Sunday, January 31, 2010

Kalimah Allah dan Syariat Allah? Bukankah kedua-duanya sama-sama penting?


allah









1. Banyak pihak begitu marah dan tidak berpuashati dengan keputusan mahkamah tinggi baru - baru ini yang membenarkan sebuah akhbar [ Herald ] menggunakan nama Allah dalam penerbitan mereka .

2. Pendirian saya sendiri jelas dan tidak pernah berubah sehingga saat ini , bahawa kalimah Allah swt adalah Lafzul Jalaalah yang merujuk kepada keesaan Allah swt. Firman Allah swt :

قل هو الله أحد الله الصمد لم يلد و لم يولد و لم يكن له كفوا أحد

Katakanlah [ Wahai Muhammad ] Dialah Allah Tuhan Yang Maha Esa . Allah tempat bergantung dan meminta segala sesuatu . [ Allah ] tidak beranak dan tidak pula diperanakkan dan tidak ada sesuatu pun yang setara denganNya .

Surah al Ikhlas : 1-4

3. Sesiapa pun [ muslim atau non muslim ] yang mahu menggunakan kalimah Allah mestilah menggunakannya dengan betul iaitu Allah adalah Tuhan Yang Maha Esa dan tiada sekutu baginya . Haram dan kufur jika kita membenarkan perbuatan , tindakan atau kenyataan yang menduakan [ mensyirikkan ] Allah swt . Seperti membenarkan perkataan orang yang berkata : " Allah itu ada anak " dan seumpamanya . Kerana perkataan itu salah dan bertentangan dengan keEsaan Allah swt. walau siapa [ non muslim atau muslim ] yang berkata demikian .

4. Allah swt sendiri murka terhadap mereka yang menggunakan kalimah Allah secara salah [ dengan berkata Allah mempunyai anak ] , maka bagaimana mungkin kita boleh bersetuju dan redha jika ada yang menggunakan kalimah Allah secara salah seperti mensyirikkan Allah swt [ menganggap Allah ada anak dan isteri atau menduakan Allah dengan tuhan yang lain ] Firman Allah swt :

و قالوا اتخذ الرحمن ولدا لقد جئتم شيئا إدا تكاد السموات يتفطرن منه و تنشق الأرض و تخر الجبال هدا أن دعوا للرحمن ولد

dan mereka berkata Allah Tuhan Yang Maha Pengasih mempunyai anak . Sungguh kamu telah membawa sesuatu yang sangat mungkar . Hampir saja langit pecah dan bumi terbelah dan gunung ganang runtuh kerana kenyataan [ ucapan ] itu . Kerana mereka menganggap Allah Tuhan Yang Maha Pengasih mempunyai anak .

Surah Maryam : 88 - 91

أئنكم لتشهدون أن مع الله ءالهة أخرى قل لا أشهد قل إنما هو اله واحد وإنني برئ مما تشركون

Dapatkah [ bolehkah ] kamu benar - benar bersaksi bahawa ada tuhan - tuhan lain selain Allah ? Katakanlah : Aku tidak dapat bersaksi . Katakanlah : Sesungguhnya Dialah [ Allah ] Tuhan Yang Maha Esa dan aku berlepas diri [ tidak boleh sokong/terima ] terhadap apa yang kamu sekutukan dengan Allah swt .

Surah Al An'am : 19

5. Manakala pengguna kalimah Allah swt secara benar dan tepat sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah swt itu sendiri yang telah mengisytiharkan zatNya tiada sekutu dan bandingan [ seperti yang termaktub di dalam surah al ikhlas ] , maka ia adalah pengguna yang bijak dan benar , malah dibenarkan sekalipun ia seorang non muslim . Inilah yang Allah swt sebut di dalam al Quran :

ولئن سألتهم من خلق السموات و الأرض و سخر الشمس و القمر ليقولن الله فأنى يؤفكون

dan jika engkau bertanya kepada mereka : " siapakah yang menjadikan langit dan bumi serta menundukkan matahari dan bulan ?" nescaya mereka menjawab Allah ! maka , kenapa mereka masih boleh berpaling dari kebenaran .

Surah al Ankabut : 61

Sekitar pemafahaman dari ayat ini :

a ] Ayat ini secara jelas menunjukkan bagaimana Allah menegaskan bahawa sebahagian non muslim terutama ahli kitab mengakui bahawa Allah swt. adalah pencipta langit dan bumi [ begitulah jawapan jika ditanya kepada mereka .]

b ] Ayat ini juga bukanlah dalil mutlak untuk membenarkan golongan non muslim menggunakan kalimah Allah swt sewenang - wenangnya apatah lagi jika diguna secara salah . Sebaliknya ayat ini adalah penegasan Allah swt bahawa mereka mengakui Allah swt sebagai pencipta .

c ] Ia juga bukan dialog antara kuffar dengan Nabi saw. tetapi ia adalah ayat Allah untuk menjelaskan hakikat sanubari mereka , bahawa mereka tidak boleh menyembunyikan fakta ketuhanan Allah sebagai pencipta dan pemberi rezeki . Sebab itu ayat ini bermula dengan : [ Jika sekiranya kamu bertanya kepada mereka ..... ertinya ayat ini bersifat jika atau andainya .... ia bukan dialog sebenar ]

d ] Persoalan isu aqidah dalam ayat ini terhenti di atas perkataan terakhir dari ayat ini : " maka ... kenapalah mereka masih boleh berpaling dari kebenaran ? " ertinya : walau hati kecil mereka mengakui bahawa Allah swt adalah pencipta langit dan bumi , maka kenapa mereka masih berpaling dari kebenaran itu ? kenapa mereka masih mensyirikkan Allah swt ? kenapa mereka mengambil tuhan - tuhan yang lain selain daripada Allah swt ? kenapa mereka tidak menerima wahyu Allah swt yang melantik Muhammad saw sebagai rasul akhir zaman ? kenapa mereka berpaling dari kebenaran ? kenapa ?

e ] persoalan yang dicetus pada akhir ayat 61 surah al Ankabut ini jelas menunjukkan Allah swt membenarkan jika mereka mahu berkata [ menggunakan kalimah ] Allah sebagai tuhan yang mencipta langit dan bumi , tetapi jika mereka mahu mensyirikkan Allah swt atau mengambil tuhan yang lain selain Allah swt , maka ia dimurkai oleh Allah swt .

6. Tidak hanya menggunakan kalimah Allah swt secara salah [ seperti menduakan Allah swt ] sahaja yang mesti ditolak , tetapi juga termasuklah perbuatan mempersenda dan mengabaikan perlaksanaan syariat Allah swt. juga mesti ditentang dan ditolak .

7. Isu kalimah Allah ini baru timbul sehari dua dalam negara kita , tetapi pengabaian terhadap perlaksanaan syariat Allah swt telah berlaku sejak dulu . Hairannya , tiada pula orang nak marah . Malah mahkamah tinggi Malaysia pernah mengisytiharkan Malaysia bukan Negara Islam , tiada pula berlaku kebangkitan di kalangan ummat Islam untuk membantah keputusan tersebut . Kecuali sebahagian kecil ummat Islam yang konsisten berjuang untuk mendaulatkan syariat Allah swt . termasuk PAS .

8. Terlalu banyak aktiviti dalam negara kita yang bertentangan dengan syariat Allah . Mengalungkan bunga ke tugu kebangsaan sebagai contoh , telah jelas ada fatwa dari majlis fatwa kebangsaan , tetapi kerajaan masih mengamalkannya saban tahun . Tiada pula amukan dari PERKASA untuk membantah amalan itu . Sedang itu secara terang terangan menghina majlis fatwa dan menghina agama Allah . Apakah kerana ia dilakukan oleh orang yang mengaku muslim maka ia tidak diambil endah ?

9. Al Amru bil makruf dan an Nahyu anil Mungkar sebagai asas sebuah pemerintahan Islam tidak diamalkan dengan penuh tanggungjawab dalam negara kita . Terkadang seperti sengaja mereka mahu memperkecilkan ajaran Islam . Mereka buat tempat maksiat seperti kelab - kelab malam yang bercambah lalu mereka melantik pencegah maksiat supaya membuat operasi sesekali dihujung hujung bulan .

10. Bukankah ini satu persendaan ? mereka buat masjid mereka juga buat kelab malam . Mereka buat musabaqah al Quran mereka buat juga pertandingan ratu cantik . Mereka buat universiti Islam , mereka juga buat akademi fantasia . Mereka memberi sumbangan kepada fakir miskin , mereka juga melakukan rasuah dan membolot harta kekayaan negara. Mereka bukan buat amar makruf Nahi Mungkar tetapi Amar Makruf Amar Mungkar. Ini satu persendaan kepada syariat Allah swt . Ini juga mesti ditentang dan ditolak


Petikan dari Blog Ustaz Nasrudin Tantawi

Seindah Bidadari Syurga..

Aduhai bidadari syurga…

Mendengar lagu dan membaca hikayat kalian
membuatkan aku tertanya-tanya.
Mampukah aku menjadi seperti kalian?
Layakkah aku berdiri di sisi kalian?
Sedangkan perjuangan ku tak tersaing dengan kalian
dan kehambaan ku tak sehebat pengabdian kalian…..
Riwayat bidadari syurga,
menambat hatiku pada Yang Esa…
Al-Khansaa` berpuisi pada putera-puteranya :
“Wahai putera-puteraku,
Jika kamu bangun esok pagi
Keluarlah memerangi musuh-musuh Allah
Dan kerana Nya, kamu akan mendapat kemenangan.”
Begitulah Al-Khansaa`
Tidak diratapi putera-puteranya yang gugur
Tidak disesali putera-puteranya yang syahid…
Iman dan taqwa ini
Begitu menusuk jiwanya
Hingga pujukan ayahnya
Gagal melenturkan hatinya
Ayahnya Musyriq
Suaminya Nasrani
Wahai Ramlah,
Kesabaranmu diganjar i Allah
Ayahmu menjadi muslim
Dan suamimu Rasulullah S.A.W..

Tanpa gentar engkau berjuang
Penuh megah kau julangi panji-panji Islam
Wahai Nasibah
Engkau adalah lambang
Kegagahan seorang wanita…
Yang bijak, yang anggun
Yang tegas, yang lembut
Dirimu pelengkap sifat wanita
Kesetiaanmu pada Uthman tiada tandingan
Wahai Nai`lah Al-Farafishah
Engkaulah hiasan sebaik permata….
Pengorbanan Saudah yang tak ternilai harganya…
Mengutamakan yang lebih utama di hati Baginda
Walau dirimu berendam air mata…
Wahai Rasulullah, biarkan aku terus menjadi isterimu
Kerana kedudukan itu
Lebih mulia dari seorang janda”…
Mulianya hatimu wahai Suadah binti Zam` ah….
Hafsah bin Umar…
Dalam kelemahan sebagai manusia
Masih ada ruang memohon ampun Nya
Kau satukan helaian wahyu
Kalimah yang agung
Menjadi lembar pedoman turun temurun
Rumaisa
Kau sedar setiap anugerah itu adalah pinjaman
Penuh redha engkau terima
Setiap kau miliki bukanlah milikmu yang hakiki
Tiba masa harus kembali pada yang haq
Walaupun yang dikembalikan itu
Adalah anakmu sendiri….

Pelbagai iktibar dapat kita teladani melalui kisah-kisah mereka.Kisah Hawa, Siti Khadijah r.a, Aisyah r.a, Pesona Zulaikha, Balqis, Ainul Mardhiah, Zubaidah Binti Jaafar, Halimah As-Sa`adiah, Yukabid, Fatimah Az-Zahra, Hindun, Asiah, Nasibah, Asma` Bt Abu Bakar, Zainab Bt Ali, Rabiatul Adawiyah, Zinnirah, Masyitah dan nama-nama serikandi Islam yang lain. Pelbagai buku yang menceritakan kisah serikandi-serikandi Islam terdapat di pasaran.
Dan, sama-samalah kita menghayati dan menyusuri liku-liku kehidupan dan pengorbanan serikandi-serikandi Islam yang sanggup berjuang dan berkorban mempertahankan keimanan mereka terhadap Allah S.W.T sehingga sanggup mempertaruhkan nyawa mereka sendiri. Itu semua dilakukan demi meninggikan syiar Islam di muka bumi ini dan mengagungkan agama Allah.

Walaupun kita mungkin tidak mampu meletakkan nama kita sebaris dengan para serikandi ini tetapi marilah kita berusaha untuk memperbaiki diri dan meningkatkan keimanan kita supaya kita dapat bersama-sama mereka di syurga nanti.Insyaallah. Al Fatihah untuk para serikandi ini.Semoga roh mereka sentiasa dicucuri rahmat dan redha Allah S.W.T.


P/S: indahnya baik-bait dalam sajak ini..ana dengarnya sewaktu menghadiri Konvensyen Nisa' Wilayah baru-baru ini pada suatu forum bertajuk 'Bidadari Cemburu Padamu'..walaupun agak tidak kedengaran suara beberapa orang panel, namun tetap cuba untuk ku memahami isi forum tersebut..Kerna ku juga ingin menjadikan diriku dicemburui bidadari di syurga..layakkah aku ya Allah? izinkan diriku ya Allah..untuk terus kuat dan kuat dalam menempuh cabaran hidup ini..tidak terus mengeluh dan bermuram durja tatkala ditimpa ujian dan musibah dariMu..izinkan aku untuk menjadi Muslim yang hebat..bukan sahaja di mata dunia malah paling utama di pandangan penghuni langit ya Rabbi..Engkau mengerti kemampuan diriku dan izinkan aku untuk berjuang sekuat kudratku ini..dan setiap usahaku ini hanya untukMu ya Allah..lorongkan aku pada jalanMu yang lurus..jangan Kau pesongkan aku walau sedikitpun dalam perjuangan yang berliku ini..Ameen












Friday, January 29, 2010

Lama sudah tak menulis...

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum wbt sbg mukaddimah tulisanku hari ini..rasanya lama sudah diri ini tidak menulis sebarang kata di blog persinggahan ini..maafkan diriku wahai diri n sahabat2, maaf..mungkin kerana terlalu sibukkan urusan dunia sehingga terlupa tanggungjawab sebagai daie ilallah walaupun hanya sekadar berkongsi ilmu n pengalaman yang sedikit dengan sahabat2..sebenarnya, blogku ini bukan hanya untuk berkongsi dengan sahabat2 yang semakin lama semakin jauh di pandangan mataku, tetapi juga buat tatapan diriku setiap kali alpa..

Argh, wahai diri, mengapa ni? mengapa perlu mengeluh? jangan terus begitu k..

ok, let's we start wif a very warm beginning..ape khabar antum semua termasuk diriku ini? kesihatan? fizikal, mental, emosi, rohani, jiwa? diri, iman n amal? adakah semuanya baik-baik sahaja? bagi diriku, mungkin ada jawapannya..namun, bagi kalian, ini sebagai mukadimah ringkas untuk muhasabah diri..mungkin agak ringkas, tetapi terkandung seribu satu makna..

lama sudah tidak berkongsi dengan sahabat2 tentang diriku sepanjang perjalanan kerjayaku sebagai 'tax assistant' di Deloitte..Semakin hari, hidupku semakin mencabar..semakin banyak tanggungjawab dan potfolio yang perlu ku jaga..dan sepanjang perjalanan itulah, pelbagai kisah suka, duka, riang, gebira, menangis terus memenuhi ruang hidupku..Permulaan tahun 2010 menggambarkan pelbagai situasi buat diriku..awalnya disambut kegembiraan pabila kawan seuniversiti, Hidayah (we used to be a close friend before n also now) mula bekerja di department n level yang sama denganku..di sebelah grup ku lagi..aku bersyukur sangat kerana kehadirannya seolah dapat mengubat jiwaku yang seringkali sedih dan kesepian kerana merasakan tiada kawan yang 'sekepala' untuk berkongsi suka n duka..we become a very close friend here, helping each other through communicator n share the same feelings together..Thank you Allah for 'borrowing' her here to accompany me..Namun, aku diuji kembali selepas hampir dua minggu berlalu dalam bulan Januari..kawan baikku di Deloitte, Nur Wahyu, who started working on the same day wif me previously decided to RESIGN from her current job at Deloitte..Ya Allah, seolah jantungku diregut dan 'separuh jiwaku pergi' selepas dia pergi..did u noe y? sbb dialah kawanku yang paling rapat sepanjang ku di sini..kami berkongsi rasa setiap masa especially during lunch hour..n now, she really made a right decision when she quit..she dunna wanna do sumthing dat she doesnt feel happy n has interest on..n now, she got an offer to be a freelance editor for magazine in Singapore..give more freedom n relax to her..able to work from home..n also can continue being a home tutor every day..congrats Wahyu cz u've d courage to do that.Allah permudahkan jalanmu di luar walaupun mungkin perjuanganu di Deloitte hanya sebentar cuma..Ku doakan moga dirimu success in everything u do in life..

But..me?myself? can i stay longer here? can i face all these for a longer time here? i do not enjoy my work very much here..dunno y..i like tax but the environment here???..ya Allah, mengapa perasaan ini datang kembali??? the stress here is not like what i face when i did internship in small audit firm before..i enjoyed my work eventhough during peak period..but now, i'm not like dat anymore..setiap kali ade filing in dat month, mesti jadi stress n cepat down..i still remember on the 2nd week of January..bile dah xtahan sangat dengan stress kerja, bile lunch hour je, time makan nangis, pastu g surau continue crying again..teruk sangat keadaanku pada ketika itu..habis lunch hour ingat nak naik, tp cannot..continue crying when calling my mum in the toilet..jadi down sangat..tp, alhamdulillah, January filing already end..Dia permudahkan urusan kerjaku..Namun, tetap aku tertanya2, benarkah ini jalan yang kuinginkan? aku xrasa diriku benar2 'ngam' dengan semua orang di sini..it's not like when i was in Tabung Haji previously..i enjoyed my work very much..Astaghfirullah, ya Alah, mengapa dengan diriku ini? mengapa sering mengeluh n menangisi perjalanan hidup ini? seolah ku tak redha dengan ketetapanMu ke atasku..maafkan diriku ya Allah..

Aku terasa 'keseorangan' di sini..tanpa sahabat2 yang benar2 memahami dan menasihati diriku, aku menjadi mudah lemah di sini..dan kini, kawanku, Hidayah juga merasai yang sama seperti diriku..malah lebih teruk dari diriku..setiap hari menangis cz xenjoy n menjiwai kerja yang dilakukan sekarang..dia cube untuk bertahan..so do i..but her boss keeps pushing her n expect too much from her..padahal, ntahla...baginya, this one month is nothing..dia rasa nak quit je dari kerja ni..dayah, when u say like dat, it affects me..=(..very sad n i hate this feeling..mungkin kerana 'environment' di sini kot..yang terlalu penuh dengan 'procedures' n 'organised', but we're not dat kind of person..yes, it is good to learn dat, but dunno..its like pushing ourselves..ya Allah, berikanku sedikit lagi kekuatan untuk bertahan..sekurang2nya setahun di sini..namun, andaikata bukan ini jalan hidupku, tunjukkan n permudahkan aku ke jalan hidup yang lebih baik n sesuai dengan diriku..jadikan aku melakukan setiap kerja ini seikhlas hati dan penuh rasa tanggungjawab n minat, bukan sekadar 'melepaskan batuk di tangga semata-mata'..bantulah hambaMu ini ya Allah..bantu diriku dan kawanku untuk terus bertahan..setakat mana yang kami mampu.namun, andaikata sudah xmampu, redhakan kepergian kami dari sini..

Ingatkan aku pada impianku selalu..'to be a very great Muslim n sentiasa mendapat redhaMu dalam setiap apa yang ku lakukan'.. Islam perlukan tenaga professional dan untuk membina daulah Islam yang berjaya, tenaga sepertiku amat diperlukan..ingatlah wahai diri..sumbanganmu ini amat berharga buat Islam dan perjuangan..tetapi, andai bukan ini yang terbaik, carilah cara lain untuk membantu Islam dan perjuangan..jangan terus lari darinya kerana kita memerlukannya..

'Ya Allah, apa-apa yang baik bagi diriku, maka Kau permudahkanlah n apa-apa yang tidak baik bagi diriku, maka Kau sukarkanlah dan Kau redhakanlah aku untuk menerimaNya'

'Ya Allah, aku benar-benar memerlukanMu di sisiku..untuk aku terus tabah n kuat mengahadpi ujian hidup ini..jangan Kau biarkan aku merasa kehilanganMu walau sesaat pun..bantulah hambaMu yang lemah ini ya Allah..kerana diri ini tidak mahu terus menjadi hamba yang lemah di saat musuh Islam terus berkuasa..izinkan aku untuk mempertahankan prinsip diriku sebagai seorang Muslimah di tengah2 suasana yang serba tidak memihak pada diriku ini..aku tahu hanya Engkau yang benar2 memahami diriku berbanding yang lain..bantu hambaMu ini ya Allah..untuk kuat seperti sahabat2 yang lain..Ameen'

Friday, January 8, 2010

A dialogue between Palestine, Egypt and Israel

Assalamualaikum buat semua..
I received this email last month from my 'akak' at Tabung Haji and actually it was from www.iluvislam.com..it is a very touching dialogue when i read it..seolah dapat merasakan penderitaan yang dialami oleh saudara kita di Palestin dan kekejaman yang dilakukan oleh Yahudi Israel laknatullah..moga kita mendapat ibrah dari dialog ni..bantu sedaya mungkin walau dengan apa cara sekalipun..jangan lihat pada orang lain, tetapi tudinglah jari pada diri kita terlebih dahulu..apa yang telah kita lakukan sebagai menunjukkan keprihatinan kita kepada isu Palestin ini..




Palestine : Why did you do this to us?

Egypt : Did what?

Palestine : Stop pretending. You know what I mean.

Egypt : No, I don’t!

Palestine : Fine, let me tell you silly, about the tunnel, why did you block the tunnel?

Egypt : Owh, about that. Sorry, I strongly think that’s my territory, so I have the right to do whatever I want. Furthermore, I just want to stop you from smuggling.

Palestine : Yes I know that’s your territory. But you knew how Israel blocked our supplies for foods, oils and all necessities from coming in, and if not because of the tunnel, we are already died in hunger. Now you want to block the tunnel. How could you do this to us? We are brothers! Please don’t forget that this world is not belong to us, its belong to Allah The Almighty! And He just lend it to us!

Egypt : errr… (feel guilty)...

Then come Israel.

Israel : What’s the problem here?

Palestine : Go away! It’s none of your business!

Israel : It’s my business because you are bullying my friend here! O my friend Egypt, tell me, what’s the problem?

Egypt : emm… (looked down then speak slowly)... Palestine is mad at me because I blocked the tunnel.

Israel : Owh about that. Then why did you afraid? You don’t have to be afraid, I’m here. I will protect you and will always protect you Egypt.

Egypt : (silence, felt ashamed)

Palestine : Egypt, please, we are Muslim, I know you are under pressure from Israel, and I know that you know who’s the real bully here. It’s not me, it’s Israel!

Israel : Hey watch your mouth Palestine, don’t try me!

Palestine : What?! What are you going to do Israel?! What else that could be more worse than what you had done to us on the ‘Nakba’! On 15 May 1948! Don’t you ever dare to forget that date Israel! You came to our land, you established the living of Jews, Zionist acted cruelly and dispelled more than 800 000 Palestinian from our very own country! Not enough with that, you destroyed 478 villages among 580!

Egypt’s face dropped down. He felt so ashamed, guilty, regretted. When Israel saw that, he panicked. His face became red as he was mad. Then immediately he punched Palestine face and Palestine fall to the ground.

Israel : See, I warned u!

Palestine : Why! That’s all that you can do! Do you really think by punching me at my face will make me scared! Not a chance Israel! Not a chance! Like I said Israel, you had done worse to us. Don’t you forget it Israel! And if you pretend to forget it, let me remind you Israel.

(Israel became more panicked. He didn’t know what else that might come from Palestine’s mouth, and he afraid it will affect his relation with Egypt. )

While Palestine got back to his feet and shed the blood on his lips from the punch by Israel, he continued.


Palestine : Do you remember 9 April 1948 Israel? The chaos that you had done at Deir Yassin. DO U REMEMBER?! You came to Deir Yassin with your army and without sympathy you started to burn the village! You burned down our house Israel! Not enough with that, while the house was burning, you waited outside of the house, and when people running out of the house to save themselves from the fire, you shot them at the head! At their head Israel! Without any sympathy! You shot women, old people and kids! The people that you shot without any sympathy. My parents, my children, my wife, my brothers, my sisters, they all were my family Israel!

(At this moment, tears started to run down on the cheek of Palestine, he could not bear it anymore, he felt so sad remembering what Zionist had done to Palestinian.)

Palestine : Why you did that Israel? Why you have to act so cruel Israel? Why you have to shoot the kids while they were trying to save themselves from the burning house? They were scared Israel. They just wanted to save themselves. But you killed them all. What have they (kids) done to you that made you shot them at their head? They did nothing wrong Israel. They were just children. Where’s your humanity Israel? (…Palestine sobbing...)

Egypt started to cry.

Israel panicked that suddenly he shout at Palestine.

Israel : Hey shut your mouth Palestine! That’s enough!

Without care of Israel, Palestine continue in sobbing.

Palestine : My brother Egypt, please, look me in my eyes and tell me that I was wrong. They (while pointing his finger at Israel) are an animal, worse than animal! Have you forget that hundreds of heavily-armed Jews massacred a little village near Baitul-Maqdis (Jerusalem) of 200 Arabs. They raped the women and children, then crushed their heads with rocks until the brain blew out.

(Egypt fall to his knees, he could not barely stand anymore, he felt so weak.)

Israel was surprised. He then hit Palestine face again. This time harder. Palestine fall to the ground. Without waiting, Israel then kick Palestine face, again and again. Israel acted like crazy man who was losing his mind. Palestine was groaning in pain.

Egypt : STOP IT ISRAEL! Please stop! (crying and pleading Israel to stop, he could not bear looking Palestine was hit like that)

But Israel will never stop. He hated Palestine so much. He keep on kicking Palestine. Egypt then felt something wrong when he saw Israel picked up a big stone near him.

Egypt : NO, NO ISRAEL,,,PLEASE DON’T… PLEASE,,,NOO,,!!!

It was too late, Israel hit Palestine face as hard as he could with the stone. Blood burst out all over his face. Israel then became panicked and fled from the scene.

..........(Silence for a moment)..........

Egypt was surprised by the scene that he just saw. Egypt then immediately run to Palestine and hold Palestine head. His face was covered with blood. He was still breathing, but so weak. Palestine was dying.

Egypt (while crying) : Palestine, wake up Palestine, please my dear brother, wake up, please don’t die. Don’t leave me.

With few strength left, Palestine softly spoke to Egypt’s ear...

" Don’t cry my brother. Don’t cry, be strong. Israel can kill me, but he will never kill my spirit. He can kill my whole country, but he can never kill the passion of Muslim around the world. By God wills, Islam will rise someday. But before that, we need to unite my brother. You, me and all our brothers of Islam around the world should unite as one. We should stop fighting among us. We should stop depending on Israel and America. We Muslim, should embrace as one, and love each other as a family for the sake of our beloved religion, Islam. And when that time come, Islam will rise as high as ever. Trust in ourselves that we can and we will win. Remember, Allah will always be on our side. We can bring the change to the world. Islam will rule the world someday. InsyaAllah. "

Egypt : I will my brother, InsyaAllah, I will remember all your words.





From the writer --> I made this dialogue based on the problem that Palestinians are facing today. Egypt is pressured by Israel to block the tunnel where the Palestinian at Gaza really depends on that tunnel to smuggle goods such as food, cloths, weapons, and etc in order to continue their daily life. Hamas is the only Palestinian group that is still fighting to get back their country, as Fatah is not really functional. Hope this dialogue can open our eyes, and our HEART. Finally, let ask ourselves, how can we have any pleasure in anything that happens when we have brothers and sisters at Palestine living as they are?

Mari manfaatkan cuti hujung minggu ni..



Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah tercapai juga niatku untuk post sesuatu di blog setelah lama menyepi..
Sahabat-sahabat dan akhawat yang dikasihi sekalian,
Ana mengalu-alukan kalian semua untuk sama-sama menyertai konvensyen nisa wilayah sebagai pembuka tirai pengisian rohani kita di tahun baru ini..Ana sertakan detail program untuk makluman semua..Moga ada manfaat yang kita perolehi dengan menghadirkan diri ke majlis ilmu ini..mantapkan ukhwah, jalinkan ikatan (networking) dan paling penting, keberkatan ilmu dan keredhaan Allah yang kita cari darinya..sama-sama ikhlaskan diri, lillahi taala..moga hujung minggu ini terisi dengan aktiviti yang mendekatkan diri kepadaNya..sahabat-sahabat yang tidak dapat hadir, ana tahu kalian juga pasti sibuk dengan perancangan yang jauh lebih mantap..ape-apepun, sama-sama kita mengharapkan redhaNya dalam apa jua yang kita lakukan.. ilahi anta maqsudi, wa ridhoka mathlubi..

KONVENSYEN NISA` WILAYAH
TARIKH : 10 JANUARI 2010 / 24 MUHARAM 1431 HIJRAH (AHAD)
TEMPAT : DEWAN SRI ALAM, ANJUNG RAHMAT, GOMBAK
MASA : 8.30 PAGI - 1.00 TENGAHARI

ANTARA YANG MENARIK :
1)Talkshow Nisa`, bertajuk : "Bidadari Cemburu Padamu..."
2)Persembahan Nasyid dan Deklamasi Sajak "Seindah Bidadari Syurga"
3)Pembahagian Kad Keahlian Nisa`
4)Cabutan Bertuah
5)Cenderahati kepada semua yang hadir

Tempat adalah terhad untuk 200 orang peserta!!
MASUK ADALAH PERCUMA!!
SARAPAN PAGI DAN MAKAN TENGAHARI TURUT DISEDIAKAN

" Kerana Dirimu Begitu Berharga"
Hubungi Segera:
013 200 9426 (Azi) atau 017-353 3468(Yani)