Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah, setelah sekian lama menyepi, ku kembali mencoretkan sesuatu di blogku ini..walaupun mungkin ceritera hidupku ini tidak sehebat orang lain, namun tetap ku bangga dan sentiasa mensyukuri nikmat dan ujian yang berlaku sepanjang liku-liku kehidupanku ini..Maafkan diri ini kerana sudah lama menyepi, dek kerana pelbagai program yang dihadiri dan juga keletihan dan ada kala rasa malas menyelubungi diri..
Banyak sangat yang ingin ku coretkan sebenarnya, tapi, mungkin hanya sebahagian dapat kukongsikan pada kali ini..almaklumlah, hari dah malam..esok pun keje kan..huhu..
1) Pengisian rohani bersama sahabat-sahabat di Shah Alam
Alhamdulillah, sekali lagi ucapan ini kuungkapkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya lah, dapat kuhadiri majlis ilmu (a.k.a usrah) bersama-sama sahabat-sahabat alumni di Shah Alam pada 28hb Mac yang lalu..malam Jumaat 26hb Mac sebelum itu, kami selaku AJK, sibuk berbincang tentang hal ini; tempatnya, perjalanan majlisnya dan banyak lagi..paling best from the discussion is, everyone need to bring 'pot luck' to the usrah, for at least 20 orang makan..ceh, bab makan tetap no. 1..huhu..ish3x, mimi, mimi..xdela, teringat kata seorang akhi time meeting tu, kite nak ajak sahabat hadir usrah ni, kne buatkan ia menarik tak kira dengan apa cara sekalipun..dan alhamdulillah, petang Ahad tersebut, ramai sangat sahabat alumni yang menghadiri majlis ilmu cum gathering alumni tersebut especially muslimin..muslimat pun xkurang ramainya tapi a bit late due to some reasons..dats y at first, mmg nampak kaum Adam mengatasi kaum Hawa..baru terasa ramainya sahabat muslimin..huhu..
Usrah yang diketuai oleh Ustaz Rizal petang tu sangat simple, tapi punya mesej yang penuh bermakna; iaitu tentang surah al-'Asr..surah ini seperti yang kita tahu, pendek sahaja dengan hanya 3 ayat di dalamnya, tetapi intipati yang ingin disampaikan oleh Allah dalam surah ini sangat mendalam..Namun, rata-rata orang Melayu hanya memahami surah ini dari ayat pertama surah ini semata-mata, di mana Allah bersumpah dengan masa dalam surah ini..yang menunjukkan betapa pentingnya masa dalam kehidupan kita..orang kita selalu kata, kene punctual, kena beramal dengan surah al-'Asr..datang kerja kena tepat pada masa, xkiralah solat subuh ke x..asalkan punctual..itulah masalah 'orang kita'..menyempitkan maksud surah ini hanya dari sudut masa dan untuk kepentingan dunia semata-mata..
Ustaz Rizal ada menyebut, Imam as-Syafie ada berkata; 'Sekiranya manusia memerhatikan (mentadabbur) surah ini, pasti surah ini mencukupkan baginya'..kalian nampak x betapa banyaknya hikmah surah ini sehingga Imam as-Syafie juga sanggup berkata sedemikian..ok, back to our discussion..Seperti yang diperkatakan di atas, ayat pertama surah ini, Allah bersumpah dengan waktu, zaman dan masa..dalam ayat ini, Allah menekankan betapa pentingnya masa dalam perjalanan hidup kita sehari-hari..bermula dengan kita dihidupkan ke dunia sehinggalah nyawa kita (roh) diambil kembali olehNya apabila telah sampai waktunya..Bagaimana kita mengurus masa kita dengan sebaiknya..di sinilah juga Ustaz menekankan tentang 'ilmu yakin'..FirmanNya yang berbunyi;"Kemudian apabila kamu telah berazam,maka bertawakallah kepada Allah.." Maksud berazam dalam ayat di atas tertumpu pada dua; usaha dan ikhtiar yang mana kedua-duanya perlu selari sebelum kita bertawakkal kepadaNya akan hasil akhir apa yang kita lakukan..barulah di situ, timbul rasa yakin dan percaya akan janji Allah kepada kita..janganlahsekadar berserah kepadaNya semata-mata tanpa membuat sebarang usaha dan ikhtiar ke arah itu..
Next verse, ayat kedua, Allah menyatakan bahawa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian..yang mana semua manusia xkira agama, bangsa, keturunan dan warna kulit termasuk dalam golongan yang rugi KECUALI mereka yang Dia sebutkan dalam ayat ke-3 dan ke-4 yang seterusnya..yakni 4 ciri yang MESTI ada pada setiap manusia untuk memastikan dia tidak termasuk dalam golongan yang rugi..
1) orang-orang yang beriman - yang mana orang beriman perlu ada sikap 'percaya dan yakin' dan yakin ni bukanlah dengan 'ainul yaqin (dengan benda-benda yang nampak sahaja) , tetapi dengan 'ilmul yaqin (berilmu dengannya)..ada satu kisah di sebalik konsep percaya dan yakin ni, tapi xlarat nak cte..huhu..lenkali la k=)
2) orang-orang yang beramal soleh - Ustaz ade menekankan bab solat berjemaah khususnya buat muslimin..sebelum g program mane-mane, andaikata telah masuk waktu solat, singgahlah mane2 masjid atau musolla dan solat berjemaah dahulu sebelum pergi program..pasti terase lapangnya hati untuk menghadiri program..ustaz sangat prihatin akan solat tepat pada waktunya kerana para aktivis Islam sekarang, dek kerana sibuk dengan program dakwah sana-sini, adakala terlalai juga dalam melaksanakan perintah Allah khususnya solat Subuh..istilah 'subuh gajah' kadang-kadang ada dalam kamus hidup para daie..sikap inilah yang perlu diperbaiki dari semasa ke semasa agar perjalanan dakwah itu lancar senitasa..ustaz juga did mentioned dat orang yang beriman sentiasa percaya dan yakin bahawa kalau xsolat, masuk neraka, kerana ia adalah rukun yang WAJIB dilaksanakan oleh setiap umat Islam..nak kate betapa takutnya orang beriman akan azab dan seksa yang dijanjikan Allah bagi mereka yang tidak mentaati perintahNya.
3) berpesan-pesan kepada kebenaran
4) berpesan-pesan kepada kesabaran
ciri ke-3 dan ke-4 ini sangatlah penting dalam melaksanakan misi dakwah di atas muka bumi ini..kadang-kadang, kita berdakwah dengan hanya berpegang pada ciri ke-3, namun tiada ciri ke-4 yakni dengan penuh kesabaran..mudah putus asa andai dakwahnya tidak berkesan tanpa cuba muhasabah diri dan mencari kelemahan dan kekurangan yang perlu diperbaiki..
Nampaknya setakat ini sahaja buat entry kali ini..akan disambung di entry akan datang..main point yang kami dapat dari usrah hari tu ialah konsep keyakinan yang tinggi kepada Allah..dalam setiap urusan kita, always put your trust to Allah..pastikan ingatan kita padaNya akan sentiasa ada dalam setiap perjalanan hidup kita, bukan semata-mata ingat Allah sewaktu nak solat dan mengaji je..pesanan buat diri yang sentiasa lupa dan juga buat sahabat-sahabat di luar yang kusayangi sentiasa..ok, jaga diri, iman dan amal..wassalam

No comments:
Post a Comment