali! Jika berlalu di kalangan orang Islam 40 hari (sahaja), mereka tidak hadir dan duduk dalam majlis ilmu (fardu �Ain), maka orang itu akan menghadapi dua akibat buruk. Pertama hatinya menjadi keras (sukar untuk menerima petunjuk llah atau segala kebaikan) dan kedua berani pula melakukan dosa-dosa besar.

Insan bernama Muslim hari ini tidak berapa mempedulikan persoalan agama mereka sendiri. Sudahlah tidak mahu jadi orang yang faham agama, melakukan dosa-dosa pula. Si suami membiarkan isteri keluar rumah tanpa berhijab (tudung kepala). Si ayah pula membiarkan anak gadis tidak berhijab dan menampakkan pusat-pusat mereka. Anak lelaki tidak mengnal huruf-huruf al-Quran dan ada yang tidak tahu mandi junub (hadas besar atau mandi wajib).

Kesemua itu adalah implikasi daripada tidak hadir dan duduk dalam majlis-majlis ilmu.

Ada antara para ibu bapa Muslim seronok melihat anak-anak mereka berjaya dalam bidang hiburan, daripada menyertai bidang nyanyian peringkat dewasa hinggalah ke peringkat bakat bintang kecil. Apa yang pasti penampilan anak-anak ini dengan pakaian yang tidak dibenarkan oleh hukum syarak, tetapi semua itu tidak dipedulikan oleh mereka yang bernama Islam.

Seolah-olah Islam tidak boleh dicakap-cakap jika hendak maju dalam pelbagai bidang dalam kehidupan dunia. Tetapi mereka lupa, bahawa Rasulullah s.a.w. ada bersabda maksudnya, �Sesiapa yang mahukan kejayaan di dunia, mestilah dengan ilmu (agama), jika dia mahu kejayaan di akhirat juga mestilah dengan ilmu, dan jika mahu kedua-duanya sekali mestilah dengan ilmu.�

Apabila ilmu agama tidak menjadi teras dan sandaran dalam kehidupan orang Islam pada zaman ini. Maka mereka sebenarnya telah mengundang pelbagai masalah seperti terlibat dengan rasuah, keruntuhan moral serta harga diri, tidak berakhlak, meninggalkan solat, penagihan dadah, mentadbir negara bukan dengan hukum Allah, dan semua masalah itu tidak akan dapat diselesaikan kecuali menerima penyelesaiannya daripada Allah juga, iaitu pelaksanaan hukum-hukum Islam dan Sunnah (hadis) Nabi Muhammad s.a.w.

Tanpa pelaksanaan hukum-hukum Islam itu menandakan bahawa manusia menolak Allah yang telah menawarkan yang terbaik buat diri, keluarga, masyarakat dan negara mereka.

Mereka tidak akan bercakap mengenai mati, bekalan untuk hari akhirat, persoalan alam kubur apatah lagi mengenai nasib di penghujung hayat, sama ada boleh mengucap dua kalimat syahadah atau pun tidak, semua ini tidak ada dalam kamus kehidupan manusia hari ini, kerana mereka sudah semakin jauh daripada Allah walaupun mereka dilahirkan sebagai seorang muslim.

PENYELESAIAN MASALAH

Justeru bagi menyelamatkan diri selagi terdaya untuk dilakukan, maka renungilah empat perkara di bawah ini seperti yang pernah diperingatkan oleh Imam Al-Ghazali:

Pertama: Berurusanlah dengan Allah sepertimana kamu suka orang bawahanmu berurusan denganmu dengan cara yang terbaik.

Kedua: Setiap kali kamu bekerja dengan orang lain, perbuatlah sepertimana kamu mahu diperbuat ke atas diri kamu. Kerana tidak sempurna iman seseorang selagi mana dia tidak suka orang lain memperolehi sesuatu yang dia sendiri menyukainya.

Ketiga: Jika kamu mahu mempelajari sesuatu, pilihlah untuk mempeljari ilmu yang dapat memperbaiki hati dan memperbaiki jiwa dan sanubarimu.

Sekiranya kalau kamu tahu umurmu hanya tinggal seminggu sahaja lagi, sudah pasti kamu tidak akan memilih untuk mempelajari ilmu fiqh, tahudid, sirah, akidah dan sebagainya.

Dan mungkin juga kamu akan mengawasi hatimu dan berusaha melepaskannya dari belenggu dunia.

Kamu akan memperbaiki akhlakmu dan sibuk untuk beribadat kepada Allah SWT (selaku Penciptanmu) setiap saat.

Justeru, kamu mestilah sentiasa berakhlak mulia, kerana sesungguhnya kematian itu akan datang pada bila-bila masa sahaja.

Begitulah cuba kamu bayangkan, jika seorang pemimpin negara akan datang menziarahimu, sudah tentu kamu akan lakukan persiapan yang mantap, menghias rumah, memperbaiki mana-mana yang tidak betul dan bermacam-macam lagi.

Keempat: Janganlah mengumpul harta dunia lebih daripada keperluanmu untuk satu tahun.

Rasulullah s.a..w. sendiri menyediakan bekalan yang sebanyak itu sahaja untuk isteri-isteri baginda yang lebih kukuh imannya hanya dengan disediakan bekalan untuk sehari setengah sahaja. Bagi orang yang suka mengumpul harta hingga tidak sempat untuk menjenguk rumah Allah tujuan untuk beribadat kepada-Nya, maka orang itu akan disibukkan Allah SWT.

Renung-renungkanlah wahai saudara-saudaraku sekalian!

Hujung minggu yang 'mendung'..

Assalamualaikum semua..ape khabar diri dan iman anda di hari minggu ini? Bagi diri ini, alhamdulillah masih berada di bawah jagaan Allah swt..begitu juga imanku..sebenarnye diriku telah menyeksa imanku di hujung minggu ini..sedih dan terkilan, pelbagai perancangan telah dibuat untuk mengisi aktiviti di hujung minggu ini, tapi ia tidak berjalan seperti yang diharapkan..namun aku redha bahawa hidupku ini telah diatur olehNya..semalam, 21 November 2009, adalah hari yang aku tunggu-tunggu sejak dari hari Isnin lagi..jiwaku meronta-ronta untuk mendapat pengisian rohani..setelah seminggu bekerja, pulangku lewat maghrib..sampai sahaja di rumah, pasti kepenatan dan kadang-kala sahaja sempat membuka laptop dan mencari sebarang pengisian jiwa di blog-blog dan yahoogroup..itulah sebabnye bersemangat menanti hari hujung minggu..

Tapi, alangkah sedihnye sebab kami (me together wif kak lin, kak dayah, kak mira) tersalah info..program nisa wilayah di bawah 'serve and care with love - seminar dakwah masyarakat majmuk siri 1' yang kami tunggu-tunggu rupenye bukan pada hari sabtu tetapi hari ini, ahad..termangu-mangu dan 'blur-blur' kami di masjid..at last, we spent the whole day together..from moning till late in the evening..breakfast together n sharing lots of stories..ape lagi, kalau bukan pasal life di TH, ofis lame yang kurindui..thanx kak lin 4 those stories..also about my beloved sis, kak Rahmah, d one who always miss me..thanx a lot kak, i miss u 2 n all those sweet memories in TH..really miss it..bak kate kak as pada kak lin..bile kite dah kuar, baru la macam2 program ade kat TH ye..xpela, bile sahabatku gembira, diriku juga turut merasa kegembiraan itu..aku xboleh mengalah dengan hidupku yang baru ini..kerna perjalananku masih panjang..dan xsetiap masa hidup ini terus berlalu seperti yang kita harapkan..

Hari ini, ahad, 22 November 2009, sekali lagi aku ketinggalan pengisian jiwa bersama sahabat-sahabat di luar..program nisa wilayah di masjid klcc dan satu lagi program yang tak kurang hebatnya di Shah Alam..begitu juga kenduri kahwin akak ofis lameku di NWC, Kak Yus n Daniel..pasangan yang comel..maafkan saya kak sebab xdapat hadir ke kenduri kawen akak..hari ini familyku akan bertolak ke kampung di Sabah..n i have to help them mane yang patut..lagipun, i have no transport to send me to n from kl sentral..so, memang duduk kat umah je ni..maafkan diriku kak skali lagi..ape2pun, jangan risau wahai diri n wahai iman..kalian akan ku jaga sebaiknye dan pergantungan dengan Allah yang paling kuharapkan..2 weeks my family left me here..jadi, beraya di kl jela tahun ni..xpe mimi, chaiyok..jangan lemah n jangan sedih kerana sesungguhnya Dia bersamamu..

KADANG-KADANG KESEPIAN..

Itulah yang kurasai saban waktu sepanjang berada di tempat baru..mungkin juga kerana jauh dari sahabat-sahabat dan mungkin juga kerana diriku 'keseorangan' melayari hidup ini..teringat nasihat Haji Harun dalam emel kak Rahmah..'mimi, jangan sibuk je kerja memanjang sampai lupe nak cari pasangan hidup'..huhu,kadang-kadang, kata-kata itu bermain-main di fikiran, dan membuatku bermuram durja memikirkan my future life..sampai adakala kerja di ofis pun dibuat dengan xsepenuh hati..namun, bile ku muhasabah kembali diriku (seronok juga berada di tempat baru..cz walaupun penat menunggu bas untuk pulang, tapi masa itulah masa untuk ku muhasabah diri seketika memikirkan apa yang telah kulakukan dalam hidup selama ini), mungkin aku kesepian bukan kerana memikirkan tentang 'hambaNya', tetapi kerana aku telah kurang bergantung harap dan merindui kasihNya..maafkan diriku ya Allah kerana lemahnya diri ini menghadapi ujianMu..kerana itu juga aku BANGKIT semula..aku xmahu lagi fikir tentang itu lagi buat masa ini kerana saat itu pasti akan datang jua suatu masa nanti..izinkan aku ya Allah untuk terus mengislah diri ini dari semasa ke semasa..kuatkan diriku ini walaupun keadaan persekitaran tidak sangat membantu diriku ke arah itu..GO FOR IT, mimi..U CAN DO IT !!

'ilahi anta maqsudi ya Allah..wa ridhoka mathlubi..wa'tini mahabbatuka wa ma'rifatuka'
'ya Allah, engkaulah tujuanku dan redhaMu yang kutuntut..kurniakanlah diriku kasih sayangMu dan pengetahuan tentangMu' (Amiin)

Friday, November 13, 2009

Rindukan Pengisian Jiwa??

Assalamualaikum buat sahabatku sekalian,

Maafkan diri ini andai telah lama menyepi..sesungguhnya kesibukan dan kepenatan berada di tempat baru membuatkan diri ini terlupa seketika akan sahabat-sahabat seperjuangan..ditambah lagi dengan tanggungjawab dakwah..maafkan diri ini sahabat..Namun, kuyakin, walau jauh berbatu kita berada, andai pasaknya ukhwah ini keranaNya, insyaAllah tidak akan terlerai jua ikatannya..ape2pun, alhamdulillah, ana ingin mengajak sahabat2 sekalian untuk mengisi ruang masa yang ada di hujung minggu depan untuk menghadiri majlis ilmu sebagai santapan jiwa yang mungkin sudah kekeringan dengan taujihat iman..moga terisi kembali rohani kita..moga bertambah kembali iman kita selepas ini dan seterusnya..Suka ana mengingatkan, bahawa kita ini hanya manusia biasa, yang mana imannya yazid (bertambah) wa yanqus (berkurang)..maka, pilihlah antara 2 itu..andai inginkan yang baik, berusahalah ke arahnya..

1) Serve and Care with LOve at Masjid KLCC

2) Forum Cabaran Mendidik Generasi -Y




















Thursday, November 5, 2009

JADILAH KULI ALLAH, BUKAN KULI SYAITAN


Petikan dari blog pemikiran tokguru: http://ipnaa.blogspot.com

JADILAH KULI ALLAH, BUKAN KULI SYAITAN

”Jangan jadi kuli kecuali menjadi kuli Tuhan. Jangan makan gaji selain makan gaji dengan Tuhan. Sebagaimana kita bila makan gaji - dengan orang ke, dengan kerajaan ke, dengan kompeni ke, dengan orang kampung ke - tentulah kita kena buat mengikut apa yang majikan kita hendak walaupun kita sendiri berasa payah, berasa lambat kalau ikut kehendak majikan kita. Tetapi kerana, kita makan gaji, kita kena buat serupa dengan tuan kita hendak. Kita dengan Tuhan kena lagu itu juga. Bila Tuhan kata Aku hendak kamu buat lagu ini - payah ke, susah ke, terkepit ke, sakit ke kamu kena buat juga sebab kamu makan gaji dengan Aku. Kalau kamu ticlak hendak makan gaji dengan Tuhan, kamu hendak makan gaji dengan siapa lagi? Sudah pasti kamu makan gaji dengan syaitan. Tidak ada sebab kita hendak makan gaji dengan syaitan kerana syaitan tidak buat kita, syaitan tidak buat bumi tempat kita berpijak, tidak buat langit tempat kita junjung, tidak buat udara untuk kita bernyawa, tidak buat sedikit apapun. Jadi tidak ada sebab kita hendak makan gaji selain dengan Allah taala”

”Makan gaji dengan manusia dia bayar dengan duit tetapi makan gaji dengan Tuhan dia bayar dengan syurga, bila mati baru boleh terima gaji. Sebab itulah kita bersembahyang, kita berpuasa, kita bersedekah, kita mengajar, kita mengaji walaupun kadang-kadang benda-benda ini dirasakan serabut dan menyusahkan. Mengapa menyusahkan diri dengan sembahyang, padahalnya yang tidak sembahyang ramai yang boleh hidup? Jawabnya, oleh kerana aku makan gaji dengan Tuhan, aku kena turut kehendak Tuhan”


P/S: I agree with this article..andai diberi peluang, izinkan diriku untuk menjaga kedua-duanya..Hablumminallah dan Hablumminannaas..

Alhamdulillah..Thank you Allah

Alhamdulillah, dengan izinNya, hari ini..aku berjaya meneruskan perjuangan hidupku di tempat baru..hari ini genap 4 hari aku di sana..pada awalnya, terus terang aku akui, hidup terasa sangat berbeza sekali berbanding sebelumnya..Bayangkan, aku dikelilingi oleh staf-staf yang majoritinya Cina..dan ini juga kali pertama aku, satu-satunya staf Melayu dan beragama Islam yang join group member aku sekarang, C3..bukan aku sahaja yang kekok, mereka juga begitu..so, I cannot blame the surrounding..Dia telah menetapkan aku di sini, dan pasti ada jalan hidup yang telah Dia caturkan untukku di sini..pasti ada tugas dan peranan yang lebih berat yang perlu dipikul..4 hari aku di sini, aku masih dengan perwatakan diriku yang biasa..memakai baju kurung seperti kebiasaan..dan setiap kali berjumpa staf-staf yang lain, pasti akan ada mata yang memandang pada diriku..mungkin pelik kot dengan cara pemakaianku..agak 'kolot' di mata mereka..mungkin..tapi, seperti biasa, senyum sebagai simbol dakwah tetap ku lemparkan pada mereka..mana tahu, lama-kelamaan, mereka akan dapat menerima diriku seadanya, malah menyayangi diriku sepertimana kawan-kawan mereka yang lain..itu yang aku harapkan terutamanya kepada all my group members..

MEREKA MENGHORMATI DIRIKU..

Itulah yang dapat kukatakan tentang mereka pada saat ini..Alhamdulillah, so far, walaupun aku agak senyap sedikit (bukan sikit, tapi memang baik giler la), aku masih mampu berkomunikasi dengan mereka..jiran sebelahku, Nickson, sangat baik dan xlokek berkongsi ilmu denganku..begitu juga dengan yang lain..yesterday was one of our group members' birthday..and they invited me to join them..during lunch, again they offered me to follow them for lunch at Vietnam Restaurant..actually, mule-mule rase nak g, tapi my dad brainwash me macam2, makes me feel uncomfortable and rase xsedap hati nak g..dat's y xg..and i really hope that diorang tak terasa hati denganku, malah menghormati prinsip diriku..my GL (group leader), i think, she's very concern on me..cz today, i spent almost all of my day reading all the information and knowledge in LHDN's website..then, suddenly she asked me..'mimi, so far, have you learned the system?Then, I said, yes'..and she ask me to try another one which is the real one..I really hope dat I can do the best of every work assigned to me..aku xnak diriku dipandang hina atau dipandang rendah oleh mereka hanya kerana Aku adalah Aku..

TUGASKU SEBAGAI DAIE SEMAKIN BERTAMBAH

Benarlah kata adik junior kesayanganku, Raihana..Allah memang sengaja tempatkan diriku di sini..mungkin lebih luas peluang dakwah untuk tersebar..Amat berbeza sekali ruang dakwahku dulu dan sekarang..dulu, ketika di Tabung Haji, hampir keseluruhan islamik, solat terjaga, kuliah , kelas Al-quran dan pengisian ilmu tidak putus-putus dan banyak lagi..Tapi, sekarang, duniaku sudah berubah..Namun, itu tidak bermakna yang aku juga perlu berubah..jika dahulu, masuk je waktu solat, terus bergegas turun ke surau atau bilik sembahyang..tapi, sekarang, semua perlu dijaga..kerana 'mereka' kadang-kadang terlupa bahawa kita ni Muslim, dan perlu sembahyang..qudwah hasanah adalah perkara terbaik yang perlu aku tonjolkan..teringat juga pada pesanan lecturerku di Uitm,

"Inilah masanya nak tengok kualiti diri dan iman kita..However, kena cari sahabat yang baik dan boleh tegur kita.Jangan tinggal usrah dan jemaah sebab itu benteng diri yang penting"

Terima kasih Puan..akan saya cuba seadanya..networking dengan sahabat-sahabat akan cube saya perelokkan lagi..moga akan sentiasa update dengan sebarang program dakwah terkini dan boleh saya ikuti..di sinilah pergantungan saya dengan Allah sangat penting..sakit pening diriku, hanya Dia yang lebih mengetahuinya..ya Allah, pertingkatkanlah keyakinan diriku padaMu..Ameen..TAKBEER!!

"Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. " (At-thalaaq:2-3)

Tuesday, November 3, 2009

Paku Yang Lekat di Hati..

Petikan dari: iluvislam.com

P/S: buat perkongsian bersama..thanx juga pada SPIES Belia di bawah kendalian Dreamteam kerana turut berkongsi kisah yang hampir sama dengan kisah ini..sorry to everyone that I have ever made mistakes to you..aku tahu ia tetap melekat di hati, namun yang lepas tidak akan mampu diubah lagi..satu yang kupinta, doakan diriku sentiasa menjadi yang lebih baik dari sebelumnya..agar tidak kuulang kembali kesilapan lalu kepada sahabat lain yang bakal ku kenali di masa akan datang.

“Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata kita,” nasihat seorang ibu kepada anaknya.

“Saya tahu itu salah, ibu. Tapi, saya akan cepat minta maaf. Itu satu kelebihan juga, bu?” Kilas si anak.

“Tetapi perbuatan kamu itu menyakitkan hati orang, anakku,” kata ibu itu lagi.

“Saya rasa tidak, saya tidak kejam. Selepas minta maaf, segala-galanya langsai, bu.” Si ibu berfikir. Apakah cara untuk menyedarkan anaknya daripada sifat buruk ini?

“Kalau begitu, kamu ikut cadangan ibu ini. Moga kamu akan fahami maksud ibu nanti.” Tanpa membantah anak itu setuju.

“Begini, setiap kali kamu menyakiti hati seseorang, kamu ketuk sebilah paku ke dinding ini. Kemudian, setelah kamu meminta maaf, kamu cabut semula paku yang kamu ketuk itu!”

“Baik, ibu.” Beberapa bulan berlalu, mereka sama-sama menghadap dinding tersebut. “Lihat ibu, mana ada paku yang tinggal?” Ujar si anak dengan bangga.

“Semuanya telah dicabut. Memang ramai orang yang saya sakiti hati mereka, tetapi semuanya telah memaafkan saya setelah saya meminta maaf.”

“Betul kamu sudah minta maaf dan mereka telah memaafkan, tapi sedarkah kamu…?”

“Maksud ibu?”

“Cuba kamu tengok dinding ini. Semuanya sudah tebuk, calar dan ‘berkematu’. Itulah hati-hati yang telah kamu sakiti. Walaupun kamu sudah dimaafkan, tetapi kesan perbuatan buruk itu masih berbekas di hati mereka. Hati yang dilukai ada parutnya, anakku…”

Si anak merenung dinding yang tebuk-tebuk itu. Sudah tidak indah lagi seperti asalnya. Begitukah hati-hati orang yang telah aku sakiti?

Pengajaran: Meminta maaf adalah perbuatan terpuji. Tetapi berusaha agar kita tidak terpaksa meminta maaf (maksudnya menghindarkan diri daripada menyakiti hati orang lain) jauh lebih terpuji. Ya, luka di hati itu lebih sukar diubati daripada luka di tangan.

Aku rindukanmu duhai sahabat..

Assalamualaikum..

Entah mengapa entry ini yang kupilih sebelum melelapkan mata sebentar lagi..tiba-tiba sahaja terasa sebak dan sedih sangat..dan seolah rasa kehilangan..mungkin kerana diriku yang telah jauh dari sahabat-sahabat seperjuangan dan kawan-kawan baik di Tabung Haji..mungkin juga kerana diriku keseorangan meneruskan perjuangan hidup di tempat baru ini, Damansara Uptown..kawasan yang rata-ratanya dikenali dengan kawasan yang penuh dengan samseng dan tempat remaja melepak..aku rindukanmu duhai sahabat..rindu dengan gelak tawamu, gurau sendamu, teguran dan nasihatmu..rindukan segalanya..makan bersama, solat bersama..hati ini sebak mengenangkan kembali kenangan-kenangan yang baru sahaja ku tinggalkan..

Teringat pada sms kakakku tersayang, Kak Rahmah akan hadiah pemberiannya..
" Salam..Keychain dah guna kat drawer baru ke..Bekas air dah buat minuman dan kacau dengan sudu..Kalau rasa sejuk, balut badan tu dengan selendang.."

Duhai hati..mengapa masih bersedih?mengapa masih merasa seakan mereka melupakanmu?sedangkan yang berlaku adalah sebaliknya..sepanjang 2 hari berada di tempat baru, tidak putus-putus mereka sms bertanya khabar diriku, ok ke tidak..maafkan diriku ya Allah..maafkan diriku duhai sahabat..kerana seolah tidak menghargai ingatan kalian terhadap diriku, apabila masih bersedih dan merasakan kehilangan mereka..

"Ya Allah, kupohon padaMu ya Allah..bantulah hambaMu ini menjadi sahabat terbaik bagi semua yang pernah mengenali diriku..jadikan diriku sentiasa menghargai mereka walau dengan apa cara sekalipun..jadikan diriku redha dengan kesilapan yang pernah mereka lakukan ke atas diriku agar aku sentiasa berlapang dada dengan mereka..sekurang-kurangnya, mereka pernah membuat diriku gembira dan berduka..pernah mengisi sebahagian ruang dalam hidupku..lindungilah mereka dan rahmatilah mereka sentiasa ya Allah..satukanlah hati-hati kami dalam ukhwah di jalanMu..andai jalan yang kami lalui masih bengkok, Kau luruskanlah dan Kau tetapkan hati kami di jalanMu dan dalam menjalankan ketaatan kepadaMu"

Akhir kalam, ku pohon kemaafan atas segala salah silap diriku..

“Sahabat yang baik mengerti dirinya tak sempurna, tapi berusaha menjadi yang terbaik..sentiasa sedar dirinya penuh kekurangan dan sudi memaafkan sahabatnya..sahabat yang baik akan sentiasa marah apabila melihat sahabatnya tersungkur dan dirinya tak mampu buat apa-apa..sahabat yang baik akan menangis bila sentiasa melihat sahabatnya gembira kerana takut dirinya tiada saat sahabatnya berduka..Walau siapa dirimu, kita tetap bersahabat dan hayatilah erti persahabatan itu..”






Sunday, November 1, 2009

Esok (2 November 2009): Bermulanya cabaran baru buatku..

Bismillahirrahmanirrahim..

Baru selesai menatap kalamNya..tiba-tiba terasa ingin mencoret sesuatu di sini sebelum menjelangnya Isya'..Esok, 2 November 2009..bakal bermulanya cabaran baru dalam hidupku..aku melangkah keluar dari organisasi Islam sebaik Tabung Haji, dan memilih untuk meneruskan perjuangan hidupku di tempat baru, iaitu Deloitte Kassim Chan, one of the big 4 firms, which mostly well-knowned by those who has been in accounting field..Namanya tak segah Price Waterhouse Coopers (PWC), Ernst & Young (EY), and KPMG, tapi ia punya auranya tersendiri..Hasil dari sedikit kajian yang dibuat, Deloitte lebih terkenal dengan taxation service, (department yang bakal aku berkhidmat mulai esok) and that's y namanya sedikit tenggelam berbanding yang lain..apepun, aku bersyukur kerana diberi peluang untuk bekerja di sini..walaupun sedar bahawa diri ini tidak layak untuk berada di organisasi besar sebegini.Namun, takdir Allah menghendaki diriku di sini..

Peluang dan cabaran berhadapan dengan lebih ramai Non-Muslim mengajarku untuk lebih berwaspada dalam setiap langkah, bicara dan perbuatan..jiwa ini sudah tak boleh selamanya menjadi remaja..sebagaimana dulu di TH, bergurau senda bersama sahabat-sahabat dan kakak-kakak tersayang..Terima kasih buat sahabatku tersayang, Nur Ashani, kerana banyak mengajarku untuk menjadi lebih matang dalam berhadapan dengan alam pekerjaan yang baru..kenali 'politik' di pejabat baru ini dahulu..biar kita yang menyesuaikan diri dengan keadaan baru, bukan keadaan yang perlu mengikut rentak diri kita..

Bekerja dengan majoritinya Non-Muslim, especially Chinese, membuat aku lebih teruja untuk bekerja..menunjukkan kehebatan seorang Muslim..bahawa orang Islam bukanlah hanya ingin disuap setiap masa, tetapi punya kehebatannya tersendiri..Teringat kata seorang sahabat, bila bekerja dengan orang bukan Islam, tunjukkan pada mereka bahawa orang Islam juga mampu melakukan yang terbaik seperti mereka, malah lebih baik dari mereka..barulah mereka akan hormat dan pandang kita satu level dengan mereka..tapi, jangan menjadi terlalu baik, disinilah konsep waspada perlu dimainkan..dan, bila sudah mendapat kepercayaan mereka, jagalah kepercayaan itu sebaiknya..kerana mereka juga akan membalasnya nanti dengan kebaikan..seperti kata pepatah 'What goes around, comes around'..

Akhir kalam, ku bergantung harap padaMu ya Allah, agar dipermudahkan segala urusan..moga aku dipertemukan dengan sahabat dan staf-staf sebaik atau lebih baik dari sahabat yang kukenali dahulu..moga prinsip diriku sebagai seorang Muslimah tidak akan tercabar walau berada di organisasi besar seperti ini..One more thing that you have to remember..tanggungjawab dakwah tetap terpikul pada bahumu, wahai diri..jadi, posisikan dirimu di sana..go gurl, Mimi..you can do it..Put your trust to Allah..wallahua'lam.