Monday, February 15, 2010

Ingin berkongsi : Wacana Modal Insan - Siri Memperkasa Diri dengan Kaedah 6M Imam Al-Ghazali

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, walaupun telat agak 2 minggu, namun niat di hati untuk menulis dan berkongsi sesuatu dengan sahabat-sahabat tetap subur di ingatan..dan dengan izinNya jua hari ini, 15 Februari 2010, dapat jua diri ini mencoret sesuatu di blog ini..

Pada 6 Februari yang lalu, aku telah dijemput oleh 'ahli keluargaku di Tabung Haji' untuk turut serta dalam satu ceramah bertajuk 'Wacana Modal Insan - Siri Memperkasa Diri dengan Kaedah 6M Imam Al-Ghazali'. Bertempat di Dewan Besar Lantai 1, Tabung Haji, wacana yang berlangsung selama hampir satu hari dari jam 9 pagi hingga 5 petang berjaya menarik minat staf-staf Tabung Haji termasuk Pengurus2 Besar dan juga orang awam untuk turut serta dalam wacana ini...Dan aku, selaku, ex-trainee di Tabung Haji turut gembira kerana dapat menghadiri majlis ilmu ini.. Wacana ini telah dikendalikan oleh Encik Nordin bin Jaafar, konsultan di InsideOut Solution, yang juga bekas konsultan di Akademi Aidit (semangat kak Lin bile dapat tau yang en Nordin ni dari Akademi Aidit cz dia baru je bekerja di situ dan merasa seronok dan senang dengan environment di sana)..sekali pandang macam kenal, tapi di mana ya? huhu, hatiku kuat mengatakan bahawa dia adalah salah seorang anggota nasyid kumpulan Raihan menggantikan Nazrey Johari..dan sangkaanku benar bila dia sendiri menyatakannya di hadapan kami semua..dan dia, bukan calang2 orangnya kerana dia telah berada lama di bidang konsultansi seperti ini..

Kaedah 6 M Imam Al-Ghazali telah lama diperkenalkan oleh beliau kepada anggota kerajaan Negeri Selangor..xsilap, sultan Selangor yang menyuruhnya supaya mencipta lagu 6M untuk dihayati dan menjadi lagu wajib bagi semua anggota dan pekerja di Negeri Selangor..dan alhamdulillah, hari itu, kami di Tabung Haji diberi kesempatan olehNya untuk mengetahui satu lagi ilmu yang mungkin belum pernah kami garap sebelum ini..

Konsep 6M ini merupakan kaedah untuk memantap jatidiri dan keutuhan peribadi yang diperkenalkan oleh Imam Al-Ghazali dalam Kitab 'Ihya' Ulumuddin' dan Syed Hawwa dalam kitabnya 'Al-Mustakhlas fi Tadzkiyyatin Nafs':-

1) Musyaratah

Berasal dari perkataan syarat, kaedah pertama ini menyatakan bahawa perlu adanya penetapan syarat-syarat kejayaan..Ia penting supaya segala usaha kita itu mempunyai matlamat yang jelas dan kita tahu apa yang mesti kita buat untuk memastikan matlamat kita tercapai..In a more simple words, we must have our target or goals in life, and we must put our best effort towards achieving the goals..paling penting, kita perlu ada matlamat hidup yang jelas dan pasakkan setiap niat kita semata-mata kerana Allah dan untuk mencari redha Allah..

Ini selari dengan ayat 1-11 dari surah al-Mukminun, di mana dalam ayat pertama menyatakan MATLAMAT- berjayalah orang-orang yang beriman, dan bagaimana untuk berjaya atau SYARAT-SYARAT untuk berjaya dinyatakan dalam ayat-ayat seterusnya ; khusyuk dalam sembahyangnya, menjauhkan diri dari perbuatan yang sia-sia, berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu), menjaga kehormatannya, menjaga amanah dan janjinya dan juga tetap memeliahara sembahyangnya.. Nah lihat kan, Allah lebih dahulu menyatakan pada kita tentang kaedah pertama Musyaratah ini..

2) Muroqobah

Kaedah kedua ini menyatakan bahawa kita perlu menerima hakikat bahawa Allah sentiasa bersama dalam semua urusan (pengintaian diri sehingga ke tahap ihsan)..IHSAN?? ingat lagi x sahabat2 dalam hadis ke-2 Imam An-Nawawi, sewaktu malaikat Jibril mengajarkan tentang Islam, Iman dan Ihsan kepada Nabi Muhammad s.a.w? Ihsan itu adalah apabila kita melakukan sesuatu, seolah-olah kita melihat Allah atau sesungguhnya Allah melihat kita..Kaedah ini sangat penting supaya setiap daripada kita mampu menjadi seorang hamba Allah yang baik dan menjauhi yang buruk samada ketika bersendirian mahupun ketika berada di khalayak ramai, kerana merasakan adanya Allah di sisi yang melihat setiap perbuatan kita.

Terdapat banyak sangat teladan dari zaman sahabat dan Tabi'en yang menunjukkan bagaimana kaedah ini dan sifat ihsan sangat dipraktikkan dalam diri sahabat-sahabat termasuklah anak kecil..Antaranya kisah guru dan anak murid, di mana pernah suatu ketika, kerana cemburu dan iri hati murid-murid lama terhadap murid baru yang lebih disayangi oleh gurunya, lalu gurunya memberi satu pelajaran kepada mereka semua..Suatu ketika, mereka semua dibekalkan dengan seekor burung dan gurunya itu menyuruh mereka menyembelih burung-burung itu di tempat yang tidak boleh dilihat oleh sesiapa..Keesokan harinya, semua murid datang berjumpa dengan guru mereka dengan burung yang telah disembelih kecuali murid baru itu dengan burung di tangannya yang masih hidup..Guru mereka bertanya mengapakah dia tidak menyembelih burung tersebut sedangkan murid-murid lain taat melakukannnya?..Dengan tenangnya dia menjawab, 'Guru, bagaimanakah aku ingin menyembelih burung ini kerana ke mana sahaja dia pergi, pasti ada pihak yang melihatnya (yakni Allah)'..Lihat, betapa dalamnya sifat muroqobah yang ada dalam diri anak murid tersebut..

Sahabat-sahabat, kita bagaimana? pernahkah kita meletakkan Allah dalam setiap perkara yang kita lakukan terlebih dahulu? renung2kan dan fikir2kan.. (teringat suatu kisah benar yang aku dapat dari email tentang seorang lelaki yang sentiasa melakukan solat istikharah dalam setiap keputusan yang ingin dilakukan walaupun tindakan yang ingin diambil hanyalah sekadar tindakan yang remeh sahaja)

3) Muhasabah

Kaedah ketiga ini pasti ramai yang sering mendengarnya - mencari kelemahan diri supaya dapat dihakis dengan segera. Ia penting supaya kita dapat maju bukan sahaja dengan menimba kebaikan baru tetapi juga dapat mengurangkan kelemahan lama..dalam erti kata lain, sentiasa berusaha untuk mengislah diri (memperbaiki diri)..kaedah ini sebenarnya lebih kurang dengan kaedah SWOT ; strength, weakness, Opportunity and threat - salah satu kaedah mengenal diri..dan sedar atau tidak, cara paling efektif untuk muhasabah diri / membetulkan diri kita adalah melalui musuh kita kerana dia akan berterus terang dalam menyatakan kelemahan diri kita.. Dalam konteks sahabat pula, 'Sahabat yang baik bukanlah sahabat yang mem'betul'kan kita (sentiasa mengiyakan semua perbuatan kita), tetapi adalah sahabat yang membetulkan kita (menegur kesilapan yang kita lakukan)..jadi, semak-semaklah diri dan dengan siapa kita bersahabat..Andai sahabat kita sekarang sentiasa mengiyakan perbuatan kita walaupun dia tahu perbuatan itu salah, maka berhati-hatilah..

Encik Nordin juga turut mengajak kami untuk belajar muhasabah diri melalui kaedah 'Nazhor', yakni melihat benda yang tak bernyawa di sekeliling kita sebagai 'guru' kita - yang akan memberi pengajaran bermakna buat diri kita..Sebagai contoh, MUHASABAH PENSEL. sebagai contoh:
a) Pensel hanya berguna bila dipegang - Jadi, pengajaran yang boleh diambil ialah, kita perlu izinkan diri kita 'dipegang' (pergantungan)..Dalam konteks hablumminallah, kita perlu sentiasa meletakkan pergantungan kita dengan Allah dan tidak selainNya..manakala dalam konteks hablumminannas, kita perlu biarkan diri kita 'dipegang' oleh peraturan syarikat, peraturan universiti, peraturan hidup berumahtangga dan sebagainya..

b) Bahagian paling penting pada pensel ialah dalam - grafit / karbon dan bukan grafik luaran - Maksudnya, apa yang paling penting yang perlu ada pada diri seseorang bukanlah kecantikan luaran yang sememangnya sementara, tetapi, hati yang ikhlas dan keimanan serta ketaqwaan yang tinggi pada Allah yang membezakan kita dengan yang lain..Di sisi Allah, kita semua adalah sama, yang berbeza hanyalah ketaqwaan kita padaNya..dan sebab itu, kite kne selalu check iman kita, yazid (bertambah) ke yanqus (berkurang)..bile berkurang, cepat2lah top-up supaya sentiasa bertambah..

c) Untuk menjadi tajam, pensel perlulah diasah - The lesson that we can get from here is to be a great person, kite kne 'asah' diri kita dengan kesusahan. Lihatlah orang-orang berjaya dan para jutawan di dunia ini..mereka bukan menjadi kaya dan hebat dengan serta merta, tetapi setelah melalui satu demi satu liku dan duri dalam kehidupan.

d) Jika membuat kesilapan, gunakanlah pemadam - Means dat, bile buat silap, kne take action towards it.. Bile berdosa pada Allah, maka jalan terbaik adalah dengan bertaubat..sebaliknya jika berbuat kesilapan dengan manusia, hendaklah segera meminta maaf dengannya..dan sahabat2, jangan lupe, selagi ada dosa kita pada manusia, doa kita mungkin akan terhijab (cz hablumminallah akan baik kalau hablumminannas juga baik)

e) Semakin lama, semakin pendek - Pengajaran yang paling baik buat diri kita untuk muhasabah..bahawa usia kita bukan semakin hari semakin bertambah, sebaliknya semakin berkurang kerana semakin dekat diri kita dengan kematian..apabila pengajaran ini sentiasa kita pegang, pasti kita akan sentiasa menjauhkan diri dari berbuat sesuatu yang mendapat murka Allah..takut2 esok atau saat melakukan dosa itu, kita mungkin diambil nyawa oleh Allah buat selama-lamanya tanpa sempat bertaubat..

4) Mu'aqobah

Apa yang dimaksudkan dengan kaedah keempat ini adalah kita perlulah mendidik jiwa untuk bertanggungjawab atas segala urusan pekerjaan yang dilakukan. Hal ini penting supaya kita menjadi orang yang sentiasa menjaga maruah diri dengan tidak mengejar sanjungan bagi kebaikan yang kita buat dan tidak takut ditegur jika kita melakukan kesilapan.. key word dia, BERTANGGUNGJAWAB. Teringat diriku pada portfolio yang kupegang di company baru..i used to hear this advice before, 'your portfolio is your baby. you are responsible towards everything with respect to the companies under your portfolio'. Betapa kami diajar untuk benar-benar bertanggungjawab terhadap tugasan yang telah diberikan..alhamdulillah, aku belajar sesuatu dari sahabat-sahabat non-Muslim ku di ofis..thanks to all ya!actually, bukan dalam soal kerja semata-mata, tapi dalam setiap amanah yang kita pikul (dalam rumahtangga ke, dalam gerak kerja ke atau sekecil-kecil amanah), perlu ada rasa tanggungjawab..if hayati benar-benar perkataan 'tanggungjawab' tu, ia sebenarnya memberi erti yang sangat mendalam.. gabungan perkataan 'tanggung' dan 'jawab' = tanggung di dunia dan jawab di akhirat..Teringat juga aku pada tulisan Ustaz Nasruddin dalam blognya tentang amanah..Beliau mengingatkan dirinya dan kita semua bahawa ' Amanah bukan satu tasyrifan (kemuliaan) tetapi satu taklifan (tanggungjawab) '..so, sama-sama kita renungkan k..

Ada lagi yang ingin ku kongsikan dengan sahabat-sahabat tentang kaedah ke-4 ini..Sahabat-sahabat ingat x tentang lagu 'bangau oh bangau'?

Bangau oh Bangau, kenapa engkau kurus?
Macam mane aku tak kurus, ikan tak timbul-timbul..
Ikan oh Ikan, kenapa tak timbul-timbul?
Macam mane aku tak timbul, rumput panjang sangat..
Rumput oh rumput, kenapa panjang sangat?
Macam mane aku tak panjang, kerbau xmakan aku..
Kerbau oh kerbau, kenapa tak makan rumput?
Macam mane aku tak makan, perut aku sakit..
Perut oh perut, kenapa engkau sakit?
Macam mane aku tak sakit, makan nasi mentah..
Nasi oh nasi, kenapa engkau mentah?
Macam mane aku tak mentah, kayu api basah..
Kayu oh kayu, kenapa engkau basah?
Macam mane aku xbasah, hujan timpa aku..
Hujan oh hujan, kenapa timpa kayu?
macam mane aku tak timpa, katak panggil aku..
Katak oh katak, kenapa panggil hujan?
Macam mane aku tak panggil, ular nak makan aku..
Ular oh ular, kenapa nak makan katak?
Macam mane aku tak makan, memang makanan aku..

Nampak tak ape pengajaran dari lagu di atas? Jangan salahkan orang lain atas kesilapan diri sendiri..kita boleh nampak dari bangau sampailah ke katak, semua menyalahkan pihak lain atas apa yang menimpa dirinya.. yang paling bertanggungjawab adalah Ular..kerana dia mengakui kesilapan dia..if ular juga tak mengiyakan bahawa katak memang makanannya, pasti lebih panjangla rangkap lagu ni nanti dan lebih banyaklah salah-menyalahkan..always letakkan dalam diri bahawa INI SALAH SAYA setiap kali kita berbuat silap..kalaupun bukan silap kita, andai baik untuk kita mengalah, itu adalah lebih baik dari terus memburukkan keadaan..

5) Mujahadah

Kaedah kelima ini juga sering kita dengar, namun perlaksanaannya, diri sendiri yang lebih mengetahui..ia merujuk kepada pelaksanaan tugas dengan bersungguh-sungguh dan sempurna sehingga ke tahap kecacatan sifar..Hal ini penting supaya hasil kerja kita sentiasa baik dan standard yang tinggi dapat dikekalkan..Dalam hal ini, teringatku pada teguran seorang staf di Tabung Haji suatu ketika dahulu..sikapnya yang sangat teliti dan inginkan kesempurnaan pernah membuatkan aku merasa putus asa untuk meneruskan kerja yang sedang dilakukan walaupun telah kucuba untuk melakukannya bersungguh-sungguh..Namun, kerana tegurannya itu jugalah aku dapat belajar menyesuaikan diri menghadapi Group Leaderku di tempat baru yang juga sentiasa inginkan sesuatu yang 'perfect' dalam setiap kerja yang kami lakukan..n she also explained to me why she want us to be neat and perfect in our work..its because of our commitment to client..semakin tinggi kualiti dan standard yang kita kekalkan, semakin tinggilah kepercayaan client pada kita..tapi, paling utama, betulkan niat..buat sesuatu tu bukan kerana takut pada ketua kita, tapi hanya kerana Allah..Dia ingin kita lakukan yang terbaik dalam setiap urusan kehidupan kita..

6) Mu'atabah

Kaedah terakhir ni menghendaki kita untuk menghukum diri sendiri setiap kali membuat kesilapan dan dosa..Hal ini supaya kita tidak menjadi orang yang mengambil mudah terhadap kesilapan yang dilakukan kerana khuatir kesilapan itu akan menjadi kebiasaan...Means dat if u do mistake, fine yourself..Otherwise, you will keep doing the same mistake in your life..

Alhamdulillah, harap sahabat-sahabat dan diriku sendiri dapat mengambil iktibar dari kaedah 6M Al-Ghazali yang ana kongsikan di atas..moga diri kita sentiasa belajar dan mengajar dalam setiap kehidupan kita ini..bila jatuh, bangun dan teruskan berjuang..jangan terus jatuh dan jatuh..dan kongsikanlah ilmu ini dengan sahabat-sahabat kalian kerana ilmu ini ibarat bola ping pong; semakin banyak ilmu yang kita amalkan dan kongsikan pada orang lain, ia akan berbalik kembali pada diri kita dan yakinlah, keberkatan darinya pasti akan kita perolehi..Akhir kata, hayatilah lirik lagu 6M ini:-

Kau bintang hatiku insan robbani,
Menjadi ikutan dalam membina masyarakat madani

Sucikan jiwa tiada erti kesudahan,
Menepis segala dugaan dan cabaran kehidupan

Setiap mehnah pasti tersirat segala hikmah,
tabahkan hati bina sakhsiyyah teguh peribadi

Syarat berjaya dengan merancang kerja,
mengintai dan menilai kelemahan diri
silap sendiri jangan malu diakui
tekun berusaha dosa dihukumi

Ayuh bersama melangkah ke hadapan,
berganding tangan 6M diamalkan
selari dengan kitab suci dan as-sunnah
Bila tersasar segera betulkan

Musyaratah, Muroqobah, Muhasabah,
Mu'aqobah, Mujahadah dan mu'atabah

Musyaratah syarat untuk berjaya,
bermu'aqobah intai diri sentiasa
menilai diri itulah muhasabah
Bertanggungjawab mu'aqobah

Mujahadah usaha dengan gigih
Bermu'atabah mencela diri sendiri
tulus berusaha sehingga berjaya
usah mengalah walau ribu rintangan

Hari ini lebih baik dari semalam
Tuju wawasan capai apa yang dicita
Usah hiraukan sinis bicara manusia
Bila berjaya jangan mudah leka











1 comment:

  1. Nice Artikel Mimi... banyak input ak dapat.. thanx... boleh yeah ak copy paste...

    -Adai-

    ReplyDelete