Thursday, March 11, 2010

Tudung Bulat Kolot???

Assalamualaikum..sahabatku sekalian, ape khabar? tetibe terase ingin berkongsi sesuatu dengan kalian semua..i read bout this article in one of my yahoogroup and from my fren's blog..betul2 dapat merasakan isi hati penulis dalam artikel ni sebab diri ini pernah merasakan sebegitu suatu ketika dahulu..diri ini pernah dihina dengan pelbagai macam panggilan dek kerana penampilan sebegini..bertudung besar, berbaju kurung, dengan arm sock dan stokin..kadang2, masyarakat memandang pelik dengan penampilanku sebegitu..oleh golongan sebangsa dan seagama pula tu..rasa sedih dan malu pun ad..tapi, aku xnak menyalahkan siapa2 kerana aku ingat lagi pesan naqibahku suatu ketika dahulu..setiap kali melihat kemungkaran di depan mata, jangan mencela mereka..sebaliknya hisablah diri kalian dan katakanlah kepada diri, 'Ya Allah, insan ini tak bersalah, tetapi aku yang bersalah kena dakwahku tak sampai padanya'..ku harap ada ibrah yang dapat diambil oleh semua yang membacanya baik diriku mahupun kalian..insyaAllah..hidayah itu perlu dicari dan ia tak akan datang sendiri melainkan dengan izinNya..wallahualam



“Kawan-kawan aku pon ada gak yang pakai tudung besar-besar ni, tapi sekarangkan macam-macam tudung ada. Kau, ni up to date la sikit. Kita sekarang kena ada style la”

Rungutan berbaur sinis ini masih tidak menggoyangkan rasa cinta aku pada tudung bulat..

“ kesianlah aku tengok kau ni.”, sambil tangan beliau mencari-cari tudung berjenama artis dan menghulurkannya pada ku. Aku ambil, sebagai menyenangkan hatinya. Ku gantikan tudung bulat yang ku pakai dengan tudung biru terqouis yang beliau berikan. Memang padan dengan baju kurung putih berbunga sama warna dengan tudung itu.

“Ish, tak reti la, tudung ni melekat kat badan. Tak selesa la, panas.” Terfikir juga, betulkah jawapanku ini.

“Melekat kat badan? Abes tudung kau tu tergantung ke kat badan kau tu. Tudung bulat kau yang boleh buat kain kemah tu tak panas ke?”.

Huh, berdesing telingaku mendengar kutukan pada tudung kesayanganku itu. Sanggup beliau mengatakan sedemikian padaku. Apakah kesalahnnya tudung bulat ni sehingga ia amat di benci dipandangan mata muslimat kini. Malah, pemakainya juga tidak terlepas dari pelbagai fitnah dan cemuhan.

“Ish tudung besar tu tah dalam tudung tu macam-macam ada.”

“Ala tudung melingkup macam cendawan tu datging gak we.”

“Kawan anak aku, tudung die besar bukan main, berjubah lagi, tup-tup mengandung kau tahu.”

Kami manusia, wahai saudara-saudaraku. Seperti kata pepatah, “kerna nila setitik, rosak susu sebelanga”. Bukan niat mahu membenarkan yang salah,cuma tidak perlulah kami sentiasa dicemuh dan dihina. Biarkan mereka menanggung dosa sebagai munafik,usah kalian menambah pula dosa kalian dengan mengumpat mereka.

Ya!! Kami juga muslimah biasa yang tidak kebal dari dosa.

Ya! Benar! Kami muslimah tak guna. Kami memang tak guna.

Kami memang tidak guna pewarna-pewarna untuk memberi warna pelangi pada rambut kami, pewarna mata, pewarna pipi malah bibir juga kami tidak warnakan, kerana pada kami hanya benda buruk yang perlu dicat untuk menarik orang menatapnya. Kami yakin rambut kami adalah mahkota terindah yang amat bernilai. Maka, kami jaganya dengan rapi agar tidak rosak di mamah mentari, dan tidak lapuk disimbahi hujan. Kami baluti ia dengan rapi agar ia terjaga dan tersimpan untuk menjadi tatapan yang berhak menatapnya. Kami jauhkan sebarang pewarna di wajah kami kerna kami tidak mahu menipu sekalian yang menatapnya.

Kami juga muslimah-muslimah tak guna kain sempit untuk membaluti tubuh kami. Kain-kain jarang pada kami hanya untuk di buat kain langsir yang fungsinya menghalang cahaya matahari terik, tetapi dalam pada masa yang sama matahari itu perlu sebagai penyuluh di siang hari dan penyegar kediaman kami. Andai kain jarang kami baluti tubuh kami, kami juga membenarkan cahaya matahari menjadi punyuluh badan kami dan menjadi penyegar mata kalian. Oh tidak, kami bukanlah semudah itu untuk menjadi tatapan kalian. Kami juga tak guna baju-baju adik kami untuk dibawa berjalan ke bandar. Kami lebih mengamalkan perinsip yang tua memberi pada yang muda, bukan membuli yang muda. Jadi, adik-adik kami selalunya yang meminjam baju kami, dan kami meminjam pada kakak kami dan begitulah seterusnya. Kerna ini juga baju kami tidak perlulah jarang atau berlubang-lubang atau senteng ke pusat untuk menyejukkan badan, tetapi baju yang longgar amat selesa kerana pengudaraanya amatlah baik sekali. Seperti mana rumah yang besar lebih sejuk berbanding rumah yang kecil dan sempit. Hal ini juga, dapat memudahkan pergerakan kami dan membesarkan langkah kami. Tidaklah kami perlukan belahan kain sampai ke paha untuk melangkah dengan lebih besar.

Sungguh aneh dunia kini, baju yang cukup sifatnya dikecilkan, dikoyakkan, dibelahkan. Makin lama, tubuh itu ibarat orang-orang di sawah lagak pakaiannya. Malah, pakaian orang-orang itu lagi indah.
Ya, kami masih lagi muslimah tak guna kasut-kasut bertumit tajam, kerna kami saying bumi kami. Bumi ini juga bernyawa dan pastinya setiap yang bernyawa pasti mempunyai perasaan. Kami takut kasut tumit tajam kami akn mnyakitkan bumi ini. Kami sedar satu hari nanti, kami akan berada dalam bumi ini. Kami takut akan di balas pula perbuatan kami dengan tusukan yang kami sendiri tidak dapat menanggungnya.
AURAT. Apa definisinya pada kalian?

“Ala, pakai tudung dah kira tutup aurat la tu…”

Pakai tudung dan berbaju t-shirt, sudah sempurna tuntutan menutup aurat kalian? Tudung pendek menampakkan dada itu menutup aurat pada kalian? Baju jarang dan sempit itu menutup aurat. Itu tidak di sentuh hal seluar lagi. Aduh, makin sakit mata makcik-makcik yang memandang melihat gaya seluar yang menjelikkan kini. Untuk apa berbaju jika sudah tahu di mana tanda lahirnya. Untuk apa berseluar jika mahu diberitahu saiz pinggangnya. Untuk apa berbaju dan berseluar jika boleh diteka apa yang ditutupinya.

Mungkin pada kalian menutup aurat adalah menutupi keaiban kalian. Tapi pada kami, menutup aurat adalah menutup bahagian-bahagian terindah pada kami. Yang kami tutup bukanlah rabut rosak yang penuh dengan kelimumur. Yang kami tutup bukan juga parut-parut luka jatuh pokok di waktu nakal dahulu. Yang kami tutup adalah kecantikan yang kami jaga rapi untuk kalian yang berhak menatapnya. Kami jadikan kalian yang pertama melihatnya, bukan yang ke 25 ataupun yang terakhir setelah puas orang laian menatapnya. Amanah ini kami jaga kerna pada kecantikan-kecantikan ini juga terletak maruah kami, maruan ibubapa kami, dan yang paling utama maruah agama kami. Kami tidak mahu kalian terkeliru dan tertipu dengan identiti kami. Kami muslimah bukan Harajuku girl, mahupun gadis barat berkulit sawo matang tapi berambut blonde.
Isu tudung dan aurat ini tidak pernah akan menjadi isu basi kerna ianya perlu diingatkan selalu. Apa yang kami perlihatkan pada kalian mungkin pada kalian adalah kehodohan semata, tapi kami peduli apa, kami tak ingin cantik di mata kalian, tapi kami mahu cantik di mata ALLAH;KEKASIH awal dan akhir kami...

Kita manusia mudah lupa walaupun sering diberi peringatan. Muslimah perlu sedar, tugas kalian amatlah besar kerna guru-guu pendidik bangsa, pemimpin-pemimpin negara, pejuang-pejuang Islam, semuanya akan lahir dari kalian. Andai kalian rosak, adakah bakal yang lahir dari perut kalian akan elok? Benar, semuanya adalah ketentuan Allah, dan iman juga tidak boleh diwarisi, tetapi prevention is better than cure kan…? Cuba elak sejauh mungkin, berusaha menjadi yang terbaik,seterusnya baru diserahkan pada sebaik-baik perancang.



Andai diri ini tersasar dari landasan, ringan-ringankanlah tangan kalian untuk memimpinku kembali ke landasan yang benar. Jangan kalian mengutukkan aku dibelakang kerna aku tidak dapat mendengarnya. Jangan pula kalian menjauh kerna, aku juga tidak bisa membaca hati kalian. Aku juga manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan. Tegurlah aku andai ada yang tidak enak di mata kalian. Segalanya mungkin ada hikmah kerana itu kita dituntut untuk saling menasihati.

Andai kalian ingin bersahabat denganku, aku berjanji menjadi sahabat yang terbaik buat kalian, kerna aku mencintai kalian seperti mana aku mencintai diri aku sendiri.
Tetapi andai kalian ingin aku mengikut arus semasa memakai tudung berjenama selebriti negara, aku rela kehilangan kalian dari kehilangan tudung bulat.

Allahu alam…



Sunday, March 7, 2010

Perjuangan itu manis tapi pahit..

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, dapat jua diri ini mencoret sesuatu sebelum berakhirnya hujung minggu ni..walaupun berat diri ni menulis dek kerana keletihan, tetapi kerana ingin berkongsi sesuatu dengan sahabat-sahabat, ku gagahkan jua diri ini..

Semalam, Sabtu, 6hb Mac 2010, dengan izinNya, dapat jua diriku mengikuti dan membantu sahabat-sahabat Nisa' Shah Alam dalam program Nisa' Indoor Games (NIG) yang diadakan sempena program sambutan Maulidur Rasul di Masjid Tun Uda, Seksyen 16 pada hari tersebut..sejak malam jumaat lagi aku telah berangkat ke Shah Alam..ade meeting fasi NIG malam tu memandangkan aku diamanahkan untuk menjadi fasi bagi pertandingan catur..pada mulanya, bila membaca sms dari sahabat, 'Mimi, awak jadi fasi catur ye, esok malam ade meeting'..aku terkejut, ha? catur? kenapa aku? itu yang persoalkan terlebih dahulu..sedangkan kalau nak diikutkan, bukanlah berat sangat amanah tersebut..just perlu ingat balik cara nak main n basic rule for the games..xpela..pagi jumaat tu plak rase xterdaya nak ke ofis..ntah mengapa..badan terasa lemah seluruh sendi dan tulang..tekak xsedap..nak rehat je rasenye..then, ibu ajak g klinik..lepas cek doktor, sah aku demam n sore throat..so, dapat mc..tapi, aku xterfikir pn nak rehat dah..sedari menunggu dipanggil nama oleh nurse di klinik lagi, fikiranku telah menerawang jauh..tentang meeting malam tu n NIG esoknye, dan juga dengan kejutan berita dari sahabatku, ikin mengenai sahabat kami, saadah yang berada di hospital..so, mc hari tu sekadar 'merehatkan' aku dari tugas di pejabat semata-mata, tetapi tidak untuk tugas dalam perjuangan dan ukhwah dalam persahabatan..

Malam tu, ku gagahkan jua diri ini ke Shah Alam dengan ktm seperti biasa..Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya..tiba di masjid, ramai sahabat-sahabat membantu membalut hamper utk pemenang2 pertandingan keesokan harinya..malam tu jugak ade briefing utk fasi atau pengadil2 bagi setiap game yang dipertandingkan..hatiku asyik berdebar2 n resah gelisah semacam memikirkan ketidakmampuan diriku ini untuk menjadi pengadil pertandingan catur..tapi, ku pujuk diri ini..'Mimi, kau boleh..jangan manjakan diri sangat..rasa semua tak boleh buat..if kita dah dipilih, pasti ade kelebihan yang sahabat nampak pada diri kita untuk pegang taklifan kecil itu'..kami pulang ke rumah sewa dekat jam 1 pagi..tapi sebenarnya, ramai lagi sahabat2 yang masih di masjid..membantu dalam persiapan tempat dan peralatan..

Esoknya, alhamdulillah, walaupun ade sedikit salah faham pada arahan ketua, namun semua tu dapat diatasi dengan baik dan NIG dapat berjalan dengan lancar selari dengan kelancaran aktiviti2 lain yang dianjurkan sempena sambutan maulidur rasul di masjid tersebut pada hari itu..aku merasakan kepuasan dan kegembiraan kerana dapat membantu walaupun sedikit dalam program ini..ingat lagi sewaktu meeting malam jumaat tu, kak atiq nasihat pada kami semua, 'Kita nak buat santai je program ni, jangan terlalu strict sangat pada peraturan yang diberi pada kertas masing2..tapi, paling penting, basic rule, kne ikut, xde kompromi..JANGAN MENGELAT katenye..' huhu..di samping nasihat itu sebenarnya, kak atiq turut selitkan nasihat tersirat yang ingin kami sebagai pengadil sampaikan pada mad'u kita selaku peserta NIG esoknya..'sama juga dengan dalam Islam..Islam pun ada peraturan..dan batasan dalam setiap apa yang kita lakukan..semua tu kena ikut tanpa kompromi'..kerna setiap yang Dia tentukan ke atas kita itu pasti ada hikmahnya kepada diri kita dan yang lain..Teruja diriku mendengar nasihat kak atiq..sempoi, bersahaja tapi penuh dengan makna yang mendalam..

Petang selepas habis NIG di Masjid Tun Uda, dalam pukul 3.30 petang, aku dan sahabatku, ikin berangkat ke Hospital Selayang..menziarahi sahabat kami, Saadah yang terlantar sakit di hospital dek kerana penyakit yang tidak dapat dikenalpasti oleh doktor..sedih sangat melihat keadaannya..dapat kurasakan betapa peritnya dia menjalani ujian Allah tersebut..tak lama selepas kami berdua menemaninya, datang segerombolan sahabat-sahabat Shah Alam menziarahinya juga.. kami sahabat-sahabat, sedaya upaya menghubungi ustaz di Darus Syifa', kalau-kalau ustaz boleh membantu merawat sahabat kami di hospital..Namun, ustaz hanya berpesan, 'Usahakan untuk membawa dia ke Darus Syifa (Ust Haron Din) atau Darul Salam (Ust Ismail Kamus)'..ada juga cuba menghubungi ustaz dan sahabiyah lain..yelah, kami dapat rasakan bahawa ini bukan sakit biasa tapi ada 'sesuatu' yang mengganggu dia selama ni..doktor pula sedang menunggu persetujuan dari ayahnya untuk memindahkannya ke Hospital Ampang..katenye nak ambil sampel air tulang sumsum untuk kajian kepada penyakit yang dialami sahabat kami itu..kami terkejut dan khuatir dengan berita tersebut dan sebab itulah kami ingin mencuba perubatan Islam sebagai alternatif kepada perubatan doktor yang bersifat konvensional..moga-moga ada perkembangan yang positif selepas ini..insyaAllah..

Satu yang kupohon ya Allah..'dia sahabatku..dan sahabat kepada kami semua di Shah Alam..sakit dia, sakit juga kami sebagai sahabatnya..kami mohon ya Allah, permudahkan perjalanan hidupnya ini..jauhkanlah dirinya dari sebarang gangguan yang selama ini melemahkan dirinya untuk terus berjuang untuk Islam..sembuhkanlah penyakitnya dan izinkan dia untuk kembali sihat seperti sedia kala seperti sebelumnya..Engkau yang mendatangkan penyakit itu kepadanya..dan Engkau jualah yang mengambil kembali kesakitan tersebut'

Ibrah yang ingin kukongsikan bersama sahabat-sahabat ialah 'Perjuangan itu manis walaupun ia pahit'..ukhwah persahabatan yang terjalin itu akan terasa kemanisannya dan menutup keletihan dan kesakitan yang ditanggung oleh diri selama ini..Pabila diri berseorangan, pasti sukar untuk meneruskan perjuangan hidup ini..pasti meratap dan menyesali kejadian diri sehari2..namun, dek kerana ukhwah, pesanan dan taujihat dari sahabat-sahabat menguatkan diri kita untuk terus bertahan..aku bersyukur ya Allah dengan 'usrah' yang kumiliki ini, pinjaman dariMu buat diriku sepanjang meniti liku-liku hidup yang penuh dengan cabaran..Ameen


P/S: sama-sama kita menghayati pesanan ringkas dari mesej bergambar di atas ini..yakinlah bahawa perjuangan itu manis walau berada dalam kepahitan..teruskan berjuang wahai diri dan sahabat!!




Ana sudah bertunang..

P/S: terima kasih sahabat kerana kisah yang sangat menyentuh hatiku ini..ternyata pertunangan dan pertemuan di hari bahagia inilah yang sepatutnya lebih diharapkan oleh kita sebagai hambaNya..moga kita sama-sama mengambil ibrah dari kisah di bawah ini..


Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak! " Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

............ ......... ......... .........

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya.. . Subhanallah. Allahuakbar. "

"Ya Allah, tenangnya... "

"Moga Allah memberkatinya. ..."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar. .." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan.. ."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

************ ********* ********* ********* *******

Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.