Wednesday, April 21, 2010

Berkat dari sifat sabar..

Buat tatapan sahabat semua..sebuah cerita yang buat diri ini sangat terharu dan tersentuh hati pabila membacanya..tambah pula bila ia berlaku pada seorang akhawat yang sama namanya denganku..syukran ya Allah dan terima kasih sahabat2 kerana sudi berkongsi kisah ini denganku..really appreciate it..moga diri ini juga mampu menjadi Shamimi yang terbaik seperti akhawat dalam kisah ini..bantu hambaMu ya Allah..kerna kuyakin bahawa Engkau menyayangiku dan engkau telah menjadikan yang terbaik bagi diriku..didik diriku untuk sentiasa sabar dan redha dengan setiap ketetapanMu ke atas diriku..Ameen


Kisah Jumpa Rasulullah Pelajar UIA

Assalamualaikum

Di bawah ini satu article yg amat mengharukan jiwa, salah seorang rakan saya yang juga ahli lembaga pengarah sekolah ilmi telah mengirimkannya kepada saya. Bila membacanya, terasa juga akan keindahan kisahnya, mungkin ia lebih berkesan lagi, kalau dipanjangkan kepada rakan-rakan melalui blog saya ini. Semoga penulis article dan juga teman yang terlibat dengan kisah ini, memberikan saya keizinan menerbitkannya.

Dgn Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

YaAllah, lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg di pilih Allah utk berjumpa Nabi SallaLahu'alaihiwas allam melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427 H bersamaan 10 August, 2006.

Nama yg dipilih oleh ayah beliau Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku' , gelar Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah-mudahan suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah SallaLahu'alaihiwas allam. AlhamduliLlah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

AlhamduliLlah, Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas di dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk habis menghafal 30 juzuk KalamuLlah ketika di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah beliau yang mengharapkan ada di kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik-adik, SubhanaLlah. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya di sana . Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ana InsyaAllah.

Akak ni memang di uji dengan sakit yg tak tau apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti di tikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sudah sakit d bahagian lutut sejak 8 tahun lalu yg x pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tau. Dh lama dia tak daya ke kelas sebab sakitnya membuatkan dia tak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga susut badannya hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu di jaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.

Hari-hari yang di laluinya beliau penuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus-terusan menyakitinya. Diceritakan makhluk-makhluk tu akan mengganggunya terutama waktu sebelum subuh, waktu zuhur dan waktu maghrib. Beliau dah banyak berubat di merata tempat, di negeri kelahirannya, berjumpa doktor-doktor pakar, dengan ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam sendiri dan akhir sekali dengan sorang lecturer di sini tapi beliau hanya mampu bertahan. Ustaz pesan, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi khamis tu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab dah lama tak mampu ke kelas. Beliau bangun kira-kira jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg di gagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn memapah dinding dan apa yg mampu membantu beliau berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Masa tu beliau dh tak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja d bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di bahagian depan bilik. Waktu tu, di sebabkan sakit yg mungkin dah tak tanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd RasuluLlah SallaLlahu'alaihiwa sallam sendiri".

Kemudian beliau pengsan. Sahabat-sahabat sebilik mengangkat beliau ke dalam bilik dan di baringkan di sana . Waktu tu, sahabat-sahabat dah forward message pd kawan-kawan yg lain agar bacakan surah Yasin sbb beliau dah nampak nazak. Semua dah sedia dgn nombor-nombor ahli keluarga beliau utk di hubungi kiranya apa-apa berlaku dengan izin Allah. Kira-kira jam 11 pagi, beliau tidur dgn tenang dalam waktu qoilulah, dalam tidur beliau, beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya di qiam seperti dalam solat di tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang HambaAllah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira-kira 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah, indah sekali, tak dapat nak di gambarkan. Beliau tertanya-tanya, siapa orang ni, cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Di rasakan seluruh kesengsaraan yg di tanggung selama ini lenyap begitu saja. Kemudian, HambaAllah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, Ana RasuluLlah". SubhanaLlah, baginda Nabi rupanya. Nabi memakai jubah putih dan kain serban Nabi berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" , -'sekarang enti(kamu) berada di masjidku, Masjid Nabawi'-. Allahuakbar.

Kemudian Baginda Nabi SallaLahu'alaihiwas allam berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama' assobirin" , - sungguhnya Allah bersama orang-orang yg sabar'. Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan KalamuLlah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh 'alam. SememangNya Baginda sebaik-baik kejadian dan di ciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (in lughatul 'arabiyah, tp kami terjemahkan) , "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati enti, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana" . Ketika Nabi sebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya 'Ya Allah, Baginda kenal ummat Baginda'. Ya RasuluLlah.. . Waktu tu, di rasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan, "Sampaikan salamku buat sahabat-sahabat seperjuangan Islam, insyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti" . Lepas tu Nabi kita lafazkan, "Ummati.., ummati.., ummati..." , dan beliau nampak Nabi menangis dan beberapa titisan airmata Nabi yg suci mengalir utk ummat Baginda. Kemudian Baginda Nabi pergi. Beliau merintih, "Jgn pergi Ya RasuluLlah" , tp Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi
kita yg mulia, Baginda kenal kita dan sentiasa ingat akan ummat Baginda. Beliau katakan tak pasti, apakah baginda menangis kerana rindu kepada ummat baginda, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini atau...xtaulah, waLlahua'lam. ..

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya, beliau d kelilingi oleh kawan-kawan yg terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jgn pergi Ya RasuluLlah.. ." . kemudian beliau pun menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam RasuluLlah buat ummat Baginda, salam dari Nabi sallaLahu'alaihiwas allam. Semua menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang-jarang ingat pada Baginda sedang kita amat terhutang budi pada baginda Nabi. Lebih-lebih lagi kita sedar bahawa syafaat Baginda yg akan kita kejar di akhirat kelak.

Ya Allah, waktu tu, takde kata yg lebih tinggi drpd kalimah AlhamduliLlah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan-insan yg lebih berat di uji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Ketika itu rasa sakit masih menular d tubuhnya Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.

Kemudian usai solat Zuhur, rasa sakit yg beliau tanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa di tikam pada setiap penjuru tubuhnya. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. 'Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ni berbanding nikmat yg Allah dah bagi utk melihat Baginda Nabi SallaLlahu'alaihiwa sallam'.

Kemudian beliau tidur dan terus beliau rasakan berada d tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi yg nk Engkau bagi buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dgn-Mu Ya Allah..." . kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan, "Assalamu'alaikum Ya Syamimi, RasuluLlah SallaLahu'alaihiwas sallam sampaikan salam buatmu. Kami utusan RasuluLlah SAW. "Nahnu khulafa' ar-rasyidin" . Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali ". SubhanaLlah, Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga-tiga sahabatnya yg mulia.
Beliau nampak, Saidina Abu Bakr, amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah ketegasan, Saidina Uthman memang cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan "Kami di utuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti." . kemudian keempat-empat sahabat nabi membacakan ayat 102 drpd surah Al-Baqarah yg bermaksud:

" Dan mereka mengikuti apa yg di baca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman . Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ' sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir'. Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu)
apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu".

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk-makhluk yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. SubhanaLlah, waktu itu terasa seolah-olah tubuhnya yg sakit dahulu di tukarkan Allah dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg dah lebih setahun di tanggung beliau dgn sabar. Kemudian Saidina Abu Bakr mengatakan, "Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar" . Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi.

Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus bangun duduk. Kawan-kawan sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun utk duduk dgn mudah . Kemudian sahabat-sahabat sebilik menyuruh beliau bangun berdiri dan AlhamduliLlah dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh" . Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah Subhanahuata' ala. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat menjadi hamba-mu yg bersyukur atas ni'mat yang Engkau berikan" .

Beliau katakan pada kami, "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Nabi. Akak yang di beri rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengan Nabi. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tp menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita di atas muka bumi Allah ni, maka hidup mesti di teruskan. Sekarang ni hati akak tenang sangat.. Kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik-adik dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yg Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan; "tak rugi kita bersabar..."

Monday, April 19, 2010

Hati ini sedih tiba-tiba..

Salam

Ntah kenapa, hati ini sedih secara tiba-tiba..mengalir laju air mata tatkala menulis entry ni..baru teringat nak mencoret entry lain malam ni..tetapi, kerana satu perkara, hati ni terase sedih yang amat..

Baru sahaja membaca blog seseorang yang dekat denganku..xperlu kunyatakan siapa..but i love her so much and i want to take very good care of her..dulu, we used to be very close and can share everything between each other..only one entry in her blog story bout me..even at one entry when i brought her to somewhere wif my fren, she didn't even mentioned my name inside the entry..just my fren's name..n also her picture wif my fren..n not me..i dunno y i feel like this..ntah nape..sedih walaupun mungkin ia hanyalah perkara kecil dan remeh bagi pandangan sesetengah orang..tapi, bagi diriku yang soft-hearted dan mudah sensitif ni, i really feel sad..its just like i'm not exist in her life and never ever exist.

Now, as she n me growing n have own life to be managed, masing2 seolah membawa haluan sendiri..dah xsharing cam dulu2..and she also has changed a lot..dulu, her attitude sangat sinonim dengan diriku..pabila nak ke program dakwah, dia jugalah yang ku ajak buat peneman diri..namun, kini..ntahla..dia semakin jauh..semakin jauh..sejak tahun hujung tahun 2008..ntah apa puncanya dan bilakah ia bermula..ramai menyedari perubahannya dan ramai juga bertanyakan tentang dia padaku..waktu itu, baru kusedar bahawa aku terlalu sibuk dengan my life hingga lupa pada dia..lupa untuk mengetahui perkembangan dirinya..sehinggalah orang lain yang memaklumkan tentang dirinya padaku..

Ku ingat lagi suatu ketika tatkala aku mengambil keputusan untuk berdepan face to face dengannya..we met at somewhere..to ask about her drastic change..again, i feel sad because she blamed the environment and those around her..and not herself..still give so many excuses to change..i dunno why..i miss her..miss everything before she changed..this may also because of that boy..dunno whether i need to blame him or not..but because of his presence in her life..and also because she has changed her 'gang'..she changed totally until now..even maybe sometime, ku lihat dirinya yang 'dulu' pada dirinya sekarang..i miss that..but only for a while..even her attire when going out also changed already..no longer 'tudung labuh' or 'tudung bidang 60' as before..not at all..i did asked her bout this, but she didn't answer my question at all..just buat xtau je..so sad..

ntah mengapa, salah diriku kah ya Allah? kerana tidak menjaga dia sebaiknya..atau salah siapa?
bukan niatku untuk membuka pekung sesiapa..tetapi, buat ingatan diriku dan juga teman-teman..air mata ini masih lagi mengalir..memikirkan tentang dirinya..

teringat kata-kata naqibahku dulu, setiap kali sedih melihat kemaksiatan dan kemungkaran di depan mata,

"Ya Allah, insan ini tak bersalah..tapi akulah yang bersalah kerana dakwahku tidak sampai padanya"

Namun Ya Allah, aku tak mampu ya Allah..beberapa kali bekas naqibahnya bertanya tentang dirinya padaku..apa yang perlu kukongsikan? bahawa aku masih lagi belum mampu 'membetulkan' dirinya? aku sedih ya Rabbi..bukan niatku untuk mengeluh tetapi hanya ingin mengadu padaMu bahawa aku ini insan kerdil, yang tak punya apa-apa, yang serba kekurangan dan seringkali alpa..aku menyayangi dirinya sepenuh hatiku dan aku ingin dia berubah seperti sahabat-sahabat seusrahnya dulu yang sama-sama mendapat tarbiyah..namun, siapalah aku...kerana Engkaulah yang memegang hati-hati manusia..mungkin perubahannya ini hanyalah sementara, kerana masih dalam proses 'membesar' dan melalui satu fasa ke fasa hidup yang lain..

ku pohon ya Allah, dengarilah rintihan diriku ini..dan ku pohon doa sahabat-sahabat agar mendoakan diriku dan dirinya..moga kami sama-sama terpimpin ke jalan yang benar dan lurus serta yang diredhai olehNya

Buatmu Ya Rabb, engkau telah memberikanku petunjuk suatu ketika dahulu hinggalah aku menjadi seperti diriku kini (walaupun kadang-kadang, ada juga tersasar namun Engkau masih tetap menyedarkan kesilapanku)..kerna itu ya Allah, ku mohon rahmat, petunjuk dan kasih sayangMu pada dirinya sebagaimana Engkau berikan padaku dan pada hambaMu yang lain..jadikan dia merasai kasih sayangmu melebihi kasih sayang seorang hambaMu yang belum halal baginya..begitu juga buat diriku..pimpinlah aku sebaiknya..Ameen, ameen, ameen ya Rabbal 'alamin..

Thursday, April 15, 2010

Ujian Demi Ujian...

Assalamualaikum semua,

Malam ni xterase nak continue the previous entry..terase nak share sumthing with u all..on the above matter..'Ujian demi ujian'..kalian pasti tertanya-tanya apa yang berlaku kan?..hehe, perasan je kan..sekadar ingin menyoroti kembali perjalanan hidup diri ini dan family..tahun ini, ujian dan nikmat dariNya silih berganti, namun lebih berbentuk ujian yang Dia berikan pada keluargaku..Alhamdulillah ya Allah atas ujian-ujian ini...

1) 1 Februari 2010

Hari ini, 1 Februari 2010, menjadi cuti hari wilayah yang sangat hambar buat diri kami sekeluarga..hari yang sepatutnya aku 'jealous' dengan adik2, kakak n parentsku cz dapat bercuti tapi but not for me cz my office is in Selangor area (which is in Petaling Jaya)..seperti biasa, setiap kali di pejabat, i'll not see my handphone only until lunch time..sedar2, de sms n call from my sis..'Ibu masuk hospital.. melecur kne petrol..tapi, jangan risau.ibu ok'..macam tu la bunyi sms dr my sis..at first, when i read, i thought it was only a minor accident..but then, during my lunch time, sahabiah dr shah alam call n sms tanye psl ibu..aku yang asalnya xla terlalu risau, terus jadi risau n rase nak balik awal je hr tu..

Malam tu, i visited my mum at Prince Court Medical Centre..ya Allah, macam2 perasaan menyelubungi diriku sewaktu aku melihat ibu..sedih, nak nangis, nak marah kat ibu.,macam2..sume bercampur-baur..i was about to blame ibu of what had happened..yela, maybe it was ibu's mistake dat morning..cz pagi tu, my family supposed to go to Serendah's house for gardening..but my mum sibuk 'berkebun' kat luar rumah..n nak bakar sampah..n what a surprise, she used the petrol which actually to be used for the mesin potong rumput utk bakar sampah..maybe wktu tu, sampah tengah basah dek embun, suddenly, the fire explode n burn my mum's face n hand..luckily she wore tudung dat time..gitula al-kisahnya..mmg sedih jugaklah tengok keadaan ibu pada malam tu..even ibu herself said dat her face is like a badut..'dont ask ur fren to come n visit me', warned ibu to me..huhu..almost 2 weeks ibu warded..n another 2 weeks given by doctor for her to rest at home..alhamdulillah, dia semakin pulih..yang sedih, everytime my aunties n uncles visited her at the hospital, everyone seems like wanna blame ibu totally for what had happened..for me, if i were at ibu's place dat time, surely i will cry n cry n don wanna see anyone anymore..but ibu was not like me..she is a strong mother..dia kuat walaupun mungkin jauh di sudut hatinya, turut menangis dan sedih dengan all the blames..tapi, ya Allah, Kau kuatkan dia kerana Kau lebih mengetahui kemampuannya di tahap mana untuk diuji olehmu sebegitu rupa..

2) 21hb Februari 2010

Hari bermakna buat family belah ibuku cz we're celebrating the second wedding in my mum's family..wedding ari (Diadrian) n jess (adus, terlupe nama Islam dia, huhu)..it was a great wedding ceremony walaupun diuji dengan banyak juga perkara..dari majlis nikah the nite before the wedding day sampailah ke hari esoknye..malam nikah tu, macam2 jadi..dengan tetibe electric problem sampai kami semua kepanasan..n everyone especially all the engineers' uncle tried to fix the problem, sampai berpeluh2 dibuatnya..majlis nikah terpaksa dimulakan dahulu dalam keadaan serba kepanasan..but, alhamdulillah, diorg berjaya fix the problem..at the same time, satu lagi masalah timbul..kadi xmuncul2..tetibe, datang kadi dari pejabat JAIS yang sama (but not the one dat we liaise before dat should be conducting the nikah), dengan hanya memakai baju melayu..kami pelik jugak, aik, selalu kan tok kadi pakai jubah..asal sempoi je..hehe..rupenye the real ustaz was late dat nite..n when he came, he also surprised to see dat someone already replaced him..so, he just wait outside sblm mntk izin pd tuan rumah untuk beransur dlu..mmg serba salah jugak kami waktu tu..tapi, nak wat camne kan..kita merancang dan Allah jua merancang..sesungguhnya Dialah sebaik-baik perancang..

3) 5hb/6hb April 2010

Hari ni, sekali lagi Prince Court Medical Centre menjadi sasaran kami..kali ini is bcause of my lovely sis, Sobah, aka acob..She suddenly came back from her hostel..when abah said that he will be late to fetch me after work dat evening cz wanna fetch acob first, then, i already 'agak' dat my sis ni mesti demam ke xsihat ke..yela, xkan tetibe balik time weekdays..rupenye, tangan dia kene sengat..dunno with what..either lebah or tebuan..waktu tu dia kat surau..dia baru nak abring cz nak tdo jap sementara nak tunggu masuk waktu solat..suddenly, she felt sumthing at her hand..de jarum..tinggal jarum je..haiwan yang sengat dia dh xde...besar n kembung tangan dia..dahla tangan kanan..mmg affect gile kat dia..dahla tengah exam..sekali lagi Allah uji kami..malam dia balik umah tu, terus g hospital lepas solat maghrib..n late at nite, ibu called n told us that acob warded..at PCMC..almost a week dia kat hospital..lambat jugak la kebah tangan dia..kejap2 dia rasa panas kat tangan dia..so, setiap kali tula kne genggam ice bag..doktor siap wt xray tangan dia to make sure dat there is no nanah or side effect from the sengatan..n masuk antibiotik kot dalam badan dia..alhamdulillah, after a week, she's getting better..

4) 12hb April 2010

This was the latest ujian yang Allah beri pada kami sekeluarga..again, we become PCMC's guest..abah kne operate kat tulang belakang dia..got a split near his shoulder..risau n berdebar juga diriku dari pagi isnin tu..risau memikirkan keadaan abah..yela, i just knew the news dat morning..seharian i kept praying to Him..moga dilancarkan segalanya..the operation started at 4pm and ended at 8.30pm..lame jugaklah operation tu..alhamdulillah abah selamat..dat nite, when we arrived at abah's ward, he still not there..still in operation room..around 9pm baru abah sampai..ya Allah, again, air mata ni mengalir melihat keadaan abah..dunno what to say..air mata asyik mengalir je tgk abah..nampak sengsara n sakit sangat abah waktu tu..not only me, aye, ayau, jaja n ibu also cried..abah xle bergerak banyak especially his neck..nak jadikan cte, sedih sangat la malam pertama tu..n aku xputus2 berdoa moga Dia permudahkan segalanya dan jauhkan abah dari sebarang kemudharatan..Alhamdulillah, the next day, abah semakin bertenaga..even when i came to the hospital dat nite (after office), n when the nurse came to give medicine to him, she also said, 'uncle kuat ye..baru lepas operate dah boleh jalan-jalan'..hehe, alhamdulillah..tapi malam rabu tu, aku nampak abah gelisah semacam..seolah memikirkan banyak benda..malam tadi(khamis) pun sama..abah cam resah je memanjang..aku risau, so do ibu..aku xputus2 berdoa padaNya...yaAllah, tenangkan hati bapaku, lapangkan dadanya, jadikan dia menerima segala ujian dariMu dengan hati yang tabah,jauhkanlah dia dari keluh kesah dan dari perasaan putus asa terhadap rahmatMu..sembuhkanlah bapaku dan kembalikanlah dia seperti biasa seperti sebelumnya..

Buat sahabat-sahabat semua, ku mohon kalian untuk sama-sama mendoakan kesejahteraan bapakun seluruh ahli keluargaku..tidak lupa buat seluruh umat Islam di muka Bumi Allah ini..izinkan dia untuk kembali beribadat kepadaMu seperti sebelumnya..he's the best father, dad n abah i ever had in my life..thanks Allah for this precious gift..ku akui, kerana ujian ini jugalah telah merapatkan lagi hubungan kami sekeluarga..saling mengambil berat atas satu sama lain..alhamdulillah n thank you Allah for this 'ujian'..jadikan kami semua sentiasa redha dengan ketentuanMu terhadap kami sepanjang kami bergelar hambaMu ini..AMeen

Sunday, April 11, 2010

Cerita perjalanan hidupku sepanjang ke'tiadaan'ku di sini..

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, setelah sekian lama menyepi, ku kembali mencoretkan sesuatu di blogku ini..walaupun mungkin ceritera hidupku ini tidak sehebat orang lain, namun tetap ku bangga dan sentiasa mensyukuri nikmat dan ujian yang berlaku sepanjang liku-liku kehidupanku ini..Maafkan diri ini kerana sudah lama menyepi, dek kerana pelbagai program yang dihadiri dan juga keletihan dan ada kala rasa malas menyelubungi diri..

Banyak sangat yang ingin ku coretkan sebenarnya, tapi, mungkin hanya sebahagian dapat kukongsikan pada kali ini..almaklumlah, hari dah malam..esok pun keje kan..huhu..

1) Pengisian rohani bersama sahabat-sahabat di Shah Alam

Alhamdulillah, sekali lagi ucapan ini kuungkapkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya lah, dapat kuhadiri majlis ilmu (a.k.a usrah) bersama-sama sahabat-sahabat alumni di Shah Alam pada 28hb Mac yang lalu..malam Jumaat 26hb Mac sebelum itu, kami selaku AJK, sibuk berbincang tentang hal ini; tempatnya, perjalanan majlisnya dan banyak lagi..paling best from the discussion is, everyone need to bring 'pot luck' to the usrah, for at least 20 orang makan..ceh, bab makan tetap no. 1..huhu..ish3x, mimi, mimi..xdela, teringat kata seorang akhi time meeting tu, kite nak ajak sahabat hadir usrah ni, kne buatkan ia menarik tak kira dengan apa cara sekalipun..dan alhamdulillah, petang Ahad tersebut, ramai sangat sahabat alumni yang menghadiri majlis ilmu cum gathering alumni tersebut especially muslimin..muslimat pun xkurang ramainya tapi a bit late due to some reasons..dats y at first, mmg nampak kaum Adam mengatasi kaum Hawa..baru terasa ramainya sahabat muslimin..huhu..

Usrah yang diketuai oleh Ustaz Rizal petang tu sangat simple, tapi punya mesej yang penuh bermakna; iaitu tentang surah al-'Asr..surah ini seperti yang kita tahu, pendek sahaja dengan hanya 3 ayat di dalamnya, tetapi intipati yang ingin disampaikan oleh Allah dalam surah ini sangat mendalam..Namun, rata-rata orang Melayu hanya memahami surah ini dari ayat pertama surah ini semata-mata, di mana Allah bersumpah dengan masa dalam surah ini..yang menunjukkan betapa pentingnya masa dalam kehidupan kita..orang kita selalu kata, kene punctual, kena beramal dengan surah al-'Asr..datang kerja kena tepat pada masa, xkiralah solat subuh ke x..asalkan punctual..itulah masalah 'orang kita'..menyempitkan maksud surah ini hanya dari sudut masa dan untuk kepentingan dunia semata-mata..

Ustaz Rizal ada menyebut, Imam as-Syafie ada berkata; 'Sekiranya manusia memerhatikan (mentadabbur) surah ini, pasti surah ini mencukupkan baginya'..kalian nampak x betapa banyaknya hikmah surah ini sehingga Imam as-Syafie juga sanggup berkata sedemikian..ok, back to our discussion..Seperti yang diperkatakan di atas, ayat pertama surah ini, Allah bersumpah dengan waktu, zaman dan masa..dalam ayat ini, Allah menekankan betapa pentingnya masa dalam perjalanan hidup kita sehari-hari..bermula dengan kita dihidupkan ke dunia sehinggalah nyawa kita (roh) diambil kembali olehNya apabila telah sampai waktunya..Bagaimana kita mengurus masa kita dengan sebaiknya..di sinilah juga Ustaz menekankan tentang 'ilmu yakin'..FirmanNya yang berbunyi;"Kemudian apabila kamu telah berazam,maka bertawakallah kepada Allah.." Maksud berazam dalam ayat di atas tertumpu pada dua; usaha dan ikhtiar yang mana kedua-duanya perlu selari sebelum kita bertawakkal kepadaNya akan hasil akhir apa yang kita lakukan..barulah di situ, timbul rasa yakin dan percaya akan janji Allah kepada kita..janganlahsekadar berserah kepadaNya semata-mata tanpa membuat sebarang usaha dan ikhtiar ke arah itu..

Next verse, ayat kedua, Allah menyatakan bahawa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian..yang mana semua manusia xkira agama, bangsa, keturunan dan warna kulit termasuk dalam golongan yang rugi KECUALI mereka yang Dia sebutkan dalam ayat ke-3 dan ke-4 yang seterusnya..yakni 4 ciri yang MESTI ada pada setiap manusia untuk memastikan dia tidak termasuk dalam golongan yang rugi..

1) orang-orang yang beriman - yang mana orang beriman perlu ada sikap 'percaya dan yakin' dan yakin ni bukanlah dengan 'ainul yaqin (dengan benda-benda yang nampak sahaja) , tetapi dengan 'ilmul yaqin (berilmu dengannya)..ada satu kisah di sebalik konsep percaya dan yakin ni, tapi xlarat nak cte..huhu..lenkali la k=)

2) orang-orang yang beramal soleh - Ustaz ade menekankan bab solat berjemaah khususnya buat muslimin..sebelum g program mane-mane, andaikata telah masuk waktu solat, singgahlah mane2 masjid atau musolla dan solat berjemaah dahulu sebelum pergi program..pasti terase lapangnya hati untuk menghadiri program..ustaz sangat prihatin akan solat tepat pada waktunya kerana para aktivis Islam sekarang, dek kerana sibuk dengan program dakwah sana-sini, adakala terlalai juga dalam melaksanakan perintah Allah khususnya solat Subuh..istilah 'subuh gajah' kadang-kadang ada dalam kamus hidup para daie..sikap inilah yang perlu diperbaiki dari semasa ke semasa agar perjalanan dakwah itu lancar senitasa..ustaz juga did mentioned dat orang yang beriman sentiasa percaya dan yakin bahawa kalau xsolat, masuk neraka, kerana ia adalah rukun yang WAJIB dilaksanakan oleh setiap umat Islam..nak kate betapa takutnya orang beriman akan azab dan seksa yang dijanjikan Allah bagi mereka yang tidak mentaati perintahNya.

3) berpesan-pesan kepada kebenaran
4) berpesan-pesan kepada kesabaran

ciri ke-3 dan ke-4 ini sangatlah penting dalam melaksanakan misi dakwah di atas muka bumi ini..kadang-kadang, kita berdakwah dengan hanya berpegang pada ciri ke-3, namun tiada ciri ke-4 yakni dengan penuh kesabaran..mudah putus asa andai dakwahnya tidak berkesan tanpa cuba muhasabah diri dan mencari kelemahan dan kekurangan yang perlu diperbaiki..

Nampaknya setakat ini sahaja buat entry kali ini..akan disambung di entry akan datang..main point yang kami dapat dari usrah hari tu ialah konsep keyakinan yang tinggi kepada Allah..dalam setiap urusan kita, always put your trust to Allah..pastikan ingatan kita padaNya akan sentiasa ada dalam setiap perjalanan hidup kita, bukan semata-mata ingat Allah sewaktu nak solat dan mengaji je..pesanan buat diri yang sentiasa lupa dan juga buat sahabat-sahabat di luar yang kusayangi sentiasa..ok, jaga diri, iman dan amal..wassalam

Masihkan ada yang sayang???

bismillah wal hamdulillah

salam sahabat
bersama muhasabah

Pendaftaran anak luar nikah setiap 17 minit 17 saat, itu tidak termasuk bayi yang dibuang...



Gambar Mayat Bayi Terbuang Digonggong Anjing
Bayi ini digonggong anjing







Bayi ini dihurung semut
___________________


Mayat bayi dibuang dan ditemui dalam sebuah tong sampah, manakala gambar kecil menunjukkan mayat bayi yang telah rentung di Jalan Tengku Zainal Abidin, Kuala Krai, Kelantan – Sumber Utusan.



STATISTIK ANAK LUAR NIKAH DI MALAYSIA

Pecahan mengikut negeri:

Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang


JUMLAH = 70,430 orang.

SUMBER : BERITA HAIRANg





Wajah Suci

Mestica :: Badar 313


Wajah suci itu tidak berdosa
Mengapa dia dibiar begitu saja
Sedih pilu menatap rupanya
Kaku terdampar di lembah hina

Apa dosanya si kecil itu
Belum sempat dia memanggil ibu
Sampai hati engkau dizalimi
Oleh mereka yang tiada simpati

Tubuh kecil itu mahu dihargai dihormati
Dimakamkan dia bukan dibuang sesuka hati
Dimanakah nilai ehsan insani
Apa dosanya si kecil itu

Kerana kasih tersasar tujuan hidup
Hingga lahir zuriat yang bukan pilihan
Buntu tiada jalan penyelesaian
Lalu si anak dibuang di jalanan
(Mengapa tiada simpati dan kasihan)

SAyu hati melihat nasib dirimu
Bagai tiada nilainya di sisi
Wajah sucimu telah dinodai
Namun lahirnya ada nilainya
Di sisi Allah engkau mulia

bagai kain putih kau tiada dosa
Bertaubatlah mereka yang hina


BILA BERSEKEDUDUKAN DIHALALKAN...

Allayhyarham adik Syafiah Humairah Sahari, 3.. jadi mgsa dera teman lelaki ibunya SUKAR DITERIMA. Kisah Siti Norhanim & teman lelakinya, bersekedudukan hy secebis dari 1001 kisah di luar sana..

SIAPA YANG PEDULI...

Anak2 Islam bersekedudukan dalam sebuah rumah bersama lelaki bukan mahram?
kononnya untuk berjimat cermat tatkalamerantau di negeri org..

pelajar2 sebilik dgn y berlainan jantina..

anak2 gadis y rela menumpang tidur di rumah teman lelaki gara2 nak berdiskusi dan menyiapkan projek kuliah...

masyarakat, ibubapa sekarang terlalu sporting dgn semua itu...

inilah bayi2 terbuang.. produk dari keadaan masy d keluarga y bermasalah pergolakan sosial y membawa kesan NEGATIVE pd remaja

GEJALA SOSIAL Y MENINGKAT krn perubahan besar dlm gaya hidup remaja di Malaysia

SIAPA MAHU PEDULI???

TEPUK DADA TANYA IMAN...


SEBARKAN