Sunday, March 7, 2010

Perjuangan itu manis tapi pahit..

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, dapat jua diri ini mencoret sesuatu sebelum berakhirnya hujung minggu ni..walaupun berat diri ni menulis dek kerana keletihan, tetapi kerana ingin berkongsi sesuatu dengan sahabat-sahabat, ku gagahkan jua diri ini..

Semalam, Sabtu, 6hb Mac 2010, dengan izinNya, dapat jua diriku mengikuti dan membantu sahabat-sahabat Nisa' Shah Alam dalam program Nisa' Indoor Games (NIG) yang diadakan sempena program sambutan Maulidur Rasul di Masjid Tun Uda, Seksyen 16 pada hari tersebut..sejak malam jumaat lagi aku telah berangkat ke Shah Alam..ade meeting fasi NIG malam tu memandangkan aku diamanahkan untuk menjadi fasi bagi pertandingan catur..pada mulanya, bila membaca sms dari sahabat, 'Mimi, awak jadi fasi catur ye, esok malam ade meeting'..aku terkejut, ha? catur? kenapa aku? itu yang persoalkan terlebih dahulu..sedangkan kalau nak diikutkan, bukanlah berat sangat amanah tersebut..just perlu ingat balik cara nak main n basic rule for the games..xpela..pagi jumaat tu plak rase xterdaya nak ke ofis..ntah mengapa..badan terasa lemah seluruh sendi dan tulang..tekak xsedap..nak rehat je rasenye..then, ibu ajak g klinik..lepas cek doktor, sah aku demam n sore throat..so, dapat mc..tapi, aku xterfikir pn nak rehat dah..sedari menunggu dipanggil nama oleh nurse di klinik lagi, fikiranku telah menerawang jauh..tentang meeting malam tu n NIG esoknye, dan juga dengan kejutan berita dari sahabatku, ikin mengenai sahabat kami, saadah yang berada di hospital..so, mc hari tu sekadar 'merehatkan' aku dari tugas di pejabat semata-mata, tetapi tidak untuk tugas dalam perjuangan dan ukhwah dalam persahabatan..

Malam tu, ku gagahkan jua diri ini ke Shah Alam dengan ktm seperti biasa..Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya..tiba di masjid, ramai sahabat-sahabat membantu membalut hamper utk pemenang2 pertandingan keesokan harinya..malam tu jugak ade briefing utk fasi atau pengadil2 bagi setiap game yang dipertandingkan..hatiku asyik berdebar2 n resah gelisah semacam memikirkan ketidakmampuan diriku ini untuk menjadi pengadil pertandingan catur..tapi, ku pujuk diri ini..'Mimi, kau boleh..jangan manjakan diri sangat..rasa semua tak boleh buat..if kita dah dipilih, pasti ade kelebihan yang sahabat nampak pada diri kita untuk pegang taklifan kecil itu'..kami pulang ke rumah sewa dekat jam 1 pagi..tapi sebenarnya, ramai lagi sahabat2 yang masih di masjid..membantu dalam persiapan tempat dan peralatan..

Esoknya, alhamdulillah, walaupun ade sedikit salah faham pada arahan ketua, namun semua tu dapat diatasi dengan baik dan NIG dapat berjalan dengan lancar selari dengan kelancaran aktiviti2 lain yang dianjurkan sempena sambutan maulidur rasul di masjid tersebut pada hari itu..aku merasakan kepuasan dan kegembiraan kerana dapat membantu walaupun sedikit dalam program ini..ingat lagi sewaktu meeting malam jumaat tu, kak atiq nasihat pada kami semua, 'Kita nak buat santai je program ni, jangan terlalu strict sangat pada peraturan yang diberi pada kertas masing2..tapi, paling penting, basic rule, kne ikut, xde kompromi..JANGAN MENGELAT katenye..' huhu..di samping nasihat itu sebenarnya, kak atiq turut selitkan nasihat tersirat yang ingin kami sebagai pengadil sampaikan pada mad'u kita selaku peserta NIG esoknya..'sama juga dengan dalam Islam..Islam pun ada peraturan..dan batasan dalam setiap apa yang kita lakukan..semua tu kena ikut tanpa kompromi'..kerna setiap yang Dia tentukan ke atas kita itu pasti ada hikmahnya kepada diri kita dan yang lain..Teruja diriku mendengar nasihat kak atiq..sempoi, bersahaja tapi penuh dengan makna yang mendalam..

Petang selepas habis NIG di Masjid Tun Uda, dalam pukul 3.30 petang, aku dan sahabatku, ikin berangkat ke Hospital Selayang..menziarahi sahabat kami, Saadah yang terlantar sakit di hospital dek kerana penyakit yang tidak dapat dikenalpasti oleh doktor..sedih sangat melihat keadaannya..dapat kurasakan betapa peritnya dia menjalani ujian Allah tersebut..tak lama selepas kami berdua menemaninya, datang segerombolan sahabat-sahabat Shah Alam menziarahinya juga.. kami sahabat-sahabat, sedaya upaya menghubungi ustaz di Darus Syifa', kalau-kalau ustaz boleh membantu merawat sahabat kami di hospital..Namun, ustaz hanya berpesan, 'Usahakan untuk membawa dia ke Darus Syifa (Ust Haron Din) atau Darul Salam (Ust Ismail Kamus)'..ada juga cuba menghubungi ustaz dan sahabiyah lain..yelah, kami dapat rasakan bahawa ini bukan sakit biasa tapi ada 'sesuatu' yang mengganggu dia selama ni..doktor pula sedang menunggu persetujuan dari ayahnya untuk memindahkannya ke Hospital Ampang..katenye nak ambil sampel air tulang sumsum untuk kajian kepada penyakit yang dialami sahabat kami itu..kami terkejut dan khuatir dengan berita tersebut dan sebab itulah kami ingin mencuba perubatan Islam sebagai alternatif kepada perubatan doktor yang bersifat konvensional..moga-moga ada perkembangan yang positif selepas ini..insyaAllah..

Satu yang kupohon ya Allah..'dia sahabatku..dan sahabat kepada kami semua di Shah Alam..sakit dia, sakit juga kami sebagai sahabatnya..kami mohon ya Allah, permudahkan perjalanan hidupnya ini..jauhkanlah dirinya dari sebarang gangguan yang selama ini melemahkan dirinya untuk terus berjuang untuk Islam..sembuhkanlah penyakitnya dan izinkan dia untuk kembali sihat seperti sedia kala seperti sebelumnya..Engkau yang mendatangkan penyakit itu kepadanya..dan Engkau jualah yang mengambil kembali kesakitan tersebut'

Ibrah yang ingin kukongsikan bersama sahabat-sahabat ialah 'Perjuangan itu manis walaupun ia pahit'..ukhwah persahabatan yang terjalin itu akan terasa kemanisannya dan menutup keletihan dan kesakitan yang ditanggung oleh diri selama ini..Pabila diri berseorangan, pasti sukar untuk meneruskan perjuangan hidup ini..pasti meratap dan menyesali kejadian diri sehari2..namun, dek kerana ukhwah, pesanan dan taujihat dari sahabat-sahabat menguatkan diri kita untuk terus bertahan..aku bersyukur ya Allah dengan 'usrah' yang kumiliki ini, pinjaman dariMu buat diriku sepanjang meniti liku-liku hidup yang penuh dengan cabaran..Ameen


P/S: sama-sama kita menghayati pesanan ringkas dari mesej bergambar di atas ini..yakinlah bahawa perjuangan itu manis walau berada dalam kepahitan..teruskan berjuang wahai diri dan sahabat!!




No comments:

Post a Comment