Sunday, January 31, 2010

Kalimah Allah dan Syariat Allah? Bukankah kedua-duanya sama-sama penting?


allah









1. Banyak pihak begitu marah dan tidak berpuashati dengan keputusan mahkamah tinggi baru - baru ini yang membenarkan sebuah akhbar [ Herald ] menggunakan nama Allah dalam penerbitan mereka .

2. Pendirian saya sendiri jelas dan tidak pernah berubah sehingga saat ini , bahawa kalimah Allah swt adalah Lafzul Jalaalah yang merujuk kepada keesaan Allah swt. Firman Allah swt :

قل هو الله أحد الله الصمد لم يلد و لم يولد و لم يكن له كفوا أحد

Katakanlah [ Wahai Muhammad ] Dialah Allah Tuhan Yang Maha Esa . Allah tempat bergantung dan meminta segala sesuatu . [ Allah ] tidak beranak dan tidak pula diperanakkan dan tidak ada sesuatu pun yang setara denganNya .

Surah al Ikhlas : 1-4

3. Sesiapa pun [ muslim atau non muslim ] yang mahu menggunakan kalimah Allah mestilah menggunakannya dengan betul iaitu Allah adalah Tuhan Yang Maha Esa dan tiada sekutu baginya . Haram dan kufur jika kita membenarkan perbuatan , tindakan atau kenyataan yang menduakan [ mensyirikkan ] Allah swt . Seperti membenarkan perkataan orang yang berkata : " Allah itu ada anak " dan seumpamanya . Kerana perkataan itu salah dan bertentangan dengan keEsaan Allah swt. walau siapa [ non muslim atau muslim ] yang berkata demikian .

4. Allah swt sendiri murka terhadap mereka yang menggunakan kalimah Allah secara salah [ dengan berkata Allah mempunyai anak ] , maka bagaimana mungkin kita boleh bersetuju dan redha jika ada yang menggunakan kalimah Allah secara salah seperti mensyirikkan Allah swt [ menganggap Allah ada anak dan isteri atau menduakan Allah dengan tuhan yang lain ] Firman Allah swt :

و قالوا اتخذ الرحمن ولدا لقد جئتم شيئا إدا تكاد السموات يتفطرن منه و تنشق الأرض و تخر الجبال هدا أن دعوا للرحمن ولد

dan mereka berkata Allah Tuhan Yang Maha Pengasih mempunyai anak . Sungguh kamu telah membawa sesuatu yang sangat mungkar . Hampir saja langit pecah dan bumi terbelah dan gunung ganang runtuh kerana kenyataan [ ucapan ] itu . Kerana mereka menganggap Allah Tuhan Yang Maha Pengasih mempunyai anak .

Surah Maryam : 88 - 91

أئنكم لتشهدون أن مع الله ءالهة أخرى قل لا أشهد قل إنما هو اله واحد وإنني برئ مما تشركون

Dapatkah [ bolehkah ] kamu benar - benar bersaksi bahawa ada tuhan - tuhan lain selain Allah ? Katakanlah : Aku tidak dapat bersaksi . Katakanlah : Sesungguhnya Dialah [ Allah ] Tuhan Yang Maha Esa dan aku berlepas diri [ tidak boleh sokong/terima ] terhadap apa yang kamu sekutukan dengan Allah swt .

Surah Al An'am : 19

5. Manakala pengguna kalimah Allah swt secara benar dan tepat sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah swt itu sendiri yang telah mengisytiharkan zatNya tiada sekutu dan bandingan [ seperti yang termaktub di dalam surah al ikhlas ] , maka ia adalah pengguna yang bijak dan benar , malah dibenarkan sekalipun ia seorang non muslim . Inilah yang Allah swt sebut di dalam al Quran :

ولئن سألتهم من خلق السموات و الأرض و سخر الشمس و القمر ليقولن الله فأنى يؤفكون

dan jika engkau bertanya kepada mereka : " siapakah yang menjadikan langit dan bumi serta menundukkan matahari dan bulan ?" nescaya mereka menjawab Allah ! maka , kenapa mereka masih boleh berpaling dari kebenaran .

Surah al Ankabut : 61

Sekitar pemafahaman dari ayat ini :

a ] Ayat ini secara jelas menunjukkan bagaimana Allah menegaskan bahawa sebahagian non muslim terutama ahli kitab mengakui bahawa Allah swt. adalah pencipta langit dan bumi [ begitulah jawapan jika ditanya kepada mereka .]

b ] Ayat ini juga bukanlah dalil mutlak untuk membenarkan golongan non muslim menggunakan kalimah Allah swt sewenang - wenangnya apatah lagi jika diguna secara salah . Sebaliknya ayat ini adalah penegasan Allah swt bahawa mereka mengakui Allah swt sebagai pencipta .

c ] Ia juga bukan dialog antara kuffar dengan Nabi saw. tetapi ia adalah ayat Allah untuk menjelaskan hakikat sanubari mereka , bahawa mereka tidak boleh menyembunyikan fakta ketuhanan Allah sebagai pencipta dan pemberi rezeki . Sebab itu ayat ini bermula dengan : [ Jika sekiranya kamu bertanya kepada mereka ..... ertinya ayat ini bersifat jika atau andainya .... ia bukan dialog sebenar ]

d ] Persoalan isu aqidah dalam ayat ini terhenti di atas perkataan terakhir dari ayat ini : " maka ... kenapalah mereka masih boleh berpaling dari kebenaran ? " ertinya : walau hati kecil mereka mengakui bahawa Allah swt adalah pencipta langit dan bumi , maka kenapa mereka masih berpaling dari kebenaran itu ? kenapa mereka masih mensyirikkan Allah swt ? kenapa mereka mengambil tuhan - tuhan yang lain selain daripada Allah swt ? kenapa mereka tidak menerima wahyu Allah swt yang melantik Muhammad saw sebagai rasul akhir zaman ? kenapa mereka berpaling dari kebenaran ? kenapa ?

e ] persoalan yang dicetus pada akhir ayat 61 surah al Ankabut ini jelas menunjukkan Allah swt membenarkan jika mereka mahu berkata [ menggunakan kalimah ] Allah sebagai tuhan yang mencipta langit dan bumi , tetapi jika mereka mahu mensyirikkan Allah swt atau mengambil tuhan yang lain selain Allah swt , maka ia dimurkai oleh Allah swt .

6. Tidak hanya menggunakan kalimah Allah swt secara salah [ seperti menduakan Allah swt ] sahaja yang mesti ditolak , tetapi juga termasuklah perbuatan mempersenda dan mengabaikan perlaksanaan syariat Allah swt. juga mesti ditentang dan ditolak .

7. Isu kalimah Allah ini baru timbul sehari dua dalam negara kita , tetapi pengabaian terhadap perlaksanaan syariat Allah swt telah berlaku sejak dulu . Hairannya , tiada pula orang nak marah . Malah mahkamah tinggi Malaysia pernah mengisytiharkan Malaysia bukan Negara Islam , tiada pula berlaku kebangkitan di kalangan ummat Islam untuk membantah keputusan tersebut . Kecuali sebahagian kecil ummat Islam yang konsisten berjuang untuk mendaulatkan syariat Allah swt . termasuk PAS .

8. Terlalu banyak aktiviti dalam negara kita yang bertentangan dengan syariat Allah . Mengalungkan bunga ke tugu kebangsaan sebagai contoh , telah jelas ada fatwa dari majlis fatwa kebangsaan , tetapi kerajaan masih mengamalkannya saban tahun . Tiada pula amukan dari PERKASA untuk membantah amalan itu . Sedang itu secara terang terangan menghina majlis fatwa dan menghina agama Allah . Apakah kerana ia dilakukan oleh orang yang mengaku muslim maka ia tidak diambil endah ?

9. Al Amru bil makruf dan an Nahyu anil Mungkar sebagai asas sebuah pemerintahan Islam tidak diamalkan dengan penuh tanggungjawab dalam negara kita . Terkadang seperti sengaja mereka mahu memperkecilkan ajaran Islam . Mereka buat tempat maksiat seperti kelab - kelab malam yang bercambah lalu mereka melantik pencegah maksiat supaya membuat operasi sesekali dihujung hujung bulan .

10. Bukankah ini satu persendaan ? mereka buat masjid mereka juga buat kelab malam . Mereka buat musabaqah al Quran mereka buat juga pertandingan ratu cantik . Mereka buat universiti Islam , mereka juga buat akademi fantasia . Mereka memberi sumbangan kepada fakir miskin , mereka juga melakukan rasuah dan membolot harta kekayaan negara. Mereka bukan buat amar makruf Nahi Mungkar tetapi Amar Makruf Amar Mungkar. Ini satu persendaan kepada syariat Allah swt . Ini juga mesti ditentang dan ditolak


Petikan dari Blog Ustaz Nasrudin Tantawi

Seindah Bidadari Syurga..

Aduhai bidadari syurga…

Mendengar lagu dan membaca hikayat kalian
membuatkan aku tertanya-tanya.
Mampukah aku menjadi seperti kalian?
Layakkah aku berdiri di sisi kalian?
Sedangkan perjuangan ku tak tersaing dengan kalian
dan kehambaan ku tak sehebat pengabdian kalian…..
Riwayat bidadari syurga,
menambat hatiku pada Yang Esa…
Al-Khansaa` berpuisi pada putera-puteranya :
“Wahai putera-puteraku,
Jika kamu bangun esok pagi
Keluarlah memerangi musuh-musuh Allah
Dan kerana Nya, kamu akan mendapat kemenangan.”
Begitulah Al-Khansaa`
Tidak diratapi putera-puteranya yang gugur
Tidak disesali putera-puteranya yang syahid…
Iman dan taqwa ini
Begitu menusuk jiwanya
Hingga pujukan ayahnya
Gagal melenturkan hatinya
Ayahnya Musyriq
Suaminya Nasrani
Wahai Ramlah,
Kesabaranmu diganjar i Allah
Ayahmu menjadi muslim
Dan suamimu Rasulullah S.A.W..

Tanpa gentar engkau berjuang
Penuh megah kau julangi panji-panji Islam
Wahai Nasibah
Engkau adalah lambang
Kegagahan seorang wanita…
Yang bijak, yang anggun
Yang tegas, yang lembut
Dirimu pelengkap sifat wanita
Kesetiaanmu pada Uthman tiada tandingan
Wahai Nai`lah Al-Farafishah
Engkaulah hiasan sebaik permata….
Pengorbanan Saudah yang tak ternilai harganya…
Mengutamakan yang lebih utama di hati Baginda
Walau dirimu berendam air mata…
Wahai Rasulullah, biarkan aku terus menjadi isterimu
Kerana kedudukan itu
Lebih mulia dari seorang janda”…
Mulianya hatimu wahai Suadah binti Zam` ah….
Hafsah bin Umar…
Dalam kelemahan sebagai manusia
Masih ada ruang memohon ampun Nya
Kau satukan helaian wahyu
Kalimah yang agung
Menjadi lembar pedoman turun temurun
Rumaisa
Kau sedar setiap anugerah itu adalah pinjaman
Penuh redha engkau terima
Setiap kau miliki bukanlah milikmu yang hakiki
Tiba masa harus kembali pada yang haq
Walaupun yang dikembalikan itu
Adalah anakmu sendiri….

Pelbagai iktibar dapat kita teladani melalui kisah-kisah mereka.Kisah Hawa, Siti Khadijah r.a, Aisyah r.a, Pesona Zulaikha, Balqis, Ainul Mardhiah, Zubaidah Binti Jaafar, Halimah As-Sa`adiah, Yukabid, Fatimah Az-Zahra, Hindun, Asiah, Nasibah, Asma` Bt Abu Bakar, Zainab Bt Ali, Rabiatul Adawiyah, Zinnirah, Masyitah dan nama-nama serikandi Islam yang lain. Pelbagai buku yang menceritakan kisah serikandi-serikandi Islam terdapat di pasaran.
Dan, sama-samalah kita menghayati dan menyusuri liku-liku kehidupan dan pengorbanan serikandi-serikandi Islam yang sanggup berjuang dan berkorban mempertahankan keimanan mereka terhadap Allah S.W.T sehingga sanggup mempertaruhkan nyawa mereka sendiri. Itu semua dilakukan demi meninggikan syiar Islam di muka bumi ini dan mengagungkan agama Allah.

Walaupun kita mungkin tidak mampu meletakkan nama kita sebaris dengan para serikandi ini tetapi marilah kita berusaha untuk memperbaiki diri dan meningkatkan keimanan kita supaya kita dapat bersama-sama mereka di syurga nanti.Insyaallah. Al Fatihah untuk para serikandi ini.Semoga roh mereka sentiasa dicucuri rahmat dan redha Allah S.W.T.


P/S: indahnya baik-bait dalam sajak ini..ana dengarnya sewaktu menghadiri Konvensyen Nisa' Wilayah baru-baru ini pada suatu forum bertajuk 'Bidadari Cemburu Padamu'..walaupun agak tidak kedengaran suara beberapa orang panel, namun tetap cuba untuk ku memahami isi forum tersebut..Kerna ku juga ingin menjadikan diriku dicemburui bidadari di syurga..layakkah aku ya Allah? izinkan diriku ya Allah..untuk terus kuat dan kuat dalam menempuh cabaran hidup ini..tidak terus mengeluh dan bermuram durja tatkala ditimpa ujian dan musibah dariMu..izinkan aku untuk menjadi Muslim yang hebat..bukan sahaja di mata dunia malah paling utama di pandangan penghuni langit ya Rabbi..Engkau mengerti kemampuan diriku dan izinkan aku untuk berjuang sekuat kudratku ini..dan setiap usahaku ini hanya untukMu ya Allah..lorongkan aku pada jalanMu yang lurus..jangan Kau pesongkan aku walau sedikitpun dalam perjuangan yang berliku ini..Ameen












Friday, January 29, 2010

Lama sudah tak menulis...

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum wbt sbg mukaddimah tulisanku hari ini..rasanya lama sudah diri ini tidak menulis sebarang kata di blog persinggahan ini..maafkan diriku wahai diri n sahabat2, maaf..mungkin kerana terlalu sibukkan urusan dunia sehingga terlupa tanggungjawab sebagai daie ilallah walaupun hanya sekadar berkongsi ilmu n pengalaman yang sedikit dengan sahabat2..sebenarnya, blogku ini bukan hanya untuk berkongsi dengan sahabat2 yang semakin lama semakin jauh di pandangan mataku, tetapi juga buat tatapan diriku setiap kali alpa..

Argh, wahai diri, mengapa ni? mengapa perlu mengeluh? jangan terus begitu k..

ok, let's we start wif a very warm beginning..ape khabar antum semua termasuk diriku ini? kesihatan? fizikal, mental, emosi, rohani, jiwa? diri, iman n amal? adakah semuanya baik-baik sahaja? bagi diriku, mungkin ada jawapannya..namun, bagi kalian, ini sebagai mukadimah ringkas untuk muhasabah diri..mungkin agak ringkas, tetapi terkandung seribu satu makna..

lama sudah tidak berkongsi dengan sahabat2 tentang diriku sepanjang perjalanan kerjayaku sebagai 'tax assistant' di Deloitte..Semakin hari, hidupku semakin mencabar..semakin banyak tanggungjawab dan potfolio yang perlu ku jaga..dan sepanjang perjalanan itulah, pelbagai kisah suka, duka, riang, gebira, menangis terus memenuhi ruang hidupku..Permulaan tahun 2010 menggambarkan pelbagai situasi buat diriku..awalnya disambut kegembiraan pabila kawan seuniversiti, Hidayah (we used to be a close friend before n also now) mula bekerja di department n level yang sama denganku..di sebelah grup ku lagi..aku bersyukur sangat kerana kehadirannya seolah dapat mengubat jiwaku yang seringkali sedih dan kesepian kerana merasakan tiada kawan yang 'sekepala' untuk berkongsi suka n duka..we become a very close friend here, helping each other through communicator n share the same feelings together..Thank you Allah for 'borrowing' her here to accompany me..Namun, aku diuji kembali selepas hampir dua minggu berlalu dalam bulan Januari..kawan baikku di Deloitte, Nur Wahyu, who started working on the same day wif me previously decided to RESIGN from her current job at Deloitte..Ya Allah, seolah jantungku diregut dan 'separuh jiwaku pergi' selepas dia pergi..did u noe y? sbb dialah kawanku yang paling rapat sepanjang ku di sini..kami berkongsi rasa setiap masa especially during lunch hour..n now, she really made a right decision when she quit..she dunna wanna do sumthing dat she doesnt feel happy n has interest on..n now, she got an offer to be a freelance editor for magazine in Singapore..give more freedom n relax to her..able to work from home..n also can continue being a home tutor every day..congrats Wahyu cz u've d courage to do that.Allah permudahkan jalanmu di luar walaupun mungkin perjuanganu di Deloitte hanya sebentar cuma..Ku doakan moga dirimu success in everything u do in life..

But..me?myself? can i stay longer here? can i face all these for a longer time here? i do not enjoy my work very much here..dunno y..i like tax but the environment here???..ya Allah, mengapa perasaan ini datang kembali??? the stress here is not like what i face when i did internship in small audit firm before..i enjoyed my work eventhough during peak period..but now, i'm not like dat anymore..setiap kali ade filing in dat month, mesti jadi stress n cepat down..i still remember on the 2nd week of January..bile dah xtahan sangat dengan stress kerja, bile lunch hour je, time makan nangis, pastu g surau continue crying again..teruk sangat keadaanku pada ketika itu..habis lunch hour ingat nak naik, tp cannot..continue crying when calling my mum in the toilet..jadi down sangat..tp, alhamdulillah, January filing already end..Dia permudahkan urusan kerjaku..Namun, tetap aku tertanya2, benarkah ini jalan yang kuinginkan? aku xrasa diriku benar2 'ngam' dengan semua orang di sini..it's not like when i was in Tabung Haji previously..i enjoyed my work very much..Astaghfirullah, ya Alah, mengapa dengan diriku ini? mengapa sering mengeluh n menangisi perjalanan hidup ini? seolah ku tak redha dengan ketetapanMu ke atasku..maafkan diriku ya Allah..

Aku terasa 'keseorangan' di sini..tanpa sahabat2 yang benar2 memahami dan menasihati diriku, aku menjadi mudah lemah di sini..dan kini, kawanku, Hidayah juga merasai yang sama seperti diriku..malah lebih teruk dari diriku..setiap hari menangis cz xenjoy n menjiwai kerja yang dilakukan sekarang..dia cube untuk bertahan..so do i..but her boss keeps pushing her n expect too much from her..padahal, ntahla...baginya, this one month is nothing..dia rasa nak quit je dari kerja ni..dayah, when u say like dat, it affects me..=(..very sad n i hate this feeling..mungkin kerana 'environment' di sini kot..yang terlalu penuh dengan 'procedures' n 'organised', but we're not dat kind of person..yes, it is good to learn dat, but dunno..its like pushing ourselves..ya Allah, berikanku sedikit lagi kekuatan untuk bertahan..sekurang2nya setahun di sini..namun, andaikata bukan ini jalan hidupku, tunjukkan n permudahkan aku ke jalan hidup yang lebih baik n sesuai dengan diriku..jadikan aku melakukan setiap kerja ini seikhlas hati dan penuh rasa tanggungjawab n minat, bukan sekadar 'melepaskan batuk di tangga semata-mata'..bantulah hambaMu ini ya Allah..bantu diriku dan kawanku untuk terus bertahan..setakat mana yang kami mampu.namun, andaikata sudah xmampu, redhakan kepergian kami dari sini..

Ingatkan aku pada impianku selalu..'to be a very great Muslim n sentiasa mendapat redhaMu dalam setiap apa yang ku lakukan'.. Islam perlukan tenaga professional dan untuk membina daulah Islam yang berjaya, tenaga sepertiku amat diperlukan..ingatlah wahai diri..sumbanganmu ini amat berharga buat Islam dan perjuangan..tetapi, andai bukan ini yang terbaik, carilah cara lain untuk membantu Islam dan perjuangan..jangan terus lari darinya kerana kita memerlukannya..

'Ya Allah, apa-apa yang baik bagi diriku, maka Kau permudahkanlah n apa-apa yang tidak baik bagi diriku, maka Kau sukarkanlah dan Kau redhakanlah aku untuk menerimaNya'

'Ya Allah, aku benar-benar memerlukanMu di sisiku..untuk aku terus tabah n kuat mengahadpi ujian hidup ini..jangan Kau biarkan aku merasa kehilanganMu walau sesaat pun..bantulah hambaMu yang lemah ini ya Allah..kerana diri ini tidak mahu terus menjadi hamba yang lemah di saat musuh Islam terus berkuasa..izinkan aku untuk mempertahankan prinsip diriku sebagai seorang Muslimah di tengah2 suasana yang serba tidak memihak pada diriku ini..aku tahu hanya Engkau yang benar2 memahami diriku berbanding yang lain..bantu hambaMu ini ya Allah..untuk kuat seperti sahabat2 yang lain..Ameen'

Friday, January 8, 2010

A dialogue between Palestine, Egypt and Israel

Assalamualaikum buat semua..
I received this email last month from my 'akak' at Tabung Haji and actually it was from www.iluvislam.com..it is a very touching dialogue when i read it..seolah dapat merasakan penderitaan yang dialami oleh saudara kita di Palestin dan kekejaman yang dilakukan oleh Yahudi Israel laknatullah..moga kita mendapat ibrah dari dialog ni..bantu sedaya mungkin walau dengan apa cara sekalipun..jangan lihat pada orang lain, tetapi tudinglah jari pada diri kita terlebih dahulu..apa yang telah kita lakukan sebagai menunjukkan keprihatinan kita kepada isu Palestin ini..




Palestine : Why did you do this to us?

Egypt : Did what?

Palestine : Stop pretending. You know what I mean.

Egypt : No, I don’t!

Palestine : Fine, let me tell you silly, about the tunnel, why did you block the tunnel?

Egypt : Owh, about that. Sorry, I strongly think that’s my territory, so I have the right to do whatever I want. Furthermore, I just want to stop you from smuggling.

Palestine : Yes I know that’s your territory. But you knew how Israel blocked our supplies for foods, oils and all necessities from coming in, and if not because of the tunnel, we are already died in hunger. Now you want to block the tunnel. How could you do this to us? We are brothers! Please don’t forget that this world is not belong to us, its belong to Allah The Almighty! And He just lend it to us!

Egypt : errr… (feel guilty)...

Then come Israel.

Israel : What’s the problem here?

Palestine : Go away! It’s none of your business!

Israel : It’s my business because you are bullying my friend here! O my friend Egypt, tell me, what’s the problem?

Egypt : emm… (looked down then speak slowly)... Palestine is mad at me because I blocked the tunnel.

Israel : Owh about that. Then why did you afraid? You don’t have to be afraid, I’m here. I will protect you and will always protect you Egypt.

Egypt : (silence, felt ashamed)

Palestine : Egypt, please, we are Muslim, I know you are under pressure from Israel, and I know that you know who’s the real bully here. It’s not me, it’s Israel!

Israel : Hey watch your mouth Palestine, don’t try me!

Palestine : What?! What are you going to do Israel?! What else that could be more worse than what you had done to us on the ‘Nakba’! On 15 May 1948! Don’t you ever dare to forget that date Israel! You came to our land, you established the living of Jews, Zionist acted cruelly and dispelled more than 800 000 Palestinian from our very own country! Not enough with that, you destroyed 478 villages among 580!

Egypt’s face dropped down. He felt so ashamed, guilty, regretted. When Israel saw that, he panicked. His face became red as he was mad. Then immediately he punched Palestine face and Palestine fall to the ground.

Israel : See, I warned u!

Palestine : Why! That’s all that you can do! Do you really think by punching me at my face will make me scared! Not a chance Israel! Not a chance! Like I said Israel, you had done worse to us. Don’t you forget it Israel! And if you pretend to forget it, let me remind you Israel.

(Israel became more panicked. He didn’t know what else that might come from Palestine’s mouth, and he afraid it will affect his relation with Egypt. )

While Palestine got back to his feet and shed the blood on his lips from the punch by Israel, he continued.


Palestine : Do you remember 9 April 1948 Israel? The chaos that you had done at Deir Yassin. DO U REMEMBER?! You came to Deir Yassin with your army and without sympathy you started to burn the village! You burned down our house Israel! Not enough with that, while the house was burning, you waited outside of the house, and when people running out of the house to save themselves from the fire, you shot them at the head! At their head Israel! Without any sympathy! You shot women, old people and kids! The people that you shot without any sympathy. My parents, my children, my wife, my brothers, my sisters, they all were my family Israel!

(At this moment, tears started to run down on the cheek of Palestine, he could not bear it anymore, he felt so sad remembering what Zionist had done to Palestinian.)

Palestine : Why you did that Israel? Why you have to act so cruel Israel? Why you have to shoot the kids while they were trying to save themselves from the burning house? They were scared Israel. They just wanted to save themselves. But you killed them all. What have they (kids) done to you that made you shot them at their head? They did nothing wrong Israel. They were just children. Where’s your humanity Israel? (…Palestine sobbing...)

Egypt started to cry.

Israel panicked that suddenly he shout at Palestine.

Israel : Hey shut your mouth Palestine! That’s enough!

Without care of Israel, Palestine continue in sobbing.

Palestine : My brother Egypt, please, look me in my eyes and tell me that I was wrong. They (while pointing his finger at Israel) are an animal, worse than animal! Have you forget that hundreds of heavily-armed Jews massacred a little village near Baitul-Maqdis (Jerusalem) of 200 Arabs. They raped the women and children, then crushed their heads with rocks until the brain blew out.

(Egypt fall to his knees, he could not barely stand anymore, he felt so weak.)

Israel was surprised. He then hit Palestine face again. This time harder. Palestine fall to the ground. Without waiting, Israel then kick Palestine face, again and again. Israel acted like crazy man who was losing his mind. Palestine was groaning in pain.

Egypt : STOP IT ISRAEL! Please stop! (crying and pleading Israel to stop, he could not bear looking Palestine was hit like that)

But Israel will never stop. He hated Palestine so much. He keep on kicking Palestine. Egypt then felt something wrong when he saw Israel picked up a big stone near him.

Egypt : NO, NO ISRAEL,,,PLEASE DON’T… PLEASE,,,NOO,,!!!

It was too late, Israel hit Palestine face as hard as he could with the stone. Blood burst out all over his face. Israel then became panicked and fled from the scene.

..........(Silence for a moment)..........

Egypt was surprised by the scene that he just saw. Egypt then immediately run to Palestine and hold Palestine head. His face was covered with blood. He was still breathing, but so weak. Palestine was dying.

Egypt (while crying) : Palestine, wake up Palestine, please my dear brother, wake up, please don’t die. Don’t leave me.

With few strength left, Palestine softly spoke to Egypt’s ear...

" Don’t cry my brother. Don’t cry, be strong. Israel can kill me, but he will never kill my spirit. He can kill my whole country, but he can never kill the passion of Muslim around the world. By God wills, Islam will rise someday. But before that, we need to unite my brother. You, me and all our brothers of Islam around the world should unite as one. We should stop fighting among us. We should stop depending on Israel and America. We Muslim, should embrace as one, and love each other as a family for the sake of our beloved religion, Islam. And when that time come, Islam will rise as high as ever. Trust in ourselves that we can and we will win. Remember, Allah will always be on our side. We can bring the change to the world. Islam will rule the world someday. InsyaAllah. "

Egypt : I will my brother, InsyaAllah, I will remember all your words.





From the writer --> I made this dialogue based on the problem that Palestinians are facing today. Egypt is pressured by Israel to block the tunnel where the Palestinian at Gaza really depends on that tunnel to smuggle goods such as food, cloths, weapons, and etc in order to continue their daily life. Hamas is the only Palestinian group that is still fighting to get back their country, as Fatah is not really functional. Hope this dialogue can open our eyes, and our HEART. Finally, let ask ourselves, how can we have any pleasure in anything that happens when we have brothers and sisters at Palestine living as they are?

Mari manfaatkan cuti hujung minggu ni..



Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah tercapai juga niatku untuk post sesuatu di blog setelah lama menyepi..
Sahabat-sahabat dan akhawat yang dikasihi sekalian,
Ana mengalu-alukan kalian semua untuk sama-sama menyertai konvensyen nisa wilayah sebagai pembuka tirai pengisian rohani kita di tahun baru ini..Ana sertakan detail program untuk makluman semua..Moga ada manfaat yang kita perolehi dengan menghadirkan diri ke majlis ilmu ini..mantapkan ukhwah, jalinkan ikatan (networking) dan paling penting, keberkatan ilmu dan keredhaan Allah yang kita cari darinya..sama-sama ikhlaskan diri, lillahi taala..moga hujung minggu ini terisi dengan aktiviti yang mendekatkan diri kepadaNya..sahabat-sahabat yang tidak dapat hadir, ana tahu kalian juga pasti sibuk dengan perancangan yang jauh lebih mantap..ape-apepun, sama-sama kita mengharapkan redhaNya dalam apa jua yang kita lakukan.. ilahi anta maqsudi, wa ridhoka mathlubi..

KONVENSYEN NISA` WILAYAH
TARIKH : 10 JANUARI 2010 / 24 MUHARAM 1431 HIJRAH (AHAD)
TEMPAT : DEWAN SRI ALAM, ANJUNG RAHMAT, GOMBAK
MASA : 8.30 PAGI - 1.00 TENGAHARI

ANTARA YANG MENARIK :
1)Talkshow Nisa`, bertajuk : "Bidadari Cemburu Padamu..."
2)Persembahan Nasyid dan Deklamasi Sajak "Seindah Bidadari Syurga"
3)Pembahagian Kad Keahlian Nisa`
4)Cabutan Bertuah
5)Cenderahati kepada semua yang hadir

Tempat adalah terhad untuk 200 orang peserta!!
MASUK ADALAH PERCUMA!!
SARAPAN PAGI DAN MAKAN TENGAHARI TURUT DISEDIAKAN

" Kerana Dirimu Begitu Berharga"
Hubungi Segera:
013 200 9426 (Azi) atau 017-353 3468(Yani)

Friday, December 25, 2009

SPIES Belia Modul 2..

Salam rindu buat semua sahabat seMuslim..ape khabar diri, iman dan amal kalian? harap semuanya sentiasa mantap dan terjaga, insyaAllah..Alhamdulillah, dengan izinNya, hari ini dapat kulaksanakan juga niatku untuk berkongsi our sweet, interesting, and useful moments during SPIES Belia Modul 2 di Hotel Goldcourse, Klang pada hujung minggu lalu, 19 dan 20 Disember 2009..Dengan izinNya dan di atas perancanganNya juga, aku dan sahabat-sahabat TH dapat sama-sama mengikuti program penuh penghayatan ini..Actually, program ini sepatutnya diadakan di Excel Training Resort, Branang, tempat konsultan training under Dr Fadzilah Kamsah, yang lebih adventure and more to outdoor activities..Tapi, kita merancang dan Allah juga merancang dan Allah lah sebaik-baik perancang kan!..tempat tu fully booked and becz of that jugalah kami di sini, Goldcourse Hotel, Klang..walaupun kami xnafikan sangat jauh berbeza dari yang kami harapkan sebelum ni dan juga berbanding di Bluewave Hotel..tapi, ape yang penting ialah pengisian sepanjang program dan ukhwah sesama sahabat yang berjaya dicapai sepanjang program ini berlangsung..Thanx for Dream Team, you're marvelleous and gorgeous!!

19.12.2009-HARI PERTAMA PROGRAM

1) ICE BREAKING

Seawal pagi lagi kami telah bertolak ke sana.Memandangkan bas dari UIA perlu bertolak seawal 7.30 pagi, so, kami decide untuk ke sana by ktm je..seronok gile, first time naik ktm for a very a long journey, aku xtido..gara-gara sibuk berkongsi macam-macam cerita kehidupan diri dan sahabat-sahabat..bak kate my mum, 'Mami Jarum' la katekan..huhu..Alhamdulillah, kami sampai juga di hotel dalam pukul 9 lebih walaupun agak terlewat dari sahabat-sahabat lain yang sudah sampai terlebih dahulu..we started the program quite late sbb kne tunggu sahabat-sahabat dari Dun Balakong sampai..papepn, we started the program with AL-FATIHAH and for every single thing we do, Kak Mas taught us to read al-Fatihah first..firstly, sbb kak Yder xde, her uncle br je kembali ke Rahmatullah, so kami sedekahkan kepada arwah pakciknya and also sebagai muqaddimah program..After dat, followed by ICE BREAKING..dan ice breaking kali ni berbentuk sunnah or hobi Nabi kita, dat is..Berenang, memanah dan berkuda..and again, i'm still at my previous group of 'taekwando' for a new ice breaking group of 'berenang'..every grup nye aksi sangat menarik..our group led by Romzi, d most cheerful and happening fasi in dat program..(nak tunjuk payah lak kan, huhu)..seronok sangat..hilang stress kerja seminggu..huhu..and then, we have been entertained with 'IKLAN SYAITAN' which is about to start every single thing we do with Bismillah..otherwise, syaitan will follow us..there is one lesson we get from dat ads..Syaitan warned us with this..'so long if u forget Allah, I will not forget u- selagi kamu lupekan Allah, aku tidak akan lupekanmu'..

2) TOTAL RECALL

Next, we continue with total recall, means just to recall what have been learned during the first module sbb peserta kali ni ada jugak yang baru first time join wpun actually xbole join, only those yang dh g modul 1 je bole join, br terase kesinambungan program tu..so, quite bored pn ada, huhu, jahat kan..tapi, bagus jugak..sebagai peringatan diri yang sering alpa..Antara Total recall yang sempat ku imbas ialah:

a) Perubahan hati, minda dan sikap - itu matlamat program SPIES Belia ni..ada 3 jenis hati; 1) hati bersih-ibarat air kosong dalam cawan, if wat dosa kecik pn bole nampak kesannya..2) hati sakit-ibarat air teh o, dosa kecik wat nampak tapi samar-samar, tapi kalau wat dosa besar, confirm nampak(so far, we think dat we are still at this stage) and 3) hati mati-ibarat air kopi, wat dosa besar pin dah xnampak..means dah lali dengan dosa besar yang dilakukan sampai rasa malu pn dh xd dalam diri..so, ada ibrah dari total recall ni, di mana kak Mas ajak kami melakukan perubahan ke arah hati bersih, hati yang suci as well ke arah positive mind; zero mind and parachute mind..

b) Konsep Orang lempar batu, kita bagi bunga - Ini pun best jugak di mana Kak Mas ajak kami untuk sentiasa berkata Alhamdulillah setiap kali diuji atau diberi nikmat..means dat bile susah or senang, dua-dua kne panjatkan kesyukuran kepadaNya..teringat aku sewaktu pulang dari program..sampai je kat ktm, br ku sedar yang kad 'touch n go' ku tercicir..ntah di mana hilangnye..mungkin di hotel kot..puas ku telefon receptionist dan fasi yang masih ada di hotel n jawapannye negatif..wktu tu rasa down sangat..n time tu jugak la teringat lesson ni..so, slow2 i try to accept d fate dat happened to me..lgpn, itu baru ujian dunia, belum ujian akhirat..bukan boleh mati pn xd kad tu..beli la baru n keep on going..habis cte..nak sayang duit, duit xbawak ke kubur kan..so, Alhamdulillah, thank you Allah =).. teringat jugak kata-kata sahabat suatu ketika dlu yang masih ku pegang sampai sekarang..Ingat 2 perkara dan lupa 2 perkara - ingat kebaikan orang pada kita dan keburukan kita pada orang, lupe kebaikan kita pada orang dan keburukan orang pada kita..insyaAllah pasti hidupmu akan tenang sentiasa..

c) Kisah katak kecil - pekakkan telinga kepada perkara negatif if nak berjaya dalam kehidupan..ye betul semua tu..even pada suara hati kita yang negatif..if u want to achieve your dream, just go for it.. do not let anyone else influence u..but make sure dat u ask for Allah's guidance n permission..sebab mungkin apa yang kita inginkan tidak seperti apa yang telah Allah tetapkan pada diri kita..dats y we have to learn to be positive with everything dat happen in our life.

d) BIG PICTURE - Akhirat di depan mata, dunia di bawah dagu, dat is d main lesson!!


3) ALUMNI SPIES BELIA

Sememangnya tujuan asal program ni adalah untuk mewujudkan insan bermagnet dalam diri setiap peserta..dan sebab tu diorg think of wujudkan this alumni..harap segalanya berjalan lancar..moga lebih ramai para daie yang berjaya dilahirkan walaupun asalnya mereka hanyalah orang biasa-biasa yang bersikap secara luar biasa dan mampu memberi pengaruh baik pada orang lain.. ape2pun, back to basic- kembali pada ajaran agama, letak diri kita di tempat yang betul and we have to prepare diri kita untuk menghadapi hari akhirat..itulah RM pahala yang sepatutnya kita harap2kan..always think others - as 'what u give, u get back' and 'what goes around, comes around'..ape je yg kite wat kat orang, it all will comes back to you..so, watch out of every single thing you do in life!!

4) GAME SHOW

Part ni yang paling best..huhu..game show..happy2 gak, tapi dalam setiap game tetap diselit pengajaran yang bernilai untuk kita amalkan..

i) BOOM WAA
-there is 2 part in this game-first, when fasi or d person in front say 'boom', d audience will say 'waa' which is based on the way the fasi said..ikut rentak dia.2nd, when fasi say 'boom', d audience just wat dunno je (aka wat bodoh je kat fasi tu)..so, d lesson here is more to leadership..as a leader, if we want our followers or others to follow or listen to what we do/say, we have to do first and give the 'fullest confidence' in yourself when acting as a leader..barulah orang lain akan bersemangat and follow u dengan cara yang terbaik as what d way we perform..mcm sebelum ni, 'what u give, u get back'.. but bile xd semangat berpasukan or d spirit to work together in group, xjadi jugak..so, dalam hal ni..2 perkara kena ada..leader kne 'all out' and kerjasama berpasukan juga kena ada..br boleh hasilkan a very great cooperation.

ii) MY 2 CENTS
-game ni macam game 'watch my numbers' dalam modul 1 dlu..everyoine will receive a cent, xkisah bape, ade yg 1 sen, 2 sen, 20 sen etc..when fasi announce one number, say RM1.23, so we have to find our fren to make up dat figures..its very hard to gather in group for that figures..tapi, bile fasi mintak let say RM2.50, senang je nak gather..d lesson here is..benda yang kurang bernilai, mcm 1 sen, walaupun kite mcm kurg appreciate it in our life, satu hr nanti, benda tu tetap jadi suatu yang amat kita perlukan dala hidup..sebab kita asyik disajikan dengan kesenangan je sampai lupe dgn perkara2 kecil yang sebenarnya ada nilainya dalam hidup kita tanpa kita sedari..

iii) HOBIKU NAMAKU..
-game ni pn best..our group, 'sempoi' memang best..kitorang kne sebut hobi n nama kitorang 3 kali dengan aksi sekali, then, for d next person, dia kne ulang ape org sebelum dia nye hobi n nama n continue with her lak..Best sangat sbb everyone punya hobi dengan aksi yang menarik-climbing, menyanyi, membaca, ping pong, berenang, memancing, tidur, menabung, menulis, masak, makan, chatting, termenung dan menonton..n bile fasi suh our grup to perform, sume org senyap n tengok kitorang nye group..ceh, perasan..huhu..dalam game ni, mmg terase la menjadi orang bermagnet and ukhwah yang mantap pada diri setiap ahli kumpulan..walaupun bermula dengan kami yang xkenal langsung antara satu sama lain, skang, kami kenal sedikit tentang sahabat yang baru kami kenali di program ni..thank you Dream Team and thank you Allah =)

iV) game 007
-game ni perlukan fokus, kepantasan dan ketangkasan yang tinggi dalam diri setiap peserta..memang best, thanks to fasi Nadi yang introduce this game to us..the 3 main lessons here are; 1st, kne tegas dengan diri kita bile berhadapan dengan orang, 2nd, kne fokus dengan apa yang kita sedang wat n jangan asyik nak tengok pada kesalahan orang lain dan 3rd, kne ada niat yang suci..d 3rd lesson yang paling menarik perhatianku sebab, dalam satu2 game or challenge in our life, kite mesti berhadapan dengan pesaing kita dan adakala niat xbaik untuk dia disingkirkan tu pasti ada agar kita dapat ke hadapan dengan lebih maju..kerana niat tak baik camtula yang bole wat kita gagal..so, bersihkan hati kembali ok!!chaiyok=)

5) VIDEO KLIP

-Malam tu memang rileks gile la..aktiviti santai je..tengok video tapi sume video yang ditayangkan sangat menarik dan penuh penghayatan..Antaranya,
i) THE GAME OF SURVIVAL - videoklip ni cte psl kisah anak beruang yang dikejar oleh seekor singa dan bermati2an survive himself from being caught by dat lion..dan akhirnya naluri seorang ibu yang tahu bahawa anaknya di dalam kesusahan telah menyelamatkannya dari bahaya singa tu..memang kaget gile la tengok anak beruang tu lari nak selamatkan diri..dan ini mengajar kita bahawa 'TIADA ISTILAH MENYERAH KALAH DALAM HIDUP INI' dan sebenarnya, orang yang bangun dari kegagalan itulah orang yang lebih baik dari orang yang tidak pernah gagal langsung dalam hidupnya.

ii) NIAGARA FALLS - ni videoklip tentang kisah orang putus asa dalam hidup n nak bunuh diri kat situ..macam dalam modul 1, dia tunjuk kisah orang bunuh diri kat satu jambatan di San Francisco..moga2 antara kita xd la yang memilih to end yourself like dat sbb kite ada Allah dalam hidup kita dan Islam jalan hidup kita..so, setiap kali down, back to Him..bukan shj setiap kali down, setiap kali kita suka atau duka, kembalikan suka duka tu padaNya, mengadu padaNya..kerana Dia pencipta kita dan pasti Dia yang lebih mengerti akan perasaan kita pada saat itu..

iii) WAS-WAS AL-KHANNAS - kisah ni juga menarik..iaitu bagaimana boleh wujud sifat was-was al-khannas dalam diri setiap manusia..sebenarnya, ia berasal dari Kisah Nabi Adam dan Siti Hawa dengan seorang perempuan tuan dan anaknya..actually, perempuan tua dan anaknya tu ialah iblis dan anaknya..yang datang nak menguji Nabi Adam dan Siti Hawa..Adam xbagi Hawa benarkan sesape masuk rumah diorg bile dia xde..tapi, bile dat old lady and her son datang, Hawa kesian and bagi dia masuk..bile Adam balik, dia marah and terus halau..d next day, dat lady datang lagi, Hawa xbagi tapi perempuan tu nak jugak, dia dengan kasarnya masukkan gak anak dia (aka anak iblis) dalam rumah Hawa..(btw, panjang lagi tp xingat)..Adam balik, n tengok anak iblis tu ada dalam rumah, dia bengang..dia terus bunuh, masak n makan dia..n sebab tu la penyakit was-was al-khannas terus kekal ada dalam diri kita anak-anak Adam..


20.12.2009- HARI KEDUA

Pagi tu after kuliah subuh, ada senaman sket kat dewan sebelah..konon2 nak main game ape ntah tapi best gak la..kitorang main game boom waa tapi, in a larger group..pandaila romzi lead dat game..mmg happening..then, after breakfast, kitorang start d program with these..

1) MENGINGATI MATI
Kak Mas ingatkan kitorang, perjalanan hidup kita ni sebenarnya dekat ke SYURGA or NERAKA?? what have we done in our life till dis moment..teringat ku pada kata-kata Imam Al-Ghazali tentang Hati..yang mana antara salah satu tempat untuk kita 'cari hati' kita ialah dengan mengingati mati..andai masih bergetar hati kita tatkala mengingatinya, means hati n iman kita masih 'ok' and need to polish je..tapi, if kite 'jumpe hati' kite bile mengingati mati or the other 2 (membaca al-quran dan menunaikan solat), so ask Allah for a new heart cz, time tu kite sebenarnya dh tak mempunyai hati..

2) SMALL KINDNESS
Yang ni pun kami dah diingatkan sewaktu modul 1 dahulu..benda paling senang nak wat, mudahkan kerja orang lain..contohnya, time makan, lepas makan, kite kemas pinggan makan sendiri n basuh pinggan kita sendiri..even kalau kita makan kat luar pn, kite kne tolong susun pinggan makan kite elok2 spy dapat mudahkan kerja makcik or kakak or brother yang nak kemas meja kite nanti..banyak lagi contoh yang boleh dibuat..teringat pada seniorku, kak zaf..antara small kindness yang kita boleh wat dengan sahabat2 ialah tolong siapkan assignment, tolong basuh n lipat baju dia dsb..kita tau kita xmampu nak lakukan seperti yang sahabat2 kita lakukan, so, kita lakukan mana yang termampu..mudahkan sahabat dalam perjuangan..kite kne ingat..walaupun kecil peranan kita, tetap berperanan..teringat jugak pada kata-kata kak Bie, macam cermin sisi or cermin pandang belakang pada kereta..walaupun fungsinya kecil, tapi ia tetap membantu kita dalam perjalanan..macam tulah kita andai kita rasa kita xmampu nak melakukan yang hebat-hebat seperti sahabat-sahabat kita yang lain..

3) kisah SUSU DAN IBU YANG SAKIT
Kisah ni actually back to the lesson of 'what u give, u get back'..kite tolong orang suatu masa dahulu, suatu masa nanti, bile kite susah, Allah will 'pay' you back the help dat u give before..tapi, kne ingat..NIAT KNE IKHLAS DAN SUCI bile nak tolong orang..bukan nak harapkan balasan balik..

Alhamdulillah, sampai situ je kot yang nak sharing ngan korang..sebenarnya banyak lagi..even ada satu videoklip yang sangat best yang kukongsikan bersama sahabat-sahabat..Open your eyes by Maher Zain..sangat menyentuh hati diriku dan sahabat-sahabat..cerita tentang dirinya yang baru nak kenal Islam dan mengharapkan satu 'push' from Allah to convince him yang Islam is the best choice in life..dan aku sangat meminati videoklip dan senikata lagu ni..sangat menyedarkan diri ini yang kita ni seolah dah lupa dengan kurniaan Allah pada kita..and we have to 'open our eyes' again to see all the signs dat Allah have given us in front of us..

OPEN YOUR EYES by Maher Zain
look around yourselves
cant you see this wonder
spreaded in front of you
the clouds floating by
the skies are clear and blue
planets in the orbits
the moon and the sun
such perfect harmony
let's start question in ourselves
isnt this proof enough for us
or are we so blind
to push it all aside
no

[chorus]
we just have to
open our eyes, our hearts, and minds
if we just look bright to see the signs
we cant keep hiding from the truth
let it take us by suprise
take us in the best way
[allah]
guide us every single day
[allah]
keep us close to you
until the end of time

look inside yourselves
such a perfect order
hiding in yourselves
running i your veins
what about anger love and pain
and all the thing you are feeling
can you touch them with your hand
so are they really there
lets start question in ourselves
isnt this proof enough for us
or are we so blind
to push it all aside
no

[chorus]

when a baby's born
so helpless and weak
and you are watching him growing
so why deny
whats in front of your eyes
the biggest miracle of life

[chorus]

you created everything
we belong to you
Ya Rabb we raised our hand
Forever we thank you






That's all from me, thanks again to Dream Team for this program..boleh kukatakan bahawa program ini berjaya mendidik kami menjadi yang lebih baik dari sebelumnya..kami berharap agar kami dapat mempraktikkan apa yang telah kami pelajari sepanjang di sini dalam setiap kehidupan kami, insyaAllah..Allah, please guide us and show us the right path in life, Ameen..akhir kalam, let us say together everyday these affirmation:

'Thank you Allah for the gift of my life today..Today is the best day in my life..Alhamdulillah, Allahuakbar'

"Allah, i'm so happy and grateful for the abundance that is coming to me everyday..Alhamdulillah, Allahuakbar'

Tuesday, December 15, 2009

Saya dah berhenti couple tapi...

cinta kita, atas apa kita membinanya?

Ada orang yang dah berhenti bercouple. Saya, secara peribadi mengucapkan tahniah. Bukan mudah hendak mengikut arahan Allah SWT dengan mengenepikan kehendak nafsu diri. Saya, amat respect dengan orang yang berjaya ini.

Saya ketahui, masa-masa indah semasa bercouple pastinya membaluti hari-hari selepas meninggalkannya. Dulu bergayut-gayut dekat telefon, sekarang dah tak. Dulu keluar makan tengok wayang sesama, sekarang dah tak. Dulu sms-sms, sekarang dah tak. Jadi, mesti rasa ada kekurangan.

Artikel ini, saya tulis khas untuk anda yang telah berjaya meninggalkan couple, tetapi terbalut dengan 1001 perasaan yang mungkin membuatkan anda ingin kembali kepada perbuatan itu.

Bukan mengharamkan cinta

Persoalan-persoalan yang mencucuk mereka yang meninggalkan couple, mereka akan mengingat bahawa mereka ini mengharamkan cinta mereka. Ya, cinta mereka suci, ikhlas.

Di sini, ketahuilah bahawa, kita tidak mengharamkan cinta. Tidak salah menyukai lelaki atau perempuan. Cuma di sini, kita mahu jalan yang Allah redha. Bukannya kita break up. Kalau suka, betul-betul cinta, teruskan. Cuma teruskan di atas jalan yang Allah redha.

Sebenarnya, kalau betul-betul suka, cakap suka. Pergi confess pada mak ayahnya. Yang perempuan, minta lelakinya bergerak cepat sikit, bagitahu mak ayah. Tunang dulu ke kalau rasa lambat lagi nak kahwin. Tunjukkan keseriusan anda.

Selepas tu, nak dating, sila la dating dengan keluarga. Bukan tak boleh. Keluarga lelaki, keluarga perempuan, pergi keluar makan sama-sama. Kalau rindu, pergi ziarah rumah. Cakap kat keluarga perempuan, kata nak datang. Yang perempuan, kalau rindu sangat, cucuk-cucuk la mak ayah suruh ziarah.

Tak ada masalah. Cinta bukan diharamkan. Teruskan. Sila teruskan. Cuma sekarang ni, kita nak cinta kita diredhai Allah. Kalau nak Allah redha, takkan kita nak calarkan cinta kita dengan perkara yang Allah murka? Islam ada bagi cara, kita guna cara yang Islam bagi.

Rindu sangat

Ini satu lagi fenomena biasa terjadi. Ya la, dulu hari-hari jumpa, ada event apa-apa mesti bersama. Mesti la ada memori-memori indah.

Rindu ni lumrah orang berjauhan la. Lagi rindu, lagi bertambah sayang. Tahan sikit je kalau serius nak kahwin. Dan macam saya cakap tadi, bukan tak boleh jumpa langsung. Ajak la keluarga ziarah ke, ajak keluarga keluar makan ke, atur la elok-elok. Bukan haram jumpa langsung.

“Rindu sangat ni, rindu sangat sampai nak jumpa dua-dua”

Aha… Best perasaan ni. Apa kata, kita tahan rindu kita dua tiga tahun, kemudian duduk la dua-dua sampai mati. Ah.. bukan sampai mati, maaf, sampai ke syurga, selama-lamanya. Ya la, bila kita bangunkan cinta kita atas apa yang Allah redha, pastinya kita akan mendorong diri kita dan pasangan kita ke syurga-Nya.

Susah-susah sangat, kahwin. Buat apa la tunggu lama-lama, main rindu-rindu jauh ni.

Kalau ada kekangan untuk berkahwin, sabar. Cuba selesaikan apa yang mengekang anda dari berkahwin itu. Sementara itu aturlah cara yang syara’ untuk berjumpa.

Tak ada masalah.

Ingat Allah

Ada orang, dia meluat kalau kita pesan kat dia supaya dia ingat Allah SWT.

Tapi saya nak kata apa? Kalau kita tinggalkan couple kerana Allah, nak dapat redha Allah, maka bila kita rasa nak kembali kepada couple, kita kena ingat Allah SWT yang menjadi matlamat kita meninggalkan couple tadi.

Allah ni, tak ada la zalim. Kita ni je yang zalim diri kita. Allah, Dia nak bagi kita sama-sama dengan pasangan kita sampai ke syurga, selama-lamanya bersama. Tapi, kita tak sabar, kita zalim pada diri kita, lantas kita dengan pasangan kita,paling lama pun sampai mati, kemudian di akhirat, terpisah-pisah. Apa best?

Allah halang kita dari dekati zina, bukan suka-suka. Kita dah nampak hari ini, lambakan anak luar nikah. Kita nak ke macam itu?

“Kami couple je bang, mana ada apa-apa”

Ya. Hari ini. Semalam. Esok siapa tahu? Kalau melintas jalan pun kena tengok kiri kanan takut dilanggar, berhati-hati, lagi la dalam hal masa hadapan dan kekeluargaan. Kena perhatikan semua benda. Tak kesian ke dengan baby? Ni bercinta betul ke, main-main?

Kena serius la

Nak istiqomah tinggal couple ni, selain melihat kembali niat kita, kita kena serius la tinggal tu. Nak serius tinggal, kita kena ada beberapa perkara lagi kita kena serius:

1. Serius nak dapat redha Allah.

2. Serius nak bercinta dengan betul.

3. Serius nak bina masa hadapan dengan baik.

4. Serius jaga maruah dan harga diri.

5. Serius segala perkara.

Saya rasa, kalau kita mendalami 1-5 ni, kita akan istiqomah untuk tidak bercouple, dan meninggalkan couple. Kalau serius la. Kalau tak serius, memang la kita nak buat.

Ya la, kalau serius nak dapat redha Allah, kenapa buat benda yang Allah tak suka?

Kalau serius nak cinta betul-betul, kenapa memurahkan cinta kita?

Kalau serius nak membina masa hadapan dengan baik, kenapa tak boleh berdisiplin dan bertahan sedikit?

Kalau serius nak menjaga maruah dan harga diri, kenapa kita pula macam promosi diri kita agar maruah dan harga diri kita tercalar?

Kalau lah kita ini serius dalam semua perkara, kita betul-betul nak hidup dengan baik, kenapa kita dedahkan diri kita dari kehancuran?

Jangan tunggu kita dah tersilap, baru kita nak cakap: “Aiseh, dulu ada dah orang tegur aku, kenapa aku tak dengar?”

Yang dah tinggal couple tu, tak payah kembali la. Fikir-fikir balik, anda sudah berjaya, kenapa anda hendak menggagalkan diri anda semula?

Kalau betul kita serius, kita akan usaha. Tak ada bagi alasan-alasan. Sebab itu, yang saya cakap dalam Bukan Mengharamkan Cinta, Rindu Sangat, dan Ingat Allah itu, hanya yang betul-betul serius sahaja yang boleh buat. Yang main-main, bye-bye la.

Penutup: Teruskan kejayaan anda

Bagi yang tak bercouple, atau dah tinggal couple, teruskan kejayaan anda. Bagi yang masih bercouple, tak mengapa, perlahan-lahan usaha tinggal. Jangan risau. Saya tidak menyisihkan anda. Cuma saya mengingatkan sahaja. Kita ni manusia, mana tahu apa nak jadi pada kita. Sebab itu orang pandai kata: Mencegah lebih baik dari mengubati. Cegah, penyakit tu tak kena pada kita. Mengubati, penyakit tu dah kena pada kita. Ada bezanya ya.

Fikir-fikir la. Couple ni asasnya apa? Cinta? Ya ke cinta? Ke lebih kepada seronok-seronok nak happy-happykan diri sendiri sahaja?

Bukan la tak couple maksudnya tak cinta. Cinta anda, tidak gagal dengan tidak bercouple.

Jangan susah hati. Kata nak redha Allah. Tahu tak bahawa, cinta tu, Allah yang cipta?

Aha…

Teruskan kejayaan anda. Kejar redha Allah dalam semua lapangan. Belajar, kerja, hatta cinta.

Kita nak, cinta kita ini pun Allah kira.


P/S: Petikan dari website sahabat seMuslim, Hilal Asyraf ...http://ms.langitilahi.com




Segalanya indah andai disandarkan cinta itu kerana Dia, Yang Maha Pencipta..Ya Ilahi, sesungguhnya Engkaulah yang memegang dan membolak-balikkan hati kami hambaMu..jangan Kau biarkan kami terus berada dalam jalan kemungkaran..sedarkan kelalaian kami..kami sedang belajar dari kesilapan kami..dan kami harapkan agar Kau bimbing kami dalam setiap gerak hati kami..apa-apa yang baik bagi kami, maka Kau permudahkanlah ia..dan apa-apa yang tidak baik bagi kami, maka Kau sukarkanlah ia dan Kau redhakanlah kami di atas setiap ketetapanMu..Ameen